Showing posts with label Isu. Show all posts
Showing posts with label Isu. Show all posts

MAHASISWA PERLU BERUBAH

Monday, November 01, 2010

0 Komentar
Saya baru saja pulang dari diskusi bajet 2011 di UIA. Dua minggu lepas saya berkesempatan juga mengikuti siri perbincangan mengenai bajet tersebut. Kemudian, saya mula membuat penilitian serta berusaha menghadam pelbagai komen, artikel, perbahasan dan juga kritikan daripada pelbagai pihak.

Malam ini pelbagai perkara yang saya fikirkan. Tumpuan kepada pembacaan bagi menghadapi peperiksaan akhir esok agak terganggu. Saya berfikir tentang peranan mahasiswa yang sebenar. Setelah membaca pelbagai komentar dari pihak kerajaan dan pembangkang mengenai belanjawan, saya dapati mereka memainkan peranan mereka yang sebenar dengan baik sekali. Pihak kerajaan berusaha sedaya upaya ‘mencantikkan’ prestasi mereka semampu mungkin walaupun terdapat banyak kecacatan yang boleh ditelusuri dalam membentangkan belanjawan negara . Pihak pembangkang juga bangkit dengan pelbagai tusukan, kritikan bahkan kecaman kepada setiap patah perkataan yang keluar daripada mulut kerajaan, walaupun kepada perkara-perkara yang boleh dianggap usaha baik dari kerajaan.

Fokus pemikiran saya saat ini bukan tentang itu. Bukan jua ingin mengkritik mana-mana pihak. Akan tetapi saya berfikir bagaimana mahasiswa kini tidak memainkan peranan mereka dengan betul. Saban waktu kita mendengar pelbagai slogan dimainkan oleh pimpinan mahasiswa samaada dari GAMIS, SMM, GPMS, PKPIM dan lain-lain bahawa mahasisiwa adalah golongan istimewa. Mahasiswa adalah golongan yang bertindak sebagai check and balance kepada negara. Namun, slogan hanya tinggal kenangan apabila mahasiswa tidak benar-benar merealisasikannya.

Kenapa saya berkata sedemikian? Setelah hampir 5 tahun bergelar mahasiswa ( 3 tahun di UTM dan hampir 2 tahun di UIA), saya melihat kelompok-kelompok mahasiswa ini belum benar-benar bebas. Mereka terlalu terikut-ikut dengan ideologi kepartian sehingga tidak membenarkan diri bertindak diluar batas garisan ideologi masing-masing. Contoh mudahnya begini : Gabungan Mahasiswa A (GMA) yang sangat menghormati dan menjunjung prinsip kepartian Parti Pembangkang 1 (PP1) akan sentiasa berusaha mentaati dan mengikut teras perjuangan PP1. Manakala Gabungan Pelajar B (GPB) pula di terajui oleh Parti Kerajaan 2 (PK2) di dogma dengan pemikiran kerajaan sentiasa mesra, cepat dan betul. Lalu, di manakah kenyataan check and balance itu?



Saya tidak menyatakan memiliki ideologi atau kecenderungan politik kepada mana-mana parti itu adalah perbuatan yang salah. Akan tetapi, ia akan menyempitkan ruang dan menutup ‘keistimewaan’ mahasiswa. Apabila PK2 mendapati GMA adalah kelompok mahasiswa yang cenderung kepada PP1, maka secara automatiknya setiap pandangan dan saranan daripada GMA akan dianggap sebagai batu loncatan kepada PP1 oleh PK2. Seterusnya saranan tersebut di tolak walaupun GMA berniat baik kepada PK1. Ini adalah lumrah politik semasa yang tidak boleh kita nafikan. Begitu juga sebaliknya akan berlaku apabila GPB menegur PP1.

Kita semua sedia maklum, peranan sesebuah kerajaan adalah memastikan struktur ekonomi, politik dan sosial sesebuah negara berada dalam keadaan baik dan adil. Justeru, tidak kira sesiapa atau parti mana yang memerintah, mahasiswa sepatutnya menjadi check and balance kepada kerajaan tersebut. Malangnya, apabila kerajaan membentangkan bajet negara, yang menyediakan bajet alternatif hanyalah dari pihak pembangkang. Seperti biasa, kerajaan pastinya akan menolak mentah-mentah bajet alternatif tersebut kerana ia sentiasa tidak memenuhi ‘selera’ mereka. Keadaan ini telah berterusan selama berpuluh tahun! Kerajaan sentiasa merasakan mereka betul dan pembangkang juga sentiasa menyatakan kerajaan adalah salah. Maka di sinilah kepentingan suara-suara dari kelompok pertengahan.Malangnya, dimana peranan dan usaha mahasiswa sebagai pengantara tersebut? Sedangkan mahasiwa adalah golongan istimewa. Mereka di kelilingi para ilmuan, intelektual dan pengkaji-pengkaji dari pelbagai bidang. Jika mereka boleh menyiapkan lima hingga enam tugasan dalam masa satu semester ( lebih kurag 5 bulan), dimanakah masalahnya untuk sekelompok mahasiswa menyiapkan bajet ‘saranan’ setahun sekali kepada kerajaan? Di manakah masalahnya untuk kelompok mahasiswa yang bebas ini melahirkan cadangan mereka tentang dasar-dasar penting kepada kerajaan?

Mungkin ada segolongan mahasiswa akan menyatakan mereka terikat dengan AUKU dan tidak bebas bersuara. Saya fikir, ini adalah permikiran mahasiswa yang masih di jajah dengan kejumudan atau dalam bahasa inggerisnya di sebut lack of creativity & innovation. Mahasiswa ‘bebas’ perlu bijak memainkan peranan mereka sebagai perantara. Mereka perlu membina strategi politik yang tersendiri bagi memastikan mereka di terima kedua-dua pihak. Status mereka sebagai anak muda bukan juga penghalang kepada pergerakan mereka. Apabila mereka di terima sebagai kelompok bebas, suara mereka akan memberi kesan dan cadangan mereka pasti diambil kira.
Tahun 2010 boleh di katakan tahun ‘transformasi’. Setiap hari kita melihat di kaca TV, perkataan tersebut di laung-laungkan. Saya fikir, mahasiswa juga perlu membuat tranformasi kepada cara dan strategi pergerakan mereka. Sudah tiba masanya mahasiswa kembali memenuhi peranan mereka sebagai ‘pengatur check and balance’ kepada negara.

1/11/2010-1.18 am.

AYAH

Wednesday, February 03, 2010

2 Komentar
Salam buat semua, moga dalam terus-terusan memburu cinta Ilahi.Ramai juga sahabat yang komen kepada saya untuk artikel bertajuk 'lelaki' yang saya post seminggu lepas. Ada yang positif dan juga negatif. Walaubagaimanapun, saya menerima semuanya. Cuma saya harap artikel ringkas saya itu tidak disalah tafsirkan. Bukanlah saya maksudkan tidak ada lelaki yang berkualiti. Cuma saya bimbangkan kuantitinya sahaja, jika hendak dibandingkan dengan kuantiti wanita atau muslimat.Teringat saya artikel seorang sahabat berkenaan dengan lambakan muslimah solehah .Apabila masalah sebegini berlaku tentunya poligami disenaraikan sebagai salah satu jalan penyelesaian. Namun sedarkah kita, ketempangan pengkaderan lelaki berkualiti alias soleh adalah punca utama lambakan muslimah solehah!Walaubagaimanapun, sebaliknya berlaku, wanita @ muslimat seringkali di salahkan, dengan alasan mahu menolak poligami, terlalu mengikut emosi, pentingkan diri sendiri dan sebagainya.Wallahualam, saya tidak menolak poligami sebagai jalan penyelesaian, namun cuma mahu mengajak para pembaca berfikir akan punca masalah sebenar dan berusaha ke arah jalan penyelesaian terbaik di antara yang terbaik.

SIAPAKAH LELAKI BERKUALITI?

Mudah sekali soalan ini.Ciri-ciri lelaki sejati atau berkualiti tentu sekali ada pada Rasul junjungan mulia S.A.W.Terlalu banyak kisah tentang kehebatan baginda dalam apa jua posisi.Juga terlalu ramai tokoh-tokoh baik dizaman Rasul, Sahabat,tabi' tabi'in sehinggalah ke era kini, boleh di jadikan panduan. Cuma bagaimana kita mencontohi dan mengambil ibrah itulah yang menjadi ukurannya.

Dalam tahun 2006, ketika masih belajar di UTMKL, saya telah mengikuti satu kursus kepimpinan.Antara slot yang tidak dapat saya lupakan adalah berkenaan mencari idola atau tokoh untuk kita jadikan pembakar semangat dalam membina kejayaan.Slot tersebut telah disampaikan oleh seorang kaunselor, juga dari UTMKL. Beliau menyatakan tokoh terbaik yang perlu dijadikan contoh adalah ibu dan bapa kita sendiri.Ini kerana siapa pun mereka baik seorang peguam, pensyarah, doktor, guru, nelayan hatta seorang pengemis sekalipun, merekalah orang yang telah berjaya melahir dan membesarkan kita sehingga kini. Justeru merekalah yang sangat perlu menjadi idola utama dalam diri kita.Kualiti yang ada dalam diri mereka tidak dapat kita gambarkan walau dengan jutaan tulisan. Kualiti inilah yang perlu kita gali.

Berbalik kepada persoalan lelaki berkualiti, pada saya panduan terbaiknya adalah kualiti yang ada kepada seorang insan yang bergelar bapa, ayah, abah, abi, walid atau apa jua gelaran.

UNTUKMU AYAH

Lelaki utama dalam hidup saya ialah ayah saya.Saya sangat rapat dengan ayah, sangat mengagumi beliau.Setiap patah perkataannya sentiasa memberi motivasi dalam diri saya.Pada saya ayah seorang lelaki yang sangat hebat. Beliaulah wira saya. Walaupun ayah tidak pernah menjejakkan kaki ke Sekolah menengah sekalipun, tetapi akhlak dan kualiti beliau tiada tandingan pada saya.

Ayah dilahirkan sebelum Malaysia mencapai merdeka. Kisah pahit maung hidup dalam peperangan tidak pernah beliau lupa. Ketika berumur 12 tahun, ayah sudah mula hidup sendiri. Setiap hari bangun pagi, dengan memikirkan bagaimanakah cara mendapat sesuap rezeki untuk diri sendiri. Namun ayah sentiasa gigih, setia meneruskan perjalanan walau apa jua cabaran.Sehingga ayah dewasa, berkahwin dengan emak dan membesarkan kami enam beradik. Semuanya dengan usaha gigih beliau sendiri. Walaupun tidak mewah, dari kecil sehingga kini saya tidak pernah merasa kekurangan. Apa jua yang di hajati pasti di penuhi ayah.Masih saya ingat, ayah lah yang setia menghantar dan menjemput saya dengan basikal tuanya di sekolah suatu masa dahulu. Ayahlah yang bersusah payah menghantar keperluan saya dengan motosikalnya semasa saya tinggal di asrama suatu ketika dahulu.Ayah tidak pernah merasa penat.Sentiasa berusaha memberi yang terbaik untuk anak-anaknya.



Ayah sentiasa menjaga kualiti rezeki yang diterimanya. Setiap hari ayah akan bertolak 2 atau 3 jam awal ke tempat kerja. Katanya biar berkat hasil yang di peroleh.Seumur hidup ayah tidak pernah berhutang. Katanya hutang itu pemusnah hidup. Beliau sanggup mengayuh basikal selagi wang simpanan untuk membeli motosikal belum cukup.Tatkala orang lain bergaya dengan kereta, ayah masih setia dengan motosikalnya, kerana tidak mahu berhutang. Tatkala orang lain membuat pinjaman bank untuk memiliki rumah yang lebih baik, ayah berusaha membina sendiri sedikit demi sedikit rumah kedua buat kami sekeluarga.

Ayah sentiasa menjaga solatnya. Ayah juga sangat akrab dengan masjid.Sehingga kini masanya lebih banyak dihabiskan di masjid berbanding dirumah. Masjid adalah rumah rehatnya. Tempat beliau merancang hidupnya, tempat beliau mengadu masalahnya.

Ayah sangat menjaga pemakanannya.Sepanjang hidup bersama ayah, saya tidak pernah melihat beliau menambah nasinya. Katanya makan apabila perlu. Ayah juga makan sedikit sahaja. Lebih sedikit dari saya sendiri. Kata ayah orang yang menjaga makan, hidupnya panjang.Ayah juga tidak pernah minum air bergula atau berais bersama nasi. Air masak sahaja permintaannya. Kata ayah, air itu penyebab penyakit.

Ayah sangat peka dengan isu semasa. Politik, sukan, ekonomi menjadi kegemarannya. Kata ayah, jika hidupnya tidak susah suatu masa dahulu, pasti beliau sudah bergelar YB sekarang.Saya juga kadang-kadang termalu sendiri jika ayah lebih mendahului isu berbanding saya.

Terlalu banyak tentang ayah jika hendak di senaraikan.Walaupun ayah tidak pernah tahu menggunakan komputer, apatah lagi membuka blog, namun post ini saya tujukan khas buat ayah.Oh ayah, kualiti dirinya tidak tercapai rasanya oleh saya, walaupun beliau telah menghantar saya ke Universiti.

Lagu di bawah ini saya tujukan khas buat ayah dan juga buat para lelaki yang sentiasa berusaha menambah kualiti diri. Wallahualam...


LELAKI

Sunday, January 17, 2010

2 Komentar
Salam buat semua pengunjung blog ini, moga berada di bawah rahmat Ilahi. Pernahkah anda mendengar isu berkaitan kurangnya pelajar lelaki di Institusi Pengajian Tinggi? Saya yakin pasti semua mengakuinya kerana saya juga yakin pengunjung blog ini terdiri daripada mereka-mereka yang sangat peka dengan isu semasa. Saya tidak pasti bilakah isu ini mula berlegar. Namun, saya sangat pasti ianya tidak pernah usai sehingga kini, walaupun sudah tidak lagi di bahaskan. Mungkin masyarakat kita sudah lali dengan isu ini serta keadaan majoritinya pelajar perempuan atau wanita di mana-mana sudah menjadi biasa.Sudah menjadi adat.

LELAKI KIAN PUPUS?

Saya masih ingat ketika pertama kali menjejakkan kaki ke menara gading. Waktu itu saya masih berumur 17 tahun dan diterima masuk ke Universiti Teknologi Malaysia, City Campus, Kuala Lumpur (Kini di gelar International Campus). Pada Minggu Haluan Siswa (MHS), seorang fasi membangkitkan persoalan ini kepada semua pelajar baru.

" Saya nak tanya satu soalan kepada anda semua, agak-agaknya kenapa ye pelajar lelaki selalu je minoriti kat Universiti? Kita tengok hari ini, satu barisan je pelajar lelaki, selebihnya semua perempuan", penuh lantang dan bersemangat fasi tersebut bertanya, memandangkan audience yang dihadapi lebih daripada seratus orang.

" lelaki tak minat belajar ", jauh kedengaran suara-suara sumbang daripada anonymous yang tidak berani memperkenalkan diri.

" lelaki dah pupus " ,suara anonymous yang lain pula berbunyi, di sambut dengan hilai tawa dari semua.

Seminit kemudian seorang pelajar lelaki mengangkat tangan untuk menjawab.

"Pada pandangan saya ramai di kalangan pelajar lelaki yang pilih untuk sambung belajar di luar negara, sebab tula kat dalam ni sikit je", kata beliau dengan begitu confident

" Betul-betul " , semua pelajar lelaki menyahut di sertai dengan tepukan tanda berpuas hati.

" Oh ye betul jugak kan, perempuan susah sikit nak sambung kat oversea", fasi tersebut yang juga seorang lelaki mengangguk-angguk menyetujui jawapan tersebut.

Saya yang sekadar menjadi pemerhati ketika itu, hanya tersenyum sendiri. Pada saya jawapannya mngkin ya, dan mungkin juga tidak.

MASALAH SISTEM PENDIDIKAN

Ok class, today, our essay's topic is "Women are better than Men in study" , lets come out with the point, kata pensyarah subjek English Writing semasa saya berada di Centre for Languages and Pre- Academic Development (CELPAD), IIUM.

"But first of all sir, I dont agree with this topic, supposed to be "Men are better than Women", seorang pelajar kelas saya menyatakan ketidakpuasan hatinya pada tajuk yang diberikan.

"No I think that is reality, in term of study, Women is always better than Men." saya pula menyampuk, terasa ingin juga mengambil bahagian.Sememangnya isu mempertahankan kaum atau gender masing-masing seringkali menarik perhatian untuk perbahasan.

" Nevermind, it is ok dear, just think that it is just a topic for your essay, no need to think so out of box, we did'nt have enough time to discuss about reality. Just settle up your essay with the logical point and most importantly, without grammatical error", Pensyarah saya kemudiannya menyudahkan perbahasan yang kian hangat hasil tokok tambah daripada pelajar-pelajar lain. Biasanya isu akan jadi lebih panas apabila pelajar International mula bersuara. Ada sahaja idea bombastic yang akan keluar dari benak mereka.

"Ok my first point is probably Men always prefer to study with physical things, rather than teorically reading, memorizing and others. But our education system now mostly focus on teory which are more expert by Women. That is why, they are being excellent in academic ", seorang pelajar lelaki kelas tersebut menyampaikan pandangan beliau.

" Yes, I agree sir, that is why we can see that most of boys prefer to study in technical school compared to girls, and after that they prefered to work as soon as possible. Furthermore, Man is leader and responsible for their family", satu lagi pandangan bernas lahir.

Kali ini saya bersetuju dengan pandangan-pandangan tersebut. Namun persoalan lain yang timbul di benak saya, adakah benar sistem pendidikan yang ada sekarang ini, baik di Malaysia tercinta atau di luar negara, tidak membantu perkembangan pelajar lelaki, sekaligus menyebabkan kemerosotan bilangan mereka di Universiti, hari demi hari? Saya pernah terbaca suatu kajian yang di buat oleh Universiti Pendidikan Sultan Idris ( maaf link tidak dapat disertakan kerana di dapati sudah tiada) bahawa sistem pendidikan yang kita warisi daripada British pada masa kini, juga mencedok kesan semangat feminisme yang menyerap masuk dalam sisitem pendidikan di London suatu masa dahulu.Semangat memeprtahankan nasib kaum wanita yang timbul pada masa itu telah memaksa kerajaan British merombak sistem pendidikan mereka kepada sistem yang lebih dapat dikuasai oleh pelajar perempuan.Kajian menarik yang dibuat itu pada saya perlu di sebar luaskan, agar mereka-mereka yang berjuang di medan pendidikan dapat berbuat sesuatu untuk masalah ini.

PEDULIKAH KITA?

"Menjaga lembu sekandang lebih mudah daripada menjaga seorang anak perempuan".Ungkapan ini bisa saja di dengar di mana-mana, apatah lagi dari mulut orang tua-tua, termasuk daripada orang tua saya. Menariknya ayah saya menambah, "sekarang ni anak lelaki ke perempuan sama je, lelaki kadang-kadang lebih susah".
Kekurangan lelaki yang berkualiti di dalam masyarakat pastinya mengheret umat sedikit demi sedikit ke lembah kemunduran dan kebinasaan.

Justeru pada saya, tidak guna kita hanya mengeluh, mengkaji masalah, membuat analisa tanpa ada usaha ke arah penyelesaian masalah. Mulakanlah dari dalam diri yakni pembinaan diri agar lebih 'berkualti'. Buat para lelaki khusunya dan para wanita bagi melahirkan generasi lelaki-lelaki yang berkualiti.

Sekadar sedikit perkongsian tentang isu yang tiba-tiba singgah di minda..(^_^)Wallahualam..