MELAKAR LAGI

Friday, June 24, 2011

Salam jumaat buat semua.Entah kenapa hari jumaat hari yang selesa buat saya sejak dulu.Bukanlah disebabkan keesokkannya hari cuti, tapi ia lebih daripada itu.Mungkin juga buat sesetangah daripada anda. Betul kan?..^_^..Jika nak disenaraikan kelebihan hari jumaat, tak terkira banyaknya. Lalu, saya tidak mahu memasukkannya disini. Saya kira sebahagian besar daripada kita sudah pun memakluminya. Cukuplah sekadar kita merasakan kelebihannya, tanpa perlu diungkap. Seperti cinta..^_^

BENARKAH CINTA PERLU DIUNGKAP?

Entahlah, saya bukan doktor cinta.Susah saya nak menjawab persoalan sebegini. Namun, soalan-soalan yang susah beginilah selalu dipersoalkan kepada saya. Baik daripada teman-teman, adik-adik, juga kenalan-kenalan maya. Kebiasaanya, saya perlu mengambil masa untuk menjawab, sesuai dengan karakter insan yang bertanya.

Pengertian tentang cinta itu sangat luas. Jika ditanya, pasti setiap daripada kita akan memberikan jawapan yang berbeza, sesuai dengan cara pandang atau 'worldview' masing-masing.Namun sedarkan kita cinta tanpa visi dan misi itu sia-sia?.Oh ya sebelum saya terlupa, saya membicarakan tentang cinta sesama manusia, yakni makhluk Adam, dan manusia Hawa.

CITA-CITA DAN CINTA

Dalam tak sedar, sudah hampir 4 bulan saya membiarkan blog ini sepi tanpa suara. Jika dikira-kira, banyak perubahan yang berlaku pada saya dalam 4 bulan ini. Kini saya telah berubah status. Menjadi seorang isteri kepada seorang yang saya temui tanpa terbitnya apa yang diistilahkan sebagai cinta buat mereka yang bergelar 'remaja'. Alhamdulillah segalanya dipermudahkan Allah. Akhirnya saya berumah tangga sebelum usai pengajian, biarpun itu bukanlah perancangan saya pada permulaannya. Namun, jodoh yang hadir, saya terima dengan rasa bahagia dan syukur. Semoga semuanya menjadi punca-punca bagi meraih redha-Nya.Ameen..

Terlalu banyak yang saya ingin kongsikan sebenarnya. Pelbagai perkara yang saya lalui sepanjang 4 bulan ini. InsyaAllah, cuti semester yang bakal menjelma 2 minggu lagi akan saya gunakan sepenuhnya untuk mengkoreksi semula kisah-kisah itu. Semoga ianya bakal menjadi manfaat buat semua.

Oh ya, selama hampir sebulan saya tidak menjengah blog ini sebenarnya. Dalam tak sedar, follower saya juga bertambah. Oh, saya sungguh terharu dengan kesudian kalian, namun termalu sendiri bila memandang 'rumah usang' ini. InsyaAllah saya akan usahakan menulis kembali seperti dulu.Terima kasih ya.

Doakan saya cemerlang dalam peperiksaan akhir semester pendek pada 29 Jun ini. Hingga bisa melakar lagi..^_^

-MASYITAH-
-AMPANG-

No comments: