ADA APA DENGAN TARIKH ITU??
Friday, July 25, 2008
susun atur oleh: MASYITAH MD.HASSAN pada 2:41 PMSetiap kali menyambut ulangtahun kelahiran pastinya setiap daripada kita tidak sabar-sabar menanti ucapan daripada teman-teman, ahli keluarga, sanak saudara dan lain-lain. Pelbagai kata-kata berupa ucapan, harapan, doa , gurauan dan lain-lain yang sama waktu dengannya akan diterima oleh penyambut ulangtahun tersebut. Bahkan ada juga dikalangan kita yang sanggup berhabis wang ringgit semata-mata bagi meraikan ulangtahun hari lahir sendiri… Mengadakan birthday party, kenduri kesyukuran, doa selamat, pesta hiburan dan lain-lain upacara semata-mata mahu diraikan @ meraikan. Sebelum ini saya seperti biasa sahaja. Tidak terlintas langsung berfikir persoalan ini. Kata orang isu remeh..Bahkan secara ikhlas salah satu kelemahan saya adalah mengingati tarikh. Jujurnya termasuk hari lahir sendiri, apatah lagi orang lain.
Namun tanggal 25hb Julai 2008 tepat jam 12.00 malam, saya dikejutkan dengan panggilan daripada sahabat lama disekolah dahulu, terpisat-pisat bangun kerana keletihan seharian dengan tugasan-tugasan yang memeningkan. Selepas menjawab panggilan, berpusu-pusu mesej ucapan selamat masuk ke inbox handset saya. Saya bangun mengerjakan solat taubat dan sekaligus sujud syukur kerana dikurniakan bermacam nikmat oleh Allah swt. Namun setelah beberapa ketika saya berfikir, Ada apa dengan tarikh tersebut?? Bukankah bermakna Allah mengingatkan kita tentang tugasan-tugasan yang masih belum dilangsaikan??hutang-hutang kepadaNya yang masih berbaki dan sentiasa bertambah??
Saya teringat pesanan ustaz saya semasa berada di Tingkatan 1 SMAYK dahulu, kata ustaz, " perasan tak, setiap kali sambut ulangtahun kelahiran, kita yang berlebih-lebih, dapat hadiah la, sambut meriah-meriahlah, ada yang lebih daripada tu pun ada..tp bape kerat ja daripada kita yang ucapkan terima kasih pada mak dia setiap kali tiba hari lahir sendiri??Hangpa ni ustaz qasa bukan nak ucap terima kasih, mak pulak yang kena bagi hadiah…" disambut dengan sengihan dari semua rakan sekelas saya. Sambung ustaz lagi, " Kita kena ingat yang mak kita dok sakit time tu,nak lahirkan kita, berperang sama macam orang pegi berjihad, tapi kita langsung tak ucap terima kasih"...
Ya saya akui kebenaran kata-kata ustaz. .terima kasih ibuku yang berpenat lelah pada 25 Julai 1987 jam 7.15 malam yang lalu..Teringat pada ayat al-Quran yang dipelajari disekolah dahulu :
“Dan tuhanmu telah memerintahkan supaya kamu jangan beribadah kecuali hanya kepada-Nya, dan hendaklah kamu berbuat baik kepada ibu bapamu dengan sebaik-baiknya. Jika salah seorang diantara keduanya atau kedua-duanya sampai berumur lanjut dalam pemeliharaanmu, maka sekali-kali janganlah kamu mengatakan kepada keduanya perkataan "ah" dan janganlah kamu membentak mereka dan ucapkanlah kepada mereka perkataan yang mulia (al-Isra:23)
Dilihat pada ayat ini, perkataan 'ah' sahajapun sudah diperingatkan oleh Allah kepada kita, apatah lagi perkatan-perkataan lain yang lebih teruk daripada itu. Sambil memuhasabah tentang akhlak diri yang lepas-lepas pada ibu bapa, saya juga bimbangkan tentang anak-anak kelahiran akan datang. Apakah lebih teruk dari sekarang?? Nauzubillah
Berbalik kepada persoalan ada apa dengan tarikh tersebut, bagi saya jawapannya ada pada diri setiap individu itu sendiri. Setiap daripada kita jika diminta membuat ulasan, pastinya akan mempunyai transkripsi jawapan yang berbeza. Namun apa jua aturan jawapan, moga kita tidak lari daripada matlamat sebenar kita dilahirkan kedunia ini..
Dan tidak aku jadikan jin dan manusia kecuali untuk beribadah kepadaku (adz-Dzariyat:56)
Wallahualam….
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
No comments:
Post a Comment