SYUKUR : KONSEP ATAU REALITI?
Monday, November 24, 2008
susun atur oleh: MASYITAH MD.HASSAN pada 11:13 AM 1 Komentar"Kak ,akak rasa selesa tak dengan keadaah hidup akak sekarang ni?" Tanya saya pada suatu hari kepada housemate.."Erm..Maksud mas camne tu?" Balas dia agak kehairanan..Persoalan yang tiba-tiba menerjah ke ruang fikiran saya menjadikan dia terpinga-pinga sebentar.."Yelah maksudnya pencapaian akak setakat nila..contohnya..akak dah keje setahun kan..akak rasa berbaloi ke tahap setahun dengan keadaan akak sekarang?..takpun akak bahagia ke dengan keadaan sekarang"..
Persoalan yang kadang-kadang berlegar difikiran saya akhirnya terluah juga.."Erm susahla nak cakap mas, tapi yelah kan setakat ni akak rasa ok la. Cuma kadang-kadang rasa boring jugak..kat office asyik mengadap keja yang sama, buat benda yang sama berulang kali dan kadang-kadang bila takde keja lagilah rasa xbest"..
"So akak nk tukar keje ke?" tanya saya pula semakin berminat."Erm..ntahla skang ni bukan senang nak cari keja," balas dia dengan wajah sedikit hampa.."Owh Mungkin akak perlukan perubahan dalam diri kot, meaning keadaan yang berubahla contoh akak sambung belajar ke," cadang saya tidak semena-mena..Idea spontan lahir setelah perasaan muncul dalam diri.."Erm tula akak ada fikir jugak tapi kos nak smbung blaja skang ni pun bukan murah"..jawab dia pula.."Erm yelakan kak, bila dah keja ni barulah betul-betul rasa camne keadaannya nak manage duit, keluarga dan lain-lain kan"..pengalaman menjadikan kita semakin memahami erti hidup. Perubahan persoalan kepada aspek kewangan menjadikan saya beria menyetujui
"Yela kita ni kalau nak ikutkan hati memangla takkan rasa puas dengan apa yang kita ada..Cumannya satu jela syukur..and….. redha…kata kami berdua smbil tergelak spontan..
Bercakap mengenai konsep syukur memanglah mudah, Mungkin ada yang mengatakan, alah ini basic je dalam Islam..Namun realitinya, hanya diri sendiri yang mengetahui sejauh mana kita dapat mengaplikasikan konsep tersebut dalam erti kata yang sebenar..Benarkan kita betul-betul bersyukur?..Seketika persoalan ini berlegar-legar diminda saya..Syukur yang bagaimana?Apakah dengan sebenar-benar syukur, kita tidak perlu lagi membuat improvement dalam diri??
SYUKUR VS SABAR
Kadang-kadang kita merasakan telah menjadi insan bersyukur. Namun tak kurang juga keluhan setiap kali masalah menimpa. Juga rasa kekosongan serta masih tidak merasa kecukupan. Justeru tidak hairan ramai dikalangan mereka yang bergelar Dato’, Datin, CEO, bahkan menteri-menteri bergaji besar masih menerima rasuah. Allah berfirman
didalam surah As-Saba’ ayat 13 yang bermaksud :
Sedikit sekali dari hamba-hamba-Ku yang bersyukur.”
Bersyukur itu sebenarnya berperingkat-peringkat. Ramai orang, apabila mendapat nikmat, lantas mereka memuji Allah. Mereka ucapkan ‘Alhamdulillah’. Ini bersyukur cara biasa. Ramai yang boleh bersyukur dengan cara ini. Akan tetapi, kalau setakat ucapan sahaja, ia belum lagi dikira bersyukur yang sebenarnya. Kalau setakat ucapan sahaja, tetapi tuntutan tuntutan lain dalam bersyukur itu tidak dilaksanakan, maka ditakuti ucapan ‘Alhamdulillah’ itu hanyalah untuk mempermain- mainkan atau mempersendakan Allah sahaja.
Ramai juga orang, apabila menerima nikmat atau diselamatkan dari bala bencana, lantas mereka memuji Allah dan mengucapkan ‘Alhamdulillah’. Di samping itu hati mereka benar-benar merasakan Allahlah yang telah memberi mereka nikmat itu, atau Allahlah yang telah menjauhkan mereka dari bala bencana tersebut. Mereka diberi pahala kerana merasakan syukur itu di dalam hati mereka. Ini bersyukur peringkat kedua.
Adapun syukur yang sebenar itu ialah syukur yang diucapkan oleh lidah, yang dirasakan atau ditasdikkah di dalam hati, dan yang dilaksanakan dalam perbuatan. Di samping mengucapkan ‘Alhamdulillah’ dan di samping merasakan di hati bahawa Allahlah yang mengurniakan nikmat tersebut, nikmat itu mesti digunakan atau dikorbankan ke jalan Allah. Inilah hakikat kesyukuran yang sebenarnya.
Firman Allah :
Maksudnya: “Kalau kamu bersyukur atas nikmat-nikmat-Ku, Aku akan tambah lagi nikmat-nikmat-Ku. Tetapi kalau kamu kufur nikmat, ingatlah sesungguhnya siksa-Ku amat pedih.” (Surah Ibrahim: 7)
Apakah besyukur itu lebih mudah daripada bersabar?? Dalam bersabar, kita tidak ada kerja atau tanggungjawab tambahan selain dari menahan perasaan. Tidak ada bahaya menyalahgunakan nikmat kurniaan Tuhan. Apa yang perlu hanyalah menjaga dan mendidik hati supaya dapat menerima ketentuan Allah itu dan berbaik sangka dengan-Nya.
Lalu inilah yang menjadi jawapan kepada persoalan kenapa Allah berfirman bahawa sedikit sekali hamba-hamba-Nya yang bersyukur, kerana bersyukur itu sendiri bukanlah suatu perkara yang mudah.
BIASA ATAU LUAR BIASA
Tatkala pengunjung membaca artikel ini pastinya antum merasakan tidak termasuk dalam apa yang penulis bayangkan. ”InsyaAllah ana tak termasuk golongan biasa seperti yang menerima rahsuah tu”..mungkin dialog ini menjadi penenang seketika bagi hati atau perkataan lain yang sama waktu dengannya..Ya mungkin benar kita mungkin tidak sejauh itu perginya, tapi bagaimana pula dengan keluhan setiap kali masalah menimpa? Atau juga setiap kali merasa bosan dengan keadaan semasa diri dan keluarga??.jika benar-benar ya tidak mengapa, syukur dipanjatkan kepada yang Maha Mengetahui, jika sebaliknya atau pada yang merasa terkadang sahaja, marilah sama-sama kita bermuhasabah..Semoga kita semua digolongkan kepada golongan yang sedikit sepertimana yang selalu didambakan Saidina Umar karamallah huwajhah..Amin..
Subscribe to:
Posts (Atom)