ADA APA DENGAN TARIKH ITU??

Friday, July 25, 2008

0 Komentar



Setiap kali menyambut ulangtahun kelahiran pastinya setiap daripada kita tidak sabar-sabar menanti ucapan daripada teman-teman, ahli keluarga, sanak saudara dan lain-lain. Pelbagai kata-kata berupa ucapan, harapan, doa , gurauan dan lain-lain yang sama waktu dengannya akan diterima oleh penyambut ulangtahun tersebut. Bahkan ada juga dikalangan kita yang sanggup berhabis wang ringgit semata-mata bagi meraikan ulangtahun hari lahir sendiri… Mengadakan birthday party, kenduri kesyukuran, doa selamat, pesta hiburan dan lain-lain upacara semata-mata mahu diraikan @ meraikan. Sebelum ini saya seperti biasa sahaja. Tidak terlintas langsung berfikir persoalan ini. Kata orang isu remeh..Bahkan secara ikhlas salah satu kelemahan saya adalah mengingati tarikh. Jujurnya termasuk hari lahir sendiri, apatah lagi orang lain.

Namun tanggal 25hb Julai 2008 tepat jam 12.00 malam, saya dikejutkan dengan panggilan daripada sahabat lama disekolah dahulu, terpisat-pisat bangun kerana keletihan seharian dengan tugasan-tugasan yang memeningkan. Selepas menjawab panggilan, berpusu-pusu mesej ucapan selamat masuk ke inbox handset saya. Saya bangun mengerjakan solat taubat dan sekaligus sujud syukur kerana dikurniakan bermacam nikmat oleh Allah swt. Namun setelah beberapa ketika saya berfikir, Ada apa dengan tarikh tersebut?? Bukankah bermakna Allah mengingatkan kita tentang tugasan-tugasan yang masih belum dilangsaikan??hutang-hutang kepadaNya yang masih berbaki dan sentiasa bertambah??

Saya teringat pesanan ustaz saya semasa berada di Tingkatan 1 SMAYK dahulu, kata ustaz, " perasan tak, setiap kali sambut ulangtahun kelahiran, kita yang berlebih-lebih, dapat hadiah la, sambut meriah-meriahlah, ada yang lebih daripada tu pun ada..tp bape kerat ja daripada kita yang ucapkan terima kasih pada mak dia setiap kali tiba hari lahir sendiri??Hangpa ni ustaz qasa bukan nak ucap terima kasih, mak pulak yang kena bagi hadiah…" disambut dengan sengihan dari semua rakan sekelas saya. Sambung ustaz lagi, " Kita kena ingat yang mak kita dok sakit time tu,nak lahirkan kita, berperang sama macam orang pegi berjihad, tapi kita langsung tak ucap terima kasih"...
Ya saya akui kebenaran kata-kata ustaz. .terima kasih ibuku yang berpenat lelah pada 25 Julai 1987 jam 7.15 malam yang lalu..Teringat pada ayat al-Quran yang dipelajari disekolah dahulu :

“Dan tuhanmu telah memerintahkan supaya kamu jangan beribadah kecuali hanya kepada-Nya, dan hendaklah kamu berbuat baik kepada ibu bapamu dengan sebaik-baiknya. Jika salah seorang diantara keduanya atau kedua-duanya sampai berumur lanjut dalam pemeliharaanmu, maka sekali-kali janganlah kamu mengatakan kepada keduanya perkataan "ah" dan janganlah kamu membentak mereka dan ucapkanlah kepada mereka perkataan yang mulia (al-Isra:23)

Dilihat pada ayat ini, perkataan 'ah' sahajapun sudah diperingatkan oleh Allah kepada kita, apatah lagi perkatan-perkataan lain yang lebih teruk daripada itu. Sambil memuhasabah tentang akhlak diri yang lepas-lepas pada ibu bapa, saya juga bimbangkan tentang anak-anak kelahiran akan datang. Apakah lebih teruk dari sekarang?? Nauzubillah

Berbalik kepada persoalan ada apa dengan tarikh tersebut, bagi saya jawapannya ada pada diri setiap individu itu sendiri. Setiap daripada kita jika diminta membuat ulasan, pastinya akan mempunyai transkripsi jawapan yang berbeza. Namun apa jua aturan jawapan, moga kita tidak lari daripada matlamat sebenar kita dilahirkan kedunia ini..

Dan tidak aku jadikan jin dan manusia kecuali untuk beribadah kepadaku (adz-Dzariyat:56)

Wallahualam….

MITI kaji tarik syarikat China ke Malaysia

Monday, July 21, 2008

0 Komentar

KUALA LUMPUR 20 Julai - Kementerian Perdagangan Antarabangsa dan Industri (MITI) akan mengkaji langkah yang sesuai bagi menarik minat perniagaan di China yang ingin menempatkan semula perniagaan mereka ke negara ini.
Menterinya, Tan Sri Muhyiddin Yassin berkata, memandangkan beberapa masalah yang timbul di negara tersebut seperti masalah logistik, infrastruktur yang tidak memuaskan, peningkatan kos perniagaan selain undang-undang baru buruh turut mendorong pelabur asing di China keluar dari negara itu.
''Sebagai contoh, sebuah syarikat Britain yang mempunyai kilang di Johor dan China telah berhadapan dengan masalah tersebut bercadang untuk menutup operasi mereka di China dan meluaskan operasi mereka di Johor.
''Selain itu, pejabat Lembaga Kemajuan Perindustrian Malaysia (MIDA) turut melaporkan kira-kira 300 syarikat Korea di China juga sedang meninjau negara lain sebagai pusat operasi mereka dan MITI akan cuba untuk menarik mereka ke sini,'' katanya.
Beliau berkata demikian pada sidang akhbar selepas majlis pembukaan mesyuarat agung tahunan Majlis Perniagaan Malaysia-China (MCBC) di sini hari ini.
Tambahnya, MITI juga akan menambah infrastruktur perniagaan yang baik serta menawarkan pakej insentif yang menarik untuk menarik minat syarikat China datang ke negara ini.
'Kestabilan politik juga memainkan peranan yang penting dalam menarik mereka, selain itu kita juga akan memilih jenis perniagaan yang sesuai untuk di bawa ke negara ini.
MITI memberi fokus kepada perniagaan berskala sederhana dan berteknologi tinggi serta jenis-jenis produk yang ditawarkan mereka bersesuai dengan Malaysia, katanya.
Sementara itu, MITI juga akan menubuhkan jawatankuasa khas bagi meninjau peluang projek usaha sama antara kedua-dua buah negara bagi mengukuhkan hubungan perniagaan antara Malaysia dan China.
Terdahulu dalam ucapannya, Muhyiddin menjelaskan hubungan perniagaan antara kedua-dua negara semakin baik dengan pelaburan dari negara itu telah meningkat kepada RM1.9 bilion pada tahun lalu berbanding RM187.1 juta pada tahun 2004 iaitu peningkatan sebanyak 64.8 peratus.

Apabila minyak naik, akhlak manusia menurun??

0 Komentar

Hari pertama mengikuti training di Taiko Management Sdn Bhd, Lahat, Perak. Hari baru dan pengalaman baru buat saya. Bermusafir bersendirian ke sini membuatkan saya rasa lebih berdikari. Hanya Allah tempat bergantung..
Pertama kali menjejakkan kaki ke syarikat ini membuatkan saya terfikir, saya melihat hampir 97% pekerja disini terdiri dari kalangan mereka yang berbangsa tianghoua. Fikiran saya mula tidak menentu. Rali sejenak, kemana perginya orang bumiputra? fikir saya. Bukannya niat saya untuk bersifat assabiyyah, mementingkan perkauman atau sebagainya Cuma akal saya yang memikirkan tentang aspek itu tidak dapat dikawal. Sehinggakan kami yang beragama Islam diberi makanan khas dari luar disebabkan kantin disini juga dipayungi oleh kaum cina. Namun saya bersyukur, walaupun berlainan bangsa, agama dan budaya, mereka yang mengajar saya sangat baik hati dan bersopan santun. Bahkan tidak keterlaluan untuk saya katakan lebih baik daripada sesetengah orang dari bangsa saya sendiri..teringat saya kepada pemandu bas dan pak cik teksi yang agak biadap menyahut pertanyaan, semasa dalam perjalanan saya ke sini.. Masih terngiang-ngiang di telinga saya sikap tidak sopan pemandu bas tersebut, dan pak cik teksi pula….merungut-rungut keterlaluan semasa membantu saya mencari tempat kediaman..Tidak ikhlas sungguh..sehingga saya terfikir kenaikan harga minyak menjadikan manusia BIADAP, pentingkan diri sendiri dan terlalu berkira…ini salah satu kesan yang perlu difikirkan oleh kerajaan saya rasa. Bahkan perlu lebih diutamakan daripada kesan-kesan yang lain kerana apabila sesuatu bangsa itu tiada adab, maka rosaklah budaya, pincanglah agama.
Saya bersyukur, baru satu hari berada disini banyak pelajaran yang saya perolehi terutama dalam aspek perakaunan. 2 tahun belajar disekolah, dan 3 tahun di Universiti, hanya teori semata-mata yang saya tahu..kadang-kadang terpaksa menghafal perkara-perkara yang langsung tidak dapat difahami dengan baik. Bahkan kadang-kadang rasa tersiksa mahu menghabiskan sesuatu subjek akaun dalam satu semester.. Namun apabila disini, di medan pekerjaan adalah lebih mudah saya rasa. Mungkin juga akibat tidak ada kursus praktikal sewaktu saya di Universiti dahulu.
Hari pertama disini, satu lagi pelajaran baru yang saya sukai disini ialah ketepatan waktu yang diamalkan. Berbeza dengan syarikat yang saya kerja sendiri (syarikat bumiputra), ketepatan waktu sangat-sangat dititikberatkan disini. Mungkin aspek ini perlu dipelajari oleh orang kita daripada kaum tianghuoa, walaupun dalam Islam telah diajar semua aspek ini..ISLAM agama yang lengkap namun penganutnya yang tidak mengaplikasi keistimewaan tersebut. Sayang sekali sehingga penganut agama lain lebih ‘islam’ dari orang islam. Sambil berkongsi dengan semua, saya juga bermuhasabah diri, mungkin kelalaian kita yang kita rasakan sedikit, sangat besar kesannya kepada agama yang kita cintai. Moga Allah mengampuni kekhilafan hambanya yang dhoif ini..ameen
0 Komentar
Assalamualaikum buat semua teman-teman. Saya mohon maaf diatas ketidaksempatan mengupdate blog semenjak beberapa hari yang lepas. Sekarang saya berada di Ipoh, kerana mengikuti training yang disediakan oleh syarikat. Dua minggu disini, saya harap, dapat lebih aktif diruangan ini selepas waktu pejabat. Mungkin juga saya akan dapat berkongsi dengan semua ilmu-ilmu baru yang saya perolehi..
Perjalanan ke Ipoh terasa amat meletihkan kerana saya telah melalui dua hari yang sangat-sangat padat jadualnya..dari awal pagi hingga ke tengah malam mengikuti program, bekerja dan seperti biasa bisnes. Namun saya ucapkan jutaan terima kasih pada seorang sahabat dan ukhti yang dikurniakan oleh Allah buat saya. Seharian berpenat lelah bersama sehingga ke Bangi menggamit memori yang cukup indah. Insya Allah sedikit masa lagi kita akan jadikan impian itu satu realiti...mudah-mudahan..
InsyaAllah buat semua, selepas siap saya akan postkan pengalaman-pengalaman terbaru saya buat beberapa hari lepas..tunggu…

ANTARA DSC DAN DSAI

Wednesday, July 16, 2008

0 Komentar

Pada awal perbualan saya dan sahabat-sahabat sekitar seminggu yang lalu berkenaan debat antara DSAI dan Menteri Penerangan Malaysia kini, kami beranggapan mustahil tayangan umum di televisyen akan diadakan memandangkan dasar Kerajaan Malaysia yang sentiasa memperjuangkan ‘demokrasi’ seperti selalunya. Namun lewat petang semalam saya mendapat info daripada teman-teman berkenaan rancangan tersebut akan diteruskan. Walaupun agak terkejut, namun saya rasa Pakatan Rakyat perlu sujud syukur atas kurniaan Allah tersebut. Dia telah membukakan sedikit hati kerajaan sekaligus wakil media prima. Alhamdulillah..
Walaupun sangat-sangat berkeinginan untuk menonton rancangan tersebut, namun saya tidak berpeluang untuk menonton secara live memandangkan tiada televisyen di rumah dan dalam masa yang sama saya mempunyai tugasan yang perlu disegerakan.
Selepas menonton siaran rakaman di website TV9 pagi ini, benarlah seperti dijangkakan. DSAI sepatutnya ditandingi oleh PM atau TPM sahaja. Barulah rakyat dapat saksikan siapa sebenarnya yang benar-benar layak memimpin Negara. Dengan mengeluarkan fakta-fakta ekonomi, jelas DSAI sangat arif dalam bidang ini. Sedikit pembelajaran saya dalam bidang ekonomi,( memandangkan saya mengambil jurusan perakaunan ), teori ekonomi yang asas mengenai inflasi sahaja pun sudah dijelaskan dengan begitu kontra oleh DSC berbanding yang sebenar, ini kan pula mengenai IPP dan lain-lain. Saya bersetuju dengan kata-kata Saudara Khairul Faizi Bin Ahmad Kamil, Pengerusi Lajnah Perpaduan Nasional, DPPP (kunjungi : http://minda-kembara.blogspot.com/) DSC patut meletakkan jawatannya atas faktor tidak professional dalam berdebat. Serangan demi serangan peribadi yang dibuat kepada DSAI membuatkan saya sebagai bekas mahasiswa yang sedang membuat penilaian, naik mual mendengarnya.. Namun, senyuman yang sentiasa tidak lekang dari bibir DSAI membuatkan saya juga tersenyum sendirian ..




Setiap kali menonton rancangan debat samaada di televisyen atau secara langsung, saya teringat pengalaman-pengalaman saya dalam bidang penghujahan ini suatu ketika dahulu. Kalah menang bukanlah persoalan besar saya ketika itu, matlamat saya hanya kebenaran dapat ditegakkan. Namun adat pertandingan debat ala parlimen di peringkat sekolah ataupun Universiti, kadang-kadang kita perlu menyokong hujah yang kita tidak persetujui seratus peratus. Peserta kadang-kadang menjadi pembangkang dan kadang-kadang menjadi kerajaan bergantung kepada nasib undian. Apabila terjadinya keadaan seperti ini, tidak dinafikan hujah yang sebenar-benarnya kita rasakan betul tidak boleh dipakai. Oleh itu saya merasakan di peringkat Universiti atau sekolah lagi, kita tidak dibenarkan berfikir mengikut apa yang kita rasakan betul. Mungkin itu yang ingin dicapai oleh kementerian pelajaran atau pengajian tinggi?? Wallahualam..

Berbalik persoalan DSAI dan DSC, saya rasakan ketika ini rakyat sendiri boleh menilai dari kacamata masing-masing. Daripada pak cik-pak cik yang bersembang di kedai kopi, mahasiswa-mahasiswa, golongan korporat, sehinggalah wakil-wakil rakyat di parlimen dari kesemua parti. Setiap patah perkataan yang keluar dari bibir DSAI dan DSC jika kita perhalusi menyebabkan kita sebagai rakyat Malaysia boleh meneropong hati kedua-dua pemimpin tersebut.
Bukalah minda dan imanmu lihatlah kebenaran…Wslm

TONTON DEBAT : http://www.tv9.com.my/Shows/Episodes.aspx?MasterID=57&ShowID=302&MenuID=2&TemplateID=1&SubMenuID=1&VideoID=7157&EpID=13061#anchorVid

Kudaku gagah berlari

0 Komentar

Alhamdulillah setelah hampir 3 tahun berada di Kuala Lumpur, akhirnya pada tarikh 15 Julai 2008, Allah telah mengurniakan saya sebuah motorsikal yang dapat saya beli menggunakan wang sendiri. Syukur dipanjatkan, walaupun nampak kecil, sekadar motosikal biasa, namun ianya memberi pengertian yang besar buat diri saya. Bergelut dimedan perjuangan semasa dikampus, ke sana dan kesini tanpa kenderaan sendiri memang agak memenatkan. Namun saya bersyukur, Allah telah mengurniakan saya sahabat-sahabat, senior-senior, junior-junior dan semua saudara-saudara disekeliling saya yang sangat baik hati serta pemurah. Mereka sentiasa tidak lokek menghulurkan bantuan tika saya memerlukan. Terima kasih semua. Hanya Allah dapat membalas jasa kalian.
Mulai sekarang saya perlu lebih memahami selok belok tentang motorsikal.. Almaklumlah sebelum ni pinjam sekejap-sekejap saja kepunyaan orang tanpa perlu terlalu risau tentang hal-hal lain. Namun pengalaman dan suasana baru sudah pasti menyebabkan kita memperoleh ilmu baru bukan? Jadi saya rasa, saya tidak perlu terlalu bimbang tentang itu.
Kepada mereka-mereka yang masih setia disekeliling saya sehingga kini, saya juga sedia membantu anda semua seadanya, dengan izin Allah..Wslm

My Family

Tuesday, July 15, 2008

3 Komentar

Muhammad Umar Mujahid

kakak n her sons

T-SHIRT MUSLIMAH

0 Komentar

Kepada sesiapa yang berminat untuk memiliki T-Shirt muslimah atau sebarang pertanyaan mengenainya bolehlah menghubungi saya di talian seperti yang tertera. Perkhidmatan penghantaran T-shirt juga disediakan kepada pelanggan, samaada melalui pos ( caj bergantung kepada kuantiti ) atau penghantaran terus kepada anda.
InsyaAllah design terbaru akan dipost secepat mungkin. Terima kasih

SALAM ZIARAH BUAT SEMUA

0 Komentar
Assalamualaikum kepada semua yang baru, sedang, dan akan mengenali blog saya. Terima kasih kerana kunjungan anda..Orang kata tetamu ni pembawa rezeki..Jadi moga kunjungan kalian memurahkan rezeki kita semua…Amin..

Sudah sekian lama saya berkeinginan mempunyai blog sendiri sebenarnya..Semenjak berjuang dialam kampus lagi..Namun apakan daya keterbatasan waktu dan juga ilmu sentiasa menghimpit rasa. Sekarang saya sudah melangkah kealam pekerjaan..Alhamdulillah….

Setelah keluar dari kampus, baru saya nampak betapa perancangan untuk masa hadapan sangat-sangatlah penting..Mujurlah ada keluarga, sahabat-sahabat, kakak-kakak, senior-senior, junior-junior dan ramai lagi insan-insan yang dikurniakan oleh Allah dalam hidup saya. Terima kasih saudara-saudaraku..

Setiap detik yang berlalu menggamit memori pahit manis dalam hidup saya. Begitu juga dengan anda bukan?? Dari umur 13 tahun lagi sehinggalah sekarang hampir menginjak 21 tahun, saya sentiasa tidak pernah bersama-sama sepenuhnya dengan keluarga..Selalu saja bermusafir ke negeri orang. Alhamdulillah dari situ jugalah walaupun banyak kenangan pahit manis, tetapi itulah yang mentarbiyyah diri dan iman saya..

IAllah saya berazam mulai detik ini akan cuba sedaya upaya menelusuri lorong-lorong penulisan ini..Walaupun rasa rugi detik-detik pengalaman yang berlalu tidak dapat dikongsi oleh orang lain..Namun IAllah saya sedaya upaya akan menukilkannya satu persatu, supaya apa yang baik boleh diambil perhatian dan apa yang buruk dijadikan pengajaran..Sekian dahulu kali ini..Wassalam

Saturday, July 05, 2008

0 Komentar

Kala senja itu tiba
Ku termenung sendirian
Terasa diriku ini
Jauh dari rahmat Tuhan
Dosa yang aku lakukan
Menerjah ruang fikiran
Masihkah ada untukku keampunan

Gelap rasa dunia ini
Tanpa cahaya Ilahi
Baru kini ku sedari
Jalan yang aku lalui
Memusnah pedoman hidup
Melempar hatiku ini
Ke lembah kehinaan

Dalam kegelapan itu,
terbit cahaya dari Mu
Memandu hamba Mu menuju iman
Mengisafi diri dengan ketakwaan
Dan kesabaran

Kau terangi jalanku menuju syurgamu
Dan kau tunjuki dengan hidayahmu..
Hanyalah padamu ku hadapkan diri
Mohon keampunan

Wahai yang Maha Pengasih
Bantulah hambaMu ini
Yang kian terumbang ambing
Di dalam arus duniawi
Ku berdoa kepada Mu
Memohon limpahan rahmat Mu
Mentari hidupku kan bersinar kembali