IKHTILAT

Wednesday, February 25, 2009

0 Komentar

Pernah suatu ketika di medan kampus, seorang anak usrah bertanya kepada saya, apakah menjadi satu kesalahan sekiranya seorang lelaki berkenalan dengan seorang wanita ajnabi atau sebaliknya? Terdiam saya seketika memikirkan jawapan yang bersesuaian dengan tahap penerimaan mad’u.

Tatkala membincangkan persoalan sebegini saya rasa saya bukanlah insan terbaik bagi menghuraikannya secara terperinci..Namun persoalan tanggungjawab dan rasa keperluan untuk ‘memberi’ dan juga ‘menerima’ dalam masa yang sama, membuatkan saya terpanggil untuk membuat analisis pengkajian. Teringat sebuah hadis yang sudah kerap kali didengar tetapi belum diketahui sejauh mana kepraktikannya :

Dua mata yang berzina (saling bertentangan mata), telinga berzina (saling dengar pujuk rayu), lidah berzina (cakap-cakap), zina tangan (berpegangan), zina kaki (melangkah pergi jumpa), zina hati (keinginan dan khayal seks) dan yang membenarkan semua zina anggota itu ialah zina kemaluan.”

KEBEBASAN sesuatu yang dicari manusia, tetapi yang menakutkan ialah kebebasan membuatkan manusia terbabas. Bebas daripada ikatan agama, menjadi seperti haiwan tiada sebarang kawalan, membujur lalu melintang patah.

KUBUR LAIN-LAIN

Dosa aku, aku tanggung. Kubur masing-masing, kamu punya kubur kamu jaga, aku punya kubur aku jaga.

Seringkali ayat yang menjadi skrip drama melayu menjadi sandaran. Itu salah!!! Kubur kita orang lain yang gali. Kadang-kadang kubur orang lain kita yang gali.

Allah berfirman didalam Al-Quran yang bermaksud :

“Dan janganlah kamu mendekati zina. Sesungguhnya zina itu adalah suatu perbuatan yang yang keji dan suatu jalan yang buruk." (Surah al-Israk, ayat 32)

Saya mula mengenali dan belajar tentang tafsiran ayat ini beserta hukum-hukum didalamnya semenjak di sekolah lagi. Belajar ilmu feqah sangat menarik sebenarnya.Dapat melihat salah satu cabang keindahan Islam didalamnya.

Apapun, latarbelakang keluarga dan pendidikan kita bukanlah alasan untuk 'membolehkan yang tidak boleh'!. setelah tahu, perlunya kepada kebersungguhan pelaksanaan.

Teringat juga hadis yang biasa ditanya didalam exam semasa sekolah dahulu :

Innamal aqmalu binniat…

Adakah tafsiran hadis ini sesuai untuk menyedapkan hati? Bagi saya buka minda tanyalah iman dan taqwa didalam hati. Sememangnya niat menjadi keutamaan. Hadis pertama yang dikupas didalam Buku Hadis 40 ini telah mengungkapkan seribu satu persoalan berkaitan kehidupan sekiranya bersungguh diamati.

Persoalan salah atau tidak bergantung kepada nawaitu dan segalanya yang bermula didalam segumpal darah itu. Jika elok ia maka akan eloklah segalanya.Namun jawapan saya jika ditanya,

jika tiada asbab yang syarie maka eloklah dijauhkan. Melainkan dakwah menjadi tujuan utama dan bukannya sekadar sandaran untuk menutup kehendak nafsu..

Wallahualam…

MUHASABAH PENGISLAHAN SETIAP HARI...