ANTARA DSC DAN DSAI
Wednesday, July 16, 2008
susun atur oleh: MASYITAH MD.HASSAN pada 11:08 AM 0 KomentarPada awal perbualan saya dan sahabat-sahabat sekitar seminggu yang lalu berkenaan debat antara DSAI dan Menteri Penerangan Malaysia kini, kami beranggapan mustahil tayangan umum di televisyen akan diadakan memandangkan dasar Kerajaan Malaysia yang sentiasa memperjuangkan ‘demokrasi’ seperti selalunya. Namun lewat petang semalam saya mendapat info daripada teman-teman berkenaan rancangan tersebut akan diteruskan. Walaupun agak terkejut, namun saya rasa Pakatan Rakyat perlu sujud syukur atas kurniaan Allah tersebut. Dia telah membukakan sedikit hati kerajaan sekaligus wakil media prima. Alhamdulillah..
Walaupun sangat-sangat berkeinginan untuk menonton rancangan tersebut, namun saya tidak berpeluang untuk menonton secara live memandangkan tiada televisyen di rumah dan dalam masa yang sama saya mempunyai tugasan yang perlu disegerakan.
Selepas menonton siaran rakaman di website TV9 pagi ini, benarlah seperti dijangkakan. DSAI sepatutnya ditandingi oleh PM atau TPM sahaja. Barulah rakyat dapat saksikan siapa sebenarnya yang benar-benar layak memimpin Negara. Dengan mengeluarkan fakta-fakta ekonomi, jelas DSAI sangat arif dalam bidang ini. Sedikit pembelajaran saya dalam bidang ekonomi,( memandangkan saya mengambil jurusan perakaunan ), teori ekonomi yang asas mengenai inflasi sahaja pun sudah dijelaskan dengan begitu kontra oleh DSC berbanding yang sebenar, ini kan pula mengenai IPP dan lain-lain. Saya bersetuju dengan kata-kata Saudara Khairul Faizi Bin Ahmad Kamil, Pengerusi Lajnah Perpaduan Nasional, DPPP (kunjungi : http://minda-kembara.blogspot.com/) DSC patut meletakkan jawatannya atas faktor tidak professional dalam berdebat. Serangan demi serangan peribadi yang dibuat kepada DSAI membuatkan saya sebagai bekas mahasiswa yang sedang membuat penilaian, naik mual mendengarnya.. Namun, senyuman yang sentiasa tidak lekang dari bibir DSAI membuatkan saya juga tersenyum sendirian ..
Setiap kali menonton rancangan debat samaada di televisyen atau secara langsung, saya teringat pengalaman-pengalaman saya dalam bidang penghujahan ini suatu ketika dahulu. Kalah menang bukanlah persoalan besar saya ketika itu, matlamat saya hanya kebenaran dapat ditegakkan. Namun adat pertandingan debat ala parlimen di peringkat sekolah ataupun Universiti, kadang-kadang kita perlu menyokong hujah yang kita tidak persetujui seratus peratus. Peserta kadang-kadang menjadi pembangkang dan kadang-kadang menjadi kerajaan bergantung kepada nasib undian. Apabila terjadinya keadaan seperti ini, tidak dinafikan hujah yang sebenar-benarnya kita rasakan betul tidak boleh dipakai. Oleh itu saya merasakan di peringkat Universiti atau sekolah lagi, kita tidak dibenarkan berfikir mengikut apa yang kita rasakan betul. Mungkin itu yang ingin dicapai oleh kementerian pelajaran atau pengajian tinggi?? Wallahualam..
Berbalik persoalan DSAI dan DSC, saya rasakan ketika ini rakyat sendiri boleh menilai dari kacamata masing-masing. Daripada pak cik-pak cik yang bersembang di kedai kopi, mahasiswa-mahasiswa, golongan korporat, sehinggalah wakil-wakil rakyat di parlimen dari kesemua parti. Setiap patah perkataan yang keluar dari bibir DSAI dan DSC jika kita perhalusi menyebabkan kita sebagai rakyat Malaysia boleh meneropong hati kedua-dua pemimpin tersebut.
Bukalah minda dan imanmu lihatlah kebenaran…Wslm
TONTON DEBAT : http://www.tv9.com.my/Shows/Episodes.aspx?MasterID=57&ShowID=302&MenuID=2&TemplateID=1&SubMenuID=1&VideoID=7157&EpID=13061#anchorVid
Kudaku gagah berlari
susun atur oleh: MASYITAH MD.HASSAN pada 9:52 AM 0 KomentarAlhamdulillah setelah hampir 3 tahun berada di Kuala Lumpur, akhirnya pada tarikh 15 Julai 2008, Allah telah mengurniakan saya sebuah motorsikal yang dapat saya beli menggunakan wang sendiri. Syukur dipanjatkan, walaupun nampak kecil, sekadar motosikal biasa, namun ianya memberi pengertian yang besar buat diri saya. Bergelut dimedan perjuangan semasa dikampus, ke sana dan kesini tanpa kenderaan sendiri memang agak memenatkan. Namun saya bersyukur, Allah telah mengurniakan saya sahabat-sahabat, senior-senior, junior-junior dan semua saudara-saudara disekeliling saya yang sangat baik hati serta pemurah. Mereka sentiasa tidak lokek menghulurkan bantuan tika saya memerlukan. Terima kasih semua. Hanya Allah dapat membalas jasa kalian.
Mulai sekarang saya perlu lebih memahami selok belok tentang motorsikal.. Almaklumlah sebelum ni pinjam sekejap-sekejap saja kepunyaan orang tanpa perlu terlalu risau tentang hal-hal lain. Namun pengalaman dan suasana baru sudah pasti menyebabkan kita memperoleh ilmu baru bukan? Jadi saya rasa, saya tidak perlu terlalu bimbang tentang itu.
Kepada mereka-mereka yang masih setia disekeliling saya sehingga kini, saya juga sedia membantu anda semua seadanya, dengan izin Allah..Wslm
Subscribe to:
Posts (Atom)