Showing posts with label Muslimah. Show all posts
Showing posts with label Muslimah. Show all posts

TUDUNG LABUH DAN KOPIAH

Tuesday, October 19, 2010

1 Komentar
"Angah kenalkan, ni classmate acik" jelas sahabat se-halaqah saya semasa kami berjumpa untuk temujanji makan tengah hari bersama.

Saya hanya membalas senyuman daripada beliau sambil mengajak untuk ke meja makan.

"Awak ambil course ape?", saya bertanya sekadar berbasa basi kepada Mira.

"Usul fiqh", jawab beliau ringkas..

"Oh..saya hanya mengangguk-angguk sambil meneruskan jamahan makanan.

Sudah menjadi kebiasaan, tengah hari seperti itu, keadaan kafe EVOKE akan menjadi sangat sesak.Mujurlah kami sempat mendapatkan tempat setelah selesai digunakan pelanggan lain.

"Awak ambil course apa pulak?", tanya Mira kemudiannya.

" Hurm, saya... Accounting"

"Oh.."balas Mira dengan kening yang berkerut-kerut.

"Kenapa?" tanya saya kehairanan

Mira tersenyum sumbing, "Tak de, saya ingat awak budak course agama, I mean Bahasa Arab ke, IRK ke ( IRK ialah stand kepada Islamic Revealed knowledge) yela, tengok pakaian awak macam...beliau terhenti disitu.

Saya cuma tersenyum dan meneruskan jamahan makanan sambil berfikir-fikir..

"Hurm, tak semestinya student course agama je yang kena pakai tudung labuh kan?"..

Agak terkejut dengan persoalan yang tiba-tiba saya kemukakan, beliau kemudiannya mengangguk lambat-lambat dan meneruskan jamahan. Sekilas pandang, saya lihat beliau termenung. Entahlah, saya tidak pasti apa yang difikirkan. Mungkin, sedang bermuhasabah tentang tudungnya yang sedikit berbeza.

TUDUNG LABUH versi MALAYSIA

Hampir setahun lebih menimba ilmu di UIAM, saya dapati keunikan institusi ini bukan sahaja pada ilmu, cendikiawan, reka bentuk bangunan dan juga sistem penilaiannya, bahkan juga dari aspek budaya dan cara pemakaian. Pelbagai jenis fesyen dan gaya boleh dilihat disini. Saya kira, mungkin kerana faktor budaya manusia-manusia yang mempunyai latar belakang berbeza dari pelbagai negara. Fesyen-fesyen ini diserap masuk sedikit demi sedikit sehingga sebati menjadi pakaian pelajar-pelajar tempatan.Sehigga terbit persoalan, fesyen yang bagaimana sebenarnya mengikut kehendak Al-Quran?..Ada yang mengatakan di dalam Al-Quran tidak mencatat secara spesifik bagaimana sebetulnya seseorang muslimah itu perlu berkerudung.Cuma di jelaskan perlu menutup bahagian-bahagian tertentu.

“Wahai nabi (Muhammad), suruhlah kepada isteri-isteri kamu, anak-anak perempuan kamu dan wanita-wanita beriman agar melabuhkan jilbab (pakaian bagi menutup seluruh tubuh) mereka (semasa mereka keluar), cara yang demikian itu lebih sesuai untuk mereka dikenal (sebagai perempuan yang baik-baik) maka dengan itu mereka tidak diganggu. Dan (ingatlah) Allah Maha Pengampun lagi Maha Pengasihani (terhadap dosa kamu di masa lalu).”-Al-Ahzab 59



Masyarakat Malaysia umumnya selalu mengaitkan tudung labuh dengan golongan pelajar atau guru-guru agama yang memakai tudung bidang 60 serta dijahit jurus kehadapan. Fesyen ini sangat terkenal dalam tahun 80-an.Namun, tahun demi tahun, pelbagai jenis tudung labuh mula di perkenalkan.Para wanita muslimah mula tampil dengan pelbagai gaya. Bahkan ada juga yang dibawa ke medan peragaan.Lalu, tudung labuh versi lama sudah semakin kurang dikenakan.


ERTI ' TUDUNG LABUH' YANG SEBENAR


Tujuan utama penulisan saya bukanlah ingin membahaskan fesyen tudung bagaimana yang lebih tepat. Akan tetapi saya lebih suka mengajak untuk kita melihat kepada tujuan pakaian tersebut. Jika kita renungkan ayat ke 59 Surah Al-Ahzab diatas, Allah swt menjelaskan bahawa objektif setiap muslimah dikehendaki bertudung adalah untuk menjaga dirinya dan supaya dia dikenali sebagai wanita yang baik-baik.Nah, inilah sebenar tujuan utama yang perlu kita utamakan. Fesyen atau gaya hanyalah sebuah wasilah..

NAMUN, WASILAH ADALAH JAMBATAN.

Rasulullah saw begitu kuat menekankan supaya setiap lelaki memilih calon isterinya yang ramai anak, sebagaimana sabda baginda: “Kahwinlah perempuan-perempuan yang keturunan banyak anak, sesungguhnya aku berbangga dengan ramainya umatku di hadapan para Nabi pada Hari Kiamat nanti”. Justeru, pernikahan adalah jambatan kepada tujuan meramaikan umat Islam. Lalu, apakah pula jambatan kepada tujuan menjaga diri dan agar dikenali sebagai wanita yang baik-baik ?Maka disitulah letaknya peranan pakaian dan tudung yang kita kenakan.Caranya sangat mudah, jika kita memakai tudung labuh jenis A, terasa ianya lebih menjaga diri kita daripada melakukan maksiat, maka tudung A lah yang menepati kehendak syariat. Dan apabila memakai tudung labuh jenis B, kita lebih mudah terjerumus ke lembah maksiat, maka pastilah terdapat kekurangan pada tudung jenis B. Tanyalah pada diri sendiri, hati anda tidak akan pernah membohongi, sebagaimana sabda Nabi dalam hadis ke 27 susunan Imam Nawawi :

Dari An-Nawwas bin Sim'an r.a, dari Nabi SAW yang bersabda : " Kebajikan itu adalah budi pekerti yang baik. Dan dosa pula adalah apa yang tersimpul di dalam diri engkau dan engkau benci bahawa ia diketahui manusia mengenainya.
~ Riwayat Muslim

Dari Abi Wabishah bin Ma'bad r.a : " Bahawa aku datang kepada Rasulullah SAW lalu banginda bertanya : ' Engkau datang bertanyakan erti kebajikan ? ' Aku menjawab : ' Ya '. Sabda Rasulullah SAW lagi : ' Tanyalah hati engkau. ' Kebajikan itu ialah apa yang mententeramkan diri engkau kepadanya serta mententeramkan hati. Manakala dosa pula ialah apa yang mengganggu jiwa dan meragui dalam dada, walaupun orang ramai telah memberikan engkau fatwa dan terus menfatwakan sesuatu.' "

Walaupun begitu, sepanjang saya berdiskusi dan bertemu dengan ramai wanita, mereka menyatakan apabila mereka memakai tudung labuh versi Malaysia atau versi lama, ia lebih menjaga diri dan akhlak mereka. Wallahu'alam, saya tidak menyatakan ianya seratus peratus benar atau juga salah.Secara peribadi, saya mengakuinya.Namun, terpulanglah kepada pendirian dan pegangan masing-masing. Yang penting, 'tujuan' sebenar tercapai.

TUDUNG LABUH DAN KOPIAH

Saranan menjaga diri bukan sahaja dikenakan kepada para wanita Islam akan tetapi juga buat lelaki-lelaki yang beriman. Ini kerana ayat ke 30 surah An-Nur di datangkan buat para muslimin terlebih dahulu dan kemudiannya barulah disusuli dengan ayat ke 31, buat kaum wanita.

”Katakanlah (wahai Muhammad) kepada orang-orang lelaki yang beriman supaya mereka menyekat pandangan mereka (daripada memandang yang haram), dan memelihara kehormatan (kemaluan) mereka. Yang demikian itu lebih suci bagi mereka, sesungguhnya Allah Amat Mendalam PengetahuanNya tentang apa yang mereka kerjakan.-An-Nur, 30.


Lalu, tidak keterlaluan jika saya katakan kopiah adalah wasilah terbaik untuk seseorang lelaki muslim menjaga dirinya dari terjerumus ke lembah maksiat. Walaupun, Islam tidak pernah mewajibkannya, sebagaimana bertudung labuh versi lama buat para wanita. Walau bagaimanapun, pendirian saya masih tetap sama, terpulanglah kepada 'cara' masing-masing mencapai tujuan tersebut. Jika tanpa kopiah, lebih mudah buat mereka menjaga diri, ya, mungkin itulah yang terbaik, juga sebaliknya.Namun, Ibnu Umar R.Anhu pernah meriwayatkan bahawa Nabi S.A.W selalu menggunakan penutup kepala berwarna putih.” (Al-tabrani)


Wallahualam..

AKU dan CINTA

Monday, October 11, 2010

0 Komentar
Cinta itu datang lagi,
Kali ini lebih harum dan semerbak baunya.
Aku seperti bidadari riang.
Berlari-lari di taman,
mengecapi manisnya,
haruman cinta itu.

Pemilik cintaku,
Kekalkan ia bersamaku.
Agar larian ini
bertambah jauh,
Agar larian ini
bertambah gagah,
Agar larian ini
Penuh dengan warna warni...

10~10~10

MAMPUKAH??

Wednesday, March 04, 2009

0 Komentar


Mampukah aku menjadi seperti Sayyidatina Khadijah?
Agung cintanya pada Allah dan Rasulullah
Hartanya diperjuangkan ke jalan fisabilillah
Penawar hati kekasih Allah
Susah dan senang rela bersama...

Dapatkah ku didik jiwa seperti Sayyidatina Aishah?
Isteri Rasulullah yang bijak
Pendorong kesusahan dan penderitaan
Tiada sukar untuk dilaksanakan...

Mengalir air mataku
Melihat pegorbanan puteri solehah Sayyidatina Fatimah
Akur dalam setiap perintah
Taat dengan ayahnya, yang sentiasa berjuang
Tiada memiliki harta dunia
Layaklah dia sebagai wanita penghulu syurga...

Ketika aku marah
Inginku intip serpihan sabar
Dari catatan hidup Sayyidatina Sarah....

Tabahlah jiwaku..
Menghadapi setiap mehnah
Setabah umi Nabi Ismail
Mengendong bayinya yang masih merah
Mencari air penghilang dahaga
Diterik padang pasir merak
Ditinggalkan suami akur tanpa bantah
Pengharapannya hanya pada Allah
Itulah wanita Sayyidatina Hajar....

Mampukah aku menjadi wanita solehah?
Mati dalam keunggulan iman
Bersinar indah, harum tersebar
Bagai wanginya pusara MASYITAH....


The beauty of a woman is not in the clothes she wears, the figure that she carries,or the way she combs her hair. The beauty of a woman must be seen in her eyes,because that is the doorway to her heart, the place where love resides. The beauty of a woman is not in a facial mole, But true beauty in a woman is reflected in her soul. It is the caring that she lovingly gives, the passion that she shows and the beauty of a woman. With passing years-only grows!

MENGAPA WANITA SANGAT ISTIMEWA?

Sunday, August 03, 2008

1 Komentar

Mama dan Papa sedang menonton TV, seraya mama berkata. "..saya letih la..dah lewat ni, saya nak tido lah...." Mama pun pegi dapur nak tutup tingkap dapur, nanti masuk pulak lipas...leceh pulak nanti..dah tu, ade pulak rice cooker dalam sink..rendam lepas makan tadi..basuh jap...susun pinggan kat rak, lap dapur..terpercik kena sambal masa masak tadi...check air panas dalam flusk..takut habis pulak nanti malam anak nak susu...memang dah kering pun flusk ni, jerang la air...sementara tunggu air masak, nampak pulak bekas gula dah kosong....salin la gula...check bubur untuk anak nak hantar ke taska esok..nasib baik ade lagi...ishh...ni lauk bila ni, s ema lam...dah beku dah...basuh la kejap....pegi yard, masukkan baju kotor dalam mesin basuh...penat dah ni, besok je la basuh...sidai kaian lap je lah...
tik...bunyi air dah masak...salin air dalam flusk...ok settle..on da way nak g bilik, papa tgk tv lagi...nampak pulak beg anak untuk hantar ke taska...check...baju 2 pasang, towel...towel kecik utk selsama...calamine lotion untuk sapu ruam...pampers 4 keping....alamak..telupa pulak masukkan botol...basuh botol jap...ok settle...
ternampak pulak beg g keje...emm..besok nak pakai beg polo coklat lah, asik2 pakai beg hitam ni je...salin jap barang2 g beg coklat...cek sume 6 poket beg, takut la tetinggal apa2..leceh pulak..selalunya barang yang tertinggal tu la yang nak pakai nanti...hishhh sempit la beg ni...hangin je...nak kena beli ni beg baru...rasenya 25 hb ni Sogo sale nih...mana flyers tadi ek...ha ni die..ok, catit jap kat yellow sticker, nanti lupa..ok settle...
Tetiba dengar suara papa.."awk buat apa lagi tu..tadi kata nak tido".."yelah nak tido la ni" masuk toilet..buat apa2 yang patut...cuci muka dulu..2 jenis lak tu...adoi..gosok gigi..pakai toner...pakai treatment cream...nak lawa and maintain punya pasal lah ni...
nanti orang kata baru anak satu dah macam anak 4 pulak...huhuhuhu...

bukak almari...emmm...pakai baju hijau ni lah besok...gosok kejap..check baju papa, baju papa pun kena gosok jugak ni...kat bilik belakang...
la, napa komputer ni tak tutup ni..gelas kopi pun ade lagi, dah bersemut dah..ishhh ...g dapur, basuh, sambung gosok baju...gantung elok2...k ema skan baju gantung2...masukkan seluar papa yang dah kotor dalam tempat kotor...ok settle..

dgr suara papa lagi...".saya dah ngantuk ni.."..dalam pada nak masuk ke bilik...owh...pokok aku dah nak mati ni ha..lupa dah 3 hari tak siram...ok, siram jap...check jap pintu ni...sah tak kunci lagi...grill pun tak tutup..ni kalau tak check ni, senang2 je mat indon masuk rompak umah aku...bukak lampu luar..ni mainan ni sepah2...masukkan la dalam bakul mainan budak ni...banyak nya...sampai bawah meja makan pun ade...adoi....ok dah ...ok dah boleh baring...adoi sakitnya pinggang...cium si comel ni kejap...selimutkan die...la..napa basah ni...emm, tukar la pempers ni...tak bagus la brand ni, nanti nak tukar lain la...nanti g Sogo 25 hb ni beli la skali...ok sayang tido k...kalau boleh jangan la bangun tgh malam ni eh..tido sampai pagi k...gud nite..sweet dreams...aaahh...sedapnya dapat baring...mana pulak lotion sapu kurus aku nih...ha, ni dia...sambil sapu lotion kurus,setkan alarm...setkan program kerja besok...pg kul 9.30 ade meeting..ahh..boring..panas pulak lotion nih..dah la...emm..sedapnya lelapkan mata..Ya Allah..terima kasih untuk rezekiMU hari ini,mohon keberkatan dari mu Tuhan..papa pun bangun tutup tv..."saya dah ngantuk sangat ni...nak tido lah..citer pun tak best malam ni, bola pun takde.."selang seminit..dengar suara papa berkeruh..dah agak dah....

So?..apa yang peliknya??
Anda tahu kenapa wanita hidup lebih lama?..SEBAB ADE BANYAK KERJA NAK KENA BUAT..tu yang tak boleh nak mati cepat tu..hehehe..setiap wanita adalah istimewa dengan cara mereka sendiri..Kalau lelaki mengakui kebenaran ini..hormat dah hargailah mereka..untuk keperibadian dan kebolehan mereka untuk berdikari.
HIDUP KAUM HAWA!!!