Apabila minyak naik, akhlak manusia menurun??
Monday, July 21, 2008
susun atur oleh: MASYITAH MD.HASSAN pada 6:43 PMHari pertama mengikuti training di Taiko Management Sdn Bhd, Lahat, Perak. Hari baru dan pengalaman baru buat saya. Bermusafir bersendirian ke sini membuatkan saya rasa lebih berdikari. Hanya Allah tempat bergantung..
Pertama kali menjejakkan kaki ke syarikat ini membuatkan saya terfikir, saya melihat hampir 97% pekerja disini terdiri dari kalangan mereka yang berbangsa tianghoua. Fikiran saya mula tidak menentu. Rali sejenak, kemana perginya orang bumiputra? fikir saya. Bukannya niat saya untuk bersifat assabiyyah, mementingkan perkauman atau sebagainya Cuma akal saya yang memikirkan tentang aspek itu tidak dapat dikawal. Sehinggakan kami yang beragama Islam diberi makanan khas dari luar disebabkan kantin disini juga dipayungi oleh kaum cina. Namun saya bersyukur, walaupun berlainan bangsa, agama dan budaya, mereka yang mengajar saya sangat baik hati dan bersopan santun. Bahkan tidak keterlaluan untuk saya katakan lebih baik daripada sesetengah orang dari bangsa saya sendiri..teringat saya kepada pemandu bas dan pak cik teksi yang agak biadap menyahut pertanyaan, semasa dalam perjalanan saya ke sini.. Masih terngiang-ngiang di telinga saya sikap tidak sopan pemandu bas tersebut, dan pak cik teksi pula….merungut-rungut keterlaluan semasa membantu saya mencari tempat kediaman..Tidak ikhlas sungguh..sehingga saya terfikir kenaikan harga minyak menjadikan manusia BIADAP, pentingkan diri sendiri dan terlalu berkira…ini salah satu kesan yang perlu difikirkan oleh kerajaan saya rasa. Bahkan perlu lebih diutamakan daripada kesan-kesan yang lain kerana apabila sesuatu bangsa itu tiada adab, maka rosaklah budaya, pincanglah agama.
Saya bersyukur, baru satu hari berada disini banyak pelajaran yang saya perolehi terutama dalam aspek perakaunan. 2 tahun belajar disekolah, dan 3 tahun di Universiti, hanya teori semata-mata yang saya tahu..kadang-kadang terpaksa menghafal perkara-perkara yang langsung tidak dapat difahami dengan baik. Bahkan kadang-kadang rasa tersiksa mahu menghabiskan sesuatu subjek akaun dalam satu semester.. Namun apabila disini, di medan pekerjaan adalah lebih mudah saya rasa. Mungkin juga akibat tidak ada kursus praktikal sewaktu saya di Universiti dahulu.
Hari pertama disini, satu lagi pelajaran baru yang saya sukai disini ialah ketepatan waktu yang diamalkan. Berbeza dengan syarikat yang saya kerja sendiri (syarikat bumiputra), ketepatan waktu sangat-sangat dititikberatkan disini. Mungkin aspek ini perlu dipelajari oleh orang kita daripada kaum tianghuoa, walaupun dalam Islam telah diajar semua aspek ini..ISLAM agama yang lengkap namun penganutnya yang tidak mengaplikasi keistimewaan tersebut. Sayang sekali sehingga penganut agama lain lebih ‘islam’ dari orang islam. Sambil berkongsi dengan semua, saya juga bermuhasabah diri, mungkin kelalaian kita yang kita rasakan sedikit, sangat besar kesannya kepada agama yang kita cintai. Moga Allah mengampuni kekhilafan hambanya yang dhoif ini..ameen
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
No comments:
Post a Comment