APABILA ISLAM DI CABAR

Monday, August 11, 2008

2 Komentar

Sudah lebih seminggu saya tidak dapat menjenguk blog sendiri, apatah lagi melakarkan coretan luahan hati, akibat kesibukan duniawi dan ukhrawi. Namun saya gagahkan jua pada hari ini. Alhamdulillah semua "account transaction" sudah siap dihantar ke HQ, so kesempatan sekejap yang ada saya gunakan untuk menyiapkan artikel ini.
Mungkin sudah sedikit terlewat untuk saya berkongsi dengan kalian berkenaan forum Memeluk Islam yang dianjurkan majlis Peguam baru-baru ini. Namun sebagai salah seorang peserta demonstrate pada hari kejadian, saya sedikit sebanyak terpanggil untuk berkongsi dengan semua peristiwa dihari kejadian.
Tepat jam 8.00 pagi saya dan sahabat-sahabat sudah bersiap untuk pergi ke demonstrasi tersebut, Alhamdulillah, kami bersyukur perkhidmatan LRT tidak ditutup pada pagi itu seperti yang kami bimbangkan. Risau juga kejadian "BERSIH" berulang. Suasana pagi itu seperti biasa, seperti tidak ada apa-apa yang berlaku . Namun bagi mereka-mereka yang mengambil berat tentang ISLAM, pastinya bagi mereka, pagi itu akan mencatatkan satu lagi peristiwa bersejarah, yang mana akan dipersoalkan oleh Allah swt kepada kita diakhirat kelak.
Kami sampai di Masjid Jamek kira-kira 8.30 pagi, tidak ramai yang berkumpul pada mulanya. Namun perarakan terus dimulakan dengan diketuai oleh Ustaz Ridhuwan. Semangat jihad, mula terasa apabila kalimah-kalimah suci dilaungkan..Lailahaillallah..Muhammadur Rasulullah..Semua peserta demonstrasi semakin bersemangat dan bilangan yang menjadi pengikut juga semakin bertambah. Apabila sampai di Bar Council, kami melihat telah ramai yang berkumpul dengan sepanduk yang pelbagai. Alhamdulillah, saya bersyukur kerana walaupun tidak semeriah demonstrasi yang bersifat politik seperti BERSIH, PROTES dan lain-lain, namun, Allah masih sayangkan Malaysia. Buktinya Dia masih melemparkan perasaan cinta kepada ISLAM dan sanggup mempertahankan agamaNya kepada sebilangan umat di Negara ini. Alhamdulillah..
Seperti biasa demonstrasi aman ini berlancar dengan baik pada mulanya. Dengan kehadiran anggota polis, FRU, dan Special Branch yang agak ramai lebih memeriahkan suasana. Namun kira-kira setengah jam kemudian, para peserta demonstrasi mula 'naik angin' disebabkan pihak Majlis Peguam berkeras hendak meneruskan forum laknat tersebut. Laungan-laungan "batal forum", " jangan cabar Islam", ucapan syahadah, doa wehdah dan ucapan-ucapan daripada pimpinan pelbagai NGO dan parti politik yang mengambil bahagian terus berkumandang.
Namun , apa yang paling menyedihkan ketika itu, ada juga dikalangan mereka-mereka yang beragama Islam tetapi menghina dan mempersendakan peserta-peserta demonstrasi. Saya melihat dengan mata sendiri, bagaimana seorang wanita (memakai tudung) tetapi mengejek2 laungan daripada demonstrate dan wanita tersebut juga menahan pimpinan yang ingin masuk kedalam bangunan Bar Council. Khabarnya wanita tersebut sebahagian petugas di Bar Council yang ditugaskan memantau demonstrasi tersebut. Sungguh malang rasanya orang-orang munafik sebegini. Moga Allah memberi petunjuk kepada mereka.

Tepat jam 9.30 pagi semua peserta sudah mula menyinga, ada yang melaungkan untuk merempuh masuk sahaja ke majlis tersebut..Ketika itu saya merasakan betul-betul seperti dimedan perang.. Bayangkan kita menuntut perkara dihadapan mata. Bukan lagi penghinaan ini berlaku di Denmark, Amerika atau Israel..tetapi di Malaysia, yang mengaku Islam sebagai Agama rasmi. Kadang-kadang timbul persoalan dibenak saya, bagaimana majlis tersebut boleh diteruskan walaupun ramai yang menentang sejak awal lagi..dan yang paling memualkan, perkara terlarang tersebut berjalan dengan lancarnya..tidak ada pula FRU datang membawa trak water canon nya, tidak ada pula SB-SB menyelongkar masuk kedalam forum tersebut..seperti mana yang biasa dibuat kepada para demonstrate sebelum ini, yang dikatakan membuat perhimpunan haram..bukankan tindakan Majlis peguam tersebut lebih haram ?? bukan sahaja haram dalam undang-undang ciptaan manusia di Malaysia, bahkan juga secara terang-terangan menghina Agama Allah…
Para peserta demonstrasi terus mendesak forum dihentikan dengan seberapa segera. Provokasi dari SB juga semakin menjadi-jadi sehingga ada yang sudah tidak sabar merempuh bangunan tersebut. Saya masih ingat seorang SB yang melaung "Apa tunggu lagi, rempuh saja, kalau nak tunggu disini lebih baik balik tido dirumah"..beberapa kali provokasi dibuat sehingga pimpinan terpaksa mengatakan sesiapa yang tidak mahu mengikut arahan boleh beredar dari majlis tersebut. Alhamdulillah, langkah bijak yang diambil pimpinan pada ketika itu, berjaya mengawal suasana. Yelah SB pun xpandai nak menyamar, kalau nak berlakon sekalipun berpada-padalah..melihat dari air muka dan pakaian sahaja kita boleh menilai siapa pro Islam dan siapa SB..
Sudah beberapa kali menyertai demo, saya merasakan pada kali ini betul-betul menguji kesabaran, laungan doa daripada seorang peserta demo mengamit suasana hiba seketika, hanya Allah tempat bergantung menyelamatkan agamaNya. Ketika mana pihak Bar Council masih berdegil tidak mahu mengehentikan forum, beberapa orang pimpinan dengan diiringi pegawai polis bertindak masuk ke dalam pada jam 9.45 pagi. Sebelum masuk pesanan daripada pimpinan sekiranya pada jam 10.00 pagi mereka masih tidak keluar daripada bangunan tersebut, maka para peserta diarahkan menyerbu masuk kedalam.
Beberapa minit menunggu sememangnya menuntut kesabaran, pada ketika itu hanya Allah tempat mengadu, kami merasakan ISLAM betul-betul dicabar dihadapan mata.
Tepat jam 10.00 pagi, para pimpinan masih belum keluar. Semua perserta sudah tidak sabr-sabar lagi untuk merempuh benteng FRU untuk masuk ke dalam. Beberapa minit kemudian rempuhan benar-benar terjadi. Namun seketika sahaja, keadaan kembali terkawal dengan adanya keselamatan daripada Unit Amal. Syukran jazilan diucapkan kepada Skuad Unit Amal yang bersungguh-sungguh menjalankan amanah sehingga ada yang terpaksa bertahan, menjadi benteng kemaraan para peserta merempuh FRU.
Alhamdulillah, beberapa minit selepas itu, Polis telah memberitahi forum tersebut telah dihentikan. Ucapan syukur dan tahmid terus berkumandang. Selepas pimpinan keluar, mereka telah memberitahu pihak Bar Council telah diberi amaran supaya tidak mengulangi lagi perkara-perkara seperti ini. Jangan sesekali mencabar umat Islam. Jika tidak tindakan yang lebih serius daripada itu akan diambil. Kemudian semua peserta forum diarahkan keluar. Peserta-peserta demonstarasi menunggu sehingga bangunan tersebut benar-benar dikosongkan supaya tidak ada lagi manipulasi daripada pihak-pihak tertentu..Begitulah akhirnya, walaupun demonstarsi biasanya dipandang enteng oleh sesetengah pihak,namun bagi saya itu adalah salah satu cara ( dan boleh dikatakan cara selemah-lemah iman sahaja) untuk mempertahan agama yang kita cintai ini. Kepada sahabat-sahabat yang tidak dapat hadir ( saya tahu ramai yang ingin menyertai tetapi tidak berkesempatan) moga sekurang-kurangnya kita masih merasa terhina apabila persoalan tentang ISLAM diperlekehkan.
Dan (katakanlah wahai Muhammad kepada pengikut-pengikutmu): Apa jua perkara agama yang kamu berselisihan padanya maka hukum pemutusnya terserah kepada Allah; Hakim yang demikian kekuasaanNya ialah Allah Tuhanku; kepadaNyalah aku berserah diri dan kepadaNyalah aku rujuk kembali (dalam segala keadaan). (Surah Al-Syura 42: Ayat 10)

NEW DESIGN FROM MUSLIM WORLD

2 Komentar