OUTREACH XPDC DAKWAH –PART 2

Friday, March 20, 2009

0 Komentar

Mohon maaf di atas kelewatan menyambung penceritaan.. Kesibukan sewaktu hari bekerja dan program di hari minggu tidak memudahkan saya untuk memperuntukkan masa bagi memperkembangkan penulisan. Namun saya cuba seadanya sedikit demi sedikit.

Hari ketiga di Sandakan, pihak kami terus dengan kerja-kerja menyampaikan sumbangan kepada penduduk di sekitar Kinabatangan. Keluasan tanah yang agak besar membuatkan perjalanan dari satu rumah ke satu rumah memerlukan kami menaiki kenderaan. Mujurlah pihak penganjur disana telah sediakan van sewa dengan pemandu yang efektif.Terima kasih tidak terhingga di ucapkan kepada Badan Perhubungan PAS Negeri Sabah di atas kesungguhan yang di tunjukkan.



Sementelaah program yang sangat memerlukan komitmen dan perbelanjaan yang besar ini, syukran jazilan diucapkan juga kepada Pihak HPA di atas sumbangan yang berjumlah agak besar dalam menjayakan misi ini. Moga perniagaan HPA terus maju dan menjadi salah satu penyumbang terbesar kepada kemajuan misi dakwah ummah..ameen




Destinasi terakhir bagi kami menyampaikan sumbangan pada hari ketiga ditutup dengan ceramah kelompok dan juga tayangan slide show berkenaan manifesto program, di salah sebuah rumah penghulu kampong dikawasan Bukit Garam. Pihak penghulu telah memohon maaf di atas kekurangan jemputan pada hari tersebut di sebabkan masalah sejarah sebelum ini. Katanya memandangkan sebelum ini beliau pernah diminta untuk mengumpulkan penduduk bagi sesuatu program ( pastinya bukan anjuran PAS ), akhirnya setelah sekalian ramai yang hadir, program dibatalkan saat akhir. Enggan mengambil risiko, penduduk yang datang sebahagian cuma. Namun bagi pihak kami, wamakaru wamakarullah, wallahukahirul makirin..tidak mengapa asalkan yang sedikit mendapat keberkatannya..mudah mudahan..



Tidak dilupakan rombongan kami yang lebih ramai di wakili anak muda, berkesempatan di ambil sebagai anak angkat oleh ibu-ibu disana Saya tidak ketinggalan , mendapat ibu angkat yang ketiga selepas johor dan Sarawak. Dan pastinya ibu kandung yang dicintai di Pulau-pinang. Mohon doa agar mak cepat sembuh..anak yang selalu saja tidak kesempatan pulang ke kampong hanya mampu kirimkan doa..



Hari ke empat adalah hari yang sangat penting buat rombongan kami kerana program Kaunseling Undang-undang dan hak ini bakal membincangkan topic yang menjadi tanda tanya sekian lama penduduk di sini. Jemputan ahli panel forum adalah Senator Mumtaz, Ahli Dewan Negara dan juga Hjh. Hazizah seorang peguam muda ,anak kelahiran Sabah yang memiliki firma guaman sendiri.



Diberi amanah sebagai MC majlis, saya tidak melepaskan peluang untuk bersama-sama sepenuhnya bersama ahli panel bagi mendengar permasalah penduduk berkenaan Undang-undang. Sedih , terkilan, kecewa dan pelbagai lagi perasaan yang timbul. Bayangkan mereka yang sudah tinggal lebih 20 tahun di Sabah masih belum mendapat hak penduduk tetap, tidak boleh membuat Kad pengenalan, dan yang paling menyedihkan ada juga dikalangan anak-anak mereka yang tidak dapat melanjutkan pengajian ke peringkat yang lebih tinggi akibat tiada dokumen pengenalan diri yang sah.

Namun yang peliknya setiap kali pilihan raya, mereka layak mengundi menggunakan kad pengenalan yang diperolehi serta merta, namun untuk urusan lain, kad pengenalan tersebut di dapati tidak sah. Melalui,pengamatan saya, di Malaysia, setiap jabatan kerajaan seperti KWSP, LHDN, dan banyak lagi, tidak mempunyai data yang terus daripada Jabatan Pendaftaran Negara. Oleh itu, penerimaan kad pengenalan diri adalah berbeza bagi setiap Jabatan. Mangsanya adalah rakyat, yang terpaksa melalui pelbagai karenah birokrasi. Lebih malang sekali sekiranya mereka berasal dari kawasan pendalaman Sabah, yang mana untuk pergi ke kawasan Bandar mengambil masa yang agak lama serta mereka pula dari kalangan masyarakat kategori miskin!! Tidak terbayang oleh kita, betapa kasihannya mereka di anak tiri kan dibumi sendiri.

Seterusnya ada yang terpaksa mengambil jalan belakang dengan membuat kad pengenalan menerusi agen haram ( pelik tapi benar kerana kad pengenalan ini didapati sah ) dan ada juga mengambil keputusan untuk pergi ke Indonesia, dan kemudian masuk semula ke Sabah menerusi passport. Aneh dan kasihan, inilah masalah yang telah sekian lama membelenggu masyarakat disini. Alhamdulillah sedikit usaha pihak Kempen Kita Bersaudara, dengan jemputan Ahli Dewan Negara, Senator Mumtaz telah berjanji akan membawa perkara ini ke Dewan Negara.

Acara forum yang pada awalnya agak formal bertukar sedikit kelam kabut akibat ramai dikalangan hadirin yang beratur untuk berjumpa dengan ahli panel bagi menyampaikan permasaalahan mereka. Ada juga yang terus membawa segala dokumen bagi dijadikan bukti. Walaubagaimanapun ahli panel kita yang sememangnya berjiwa rakyat setia membantu seadanya.

“ Kita cuba bawa perkara ini habis-habisan kepada mereka yang bertanggungjawab , minta mereka selesaikan dengan segera, jika tidak cukup tenaga kerja, kita tambah, kita selesaikan masalah, jika tidak boleh jugak, serahkan saja SABAH kepada kami”

itulah kata-kata daripada Senator Mumtaz sebelum mengakhiri ucapannya sekaligus mendapat tepukan gemuruh daripada hadirin.



Episod yang berlangsung pada petang itu menyaksikan seribu satu harapan kepada pihak kami dan juga hadirin yang mewakili suara rakyat Sandakan khususnya. Kepada mereka yang berkemampuan membantu, cuba lah sedaya anda. Tidak tergamak rasanya melihat rakyat kita merempat bak pengemis di bumi merdeka, Negeri Di Bawah bayu..

Selesai program, rombongan kami tidak melepaskan peluang melepaskan lelah sambil menikmati keenakan ikan bakar di Medan Ikan Bakar terkenal di Sandakan. Kali kedua makan selepas sampai ke sabah, kali ini agak berbeza dengan hadirnya Ahli Dewan Negara. Idola saya..


AKHIRNYA AIR MATAKU TUMPAH DISANDAKAN


Kami sampai di penginapan lewat 6petang, setelah solat maghrib, kami mengambil keputusan untuk “Jalan-jalan cari mad’u” dikawasan tembok Bandar Sandakan. Tempat ini menjadi tumpuan muda-mudi bagi melepaskan ‘lelah’ selepas waktu bekerja.

Terlewat sehari ke Sandakan menyebabkan saya dan 4 orang sahabat terlepas episod pertama dakwah di tembok. Muda mudi Islam menonggak Carlsberg tanpa mengetahui yang ianya adalah sejenis arak adalah cerita yang amat memilukan hati sesiapa yang mendengarnya. Benarlah kejahilan menyebabkan kita kufur dan akhirnya boleh dicampak ke neraka. Waiyazubillah..

Perbezaan mendekati mad’u di KL dan di Sandakan adalah dari segi penerimaan dan juga cara teguran. Masyarakat KL atau remajanya majoriti menghadapi masalah moral disebabkan faktor persekitaran, keluarga, masyarakat, kawan-kawan dan sebagainya. Di sini, selain faktor-faktor tersebut, faktor utama yang dapat kami simpulkan adalah
kejahilan atau dalam erti kata lain, Islam belum sampai sepenuhnya kepada mereka.

Memandangkan di Sabah Islam bukanlah agama rasmi seperti mana disemenanjung, maka iklan arak sangat berleluasa ( hanya seperti mengiklankan sympu). Selain itu golongan yang betul-betul memhami Islam amatlah sedikit berbanding masyarakatnya yang mempunyai rekod paling tinggi dalam peningkatan populasi.

Kami di pecahkan kepada 2 kumpulan bagi menjalankan XPDC. Alhamdulillah penerimaan yang baik daripada pihak mereka mengagumkan kami. Berkongsi pendapat, meluah rasa.



Adik Jefry dan adik shahrul. 2 nama ini kami temui lewat XPDC sebelum berangkat pulang. Mendengar cerita mereka yang dipinggirkan keluarga. Terpaksa pula bekerja seawal jam 7.00 pagi hingga jam 10.00 malam di kedai makan milik bangsa cina dengan gaji hanya RM300 sebulan. Itulah sebabnya mereka duduk disitu bagi melepaskan tekanan sehingga lewat malam .Dunia terasa tidak adil buat mereka.

Terus terang aku tidak tahu kak
..
itulah jawapan adik shahrul, sambil mengesat air matanya tatkala pihak kami menanyakan tentang jumlah waktu solat. Jauh sekali untuk tahu cara pelaksanaannya.. Kami hanya mampu tertunduk menahan kesedihan

Seusainya, hanya nasihat yang mampu kami berikan selain mengambil nombor contct mereka serta pesanan buat wakil perhubungan PAS Sandakan tentang peranan mereka. Moga-moga sedikit permulaan itu ada sambungannya selepas ini.



18/2/2009 bersamaan hari kelima Outreach XPDC Dakwah, Kempen Kita Bersaudara. Perjalanan ke Batu Sapi mengambil masa lebih kurang 40minit. Tempat pertama di tuju oleh pihak kami adalah ke rumah penghulu kampong bagi mempersiapkan tempat untuk ceramah kelompok pada pukul 2 petang. Setelah selesai, kami bergerak rumah –kerumah bagi menyampaikan jemputan serta mengedarkan risalah, kad kelendar PAS, serta button batch Kempen Kita Bersaudara.





Keadaan di sana, mengingatkan kawasan perumahan saya di Perai, lebih kurang 15 tahun yang lalu. Jarak rumah yang dekat dengan laut menyebabkan penduduk perlu membina rumah yang tinggi supaya tidak dinaiki air sewaktu air pasang. Seronok menyebarkan risalah setelah penat berjalan, singgah menikmati makanan penduduk tempatan, kenikmatan berdakwah serasa juga seperti melancong!!





Jam 2.30 petang, saya dan beberapa sahabat lain mengendalikan games Islamic untuk kanak-kanak, sementelaah ibu bapa mereka mengikuti ceramah kelompok. Seronok rasanya berkomunikasi dengan kanak-kanak Sandakan dalam dialek mereka. Satu lagi dialek yang saya semakin suka untuk menguasainya..

Jam 3.00 petang saya dan 4 orang sahabat telah bersiap sedia untuk pulang memandangkan komitmen kepada pekerjaan kami bakal menanti keesokan harinya. Walaupun hanya 5 hari disini, namun ianya cukup bermakna buat kami. Kami meninggalkan Sandakan dengan seribu satu perasaan dan doa. Moga Allah jodohkan lagi kami untuk sama-sama berkongsi kenikmatan Islam di sini.

Wallahutaalaa'lam..

JEMPUT TADAH ILMU..

Thursday, March 12, 2009

0 Komentar


PENCERAMAH :
(1) Profesor Dr. Wan Masri ( Pensyarah UMP )
(2) Ustazah Teh Izanuri ( Penceramah bebas )
(3) Personaliti jemputan

JEMPUTAN KEPADA MUSLIMAT SAHAJA
DATANGLAH BERAMAI-RAMAI..

P/S : SILA DOUBLE-KLIK PADA POSTER UNTUK IMEJ YANG LEBIH JELAS

MAMPUKAH??

Wednesday, March 04, 2009

0 Komentar


Mampukah aku menjadi seperti Sayyidatina Khadijah?
Agung cintanya pada Allah dan Rasulullah
Hartanya diperjuangkan ke jalan fisabilillah
Penawar hati kekasih Allah
Susah dan senang rela bersama...

Dapatkah ku didik jiwa seperti Sayyidatina Aishah?
Isteri Rasulullah yang bijak
Pendorong kesusahan dan penderitaan
Tiada sukar untuk dilaksanakan...

Mengalir air mataku
Melihat pegorbanan puteri solehah Sayyidatina Fatimah
Akur dalam setiap perintah
Taat dengan ayahnya, yang sentiasa berjuang
Tiada memiliki harta dunia
Layaklah dia sebagai wanita penghulu syurga...

Ketika aku marah
Inginku intip serpihan sabar
Dari catatan hidup Sayyidatina Sarah....

Tabahlah jiwaku..
Menghadapi setiap mehnah
Setabah umi Nabi Ismail
Mengendong bayinya yang masih merah
Mencari air penghilang dahaga
Diterik padang pasir merak
Ditinggalkan suami akur tanpa bantah
Pengharapannya hanya pada Allah
Itulah wanita Sayyidatina Hajar....

Mampukah aku menjadi wanita solehah?
Mati dalam keunggulan iman
Bersinar indah, harum tersebar
Bagai wanginya pusara MASYITAH....


The beauty of a woman is not in the clothes she wears, the figure that she carries,or the way she combs her hair. The beauty of a woman must be seen in her eyes,because that is the doorway to her heart, the place where love resides. The beauty of a woman is not in a facial mole, But true beauty in a woman is reflected in her soul. It is the caring that she lovingly gives, the passion that she shows and the beauty of a woman. With passing years-only grows!

Monday, March 02, 2009

3 Komentar


Assalamualaikum buat semua pengunjung yang sudi meluangkan sedikit masa antum untuk bersama menelurusi blog yang tidak seberapa ini. Syukran jazilan saya ucapkan buat sahabat-sahabat seperjuangan yang tidak jemu-jemu memberikan sokongan. Mohon maaf saya hulurkan atas keterlewatan menyampaikan input buat sahabat-sahabat berkenaan dengan XPDC dakwah ke Sandakan, Sabah baru-baru ini.

Saya kecewa mengakui kelemahan diri tatkala berkunjung ke laman blog saifulislam.com yang sentiasa diupdate dengan pelbagai input berkualiti selang hanya beberapa hari. Dalam keadaan kekangan masa Ustaz Hasrizal, beliau menjadi salah seorang ikon daie siber. Juga rasa kekerdilan tatkala melihat kesaktian Ustaz Riduwan Mohd Nor menghasilkan buku berkualiti hanya dalam selang masa yang singkat,sementara saya masih lagi mencuri-curi masa untuk menghadam satu persatu buku-buku beliau. Namun saya gagahkan jua diri ini, mohon Allah beri kekuatan ke arah berusaha untuk lebih ‘menjadi’.



Pertama-tamanya syukur dipanjat kepada Allah swt dengan izin daripadaNya saya dan 4 lagi sahabat-sahabat Nisa’ Wangsa Maju telah menyertai Outreach XPDC Dakwah yang pertama ini. Syukran jazilan diucapkan kepada semua penaja. Moga ianya menjadi kesaksian antum diakhirat kelak.Ameen.

Alhamdulillah, setelah menempuh pelbagai halangan, akhirnya kami smpai juga di bumi Sandakan. Tempat pertama Outreach XPDC Dakwah Anjuran Lajnah Penerangan DMPP dibuat. Program yang akan diadakan diseluruh Malaysia ini, memilih Sabah sebagai lokasi pertama memandangkan banyak “kerja” yang belum selesai di sana.

Sejarah terlakar di Kg. Gum-Gum, Sandakan

Hari pertama saya dan 4 orang sahabat sampai disana, program telah pun bermula. Kami mengambil keputusan untuk pergi lewat sehari berbanding rombongan yang lain akibat komitmen yang pelbagai. Kami sampai ke tempat penginapan hampir waktu maghrib dan malamnya terus ke Kg. Gum Gum bagi sesi ceramah kelompok di kawasan tersebut. Alhamdulillah sambutan daripada penduduk setempat amat dikagumi walaupun secara zahir mereka seakan belum memahami Islam sepenuhnya.

Tidak sampai separuh hari disana, saya membuat rambangan awal, bahawa orang-orang Sabah, penyanyang orangnya. Mana tak nya, walaupun sekadar berkenalan dalam masa hanya beberapa jam, keakraban kami seperti telah lama bersua. Sehingga sebelum kami pulang, mereka bersalaman serta memberi peluk cium bagai tidak mahu dilepaskan. Mungkin mereka belum pernah dikunjungi seumpama ini..fikir saya.

Pengisian ceramah lebih kepada memberi gambaran awal kepada penduduk mengenai dasar perjuangan Islam yang di bawa melalui jamaah PAS dan juga penerangan isu-isu semasa politik tanah air terutama berkaitan perkara sebenar yang berlaku di negeri Darul Ridzuan. Respon yang diterima dari mereka sangat menyentuh hati kami, tatkala ada yang mengatakan tidak tercapai oleh mereka akan maklumat-maklumat kontra melainkan melalui media perdana sahaja.

Satu berita yang mengejutkan pihak kami, semua media pembangkang di Sabah telah disekat semenjak bulan disember lagi terutama akhbar Harakah. Satu lagi kedayusan yang ditunjukkan UMNO/ BN tatkala hampir kepada peralihan kuasa kepada PM yang baru, simpul saya.




Walaupun tidak sempat menyampaikan risalah islam secara berterusan disana, tetapi sekurang-kurangnya sedikit imej kesyumulan Islam tergambar dibenak mereka.Mudah-mudahan... dan itulah harapan rombongan kami sebenarnya. XPDC dakwah yang hanya 10 hari mustahil dapat merubah segala-galanya dalam sekelip mata. Namun usaha permulaan penting bagi ke langkah seterusnya. Peranan inilah diharapkan oleh rombongan kami kepada mereka-meraka yang merasa bertanggungjawab sebagai daie terutamanya anak kelahiran Sabah. Untuk memulakan bukanlah sesuatu perkara yang sangat sukar, tetapi bagi meneruskan kesinambungan itulah menuntut pengorbanan yang bukan sedikit.





Hari kedua serasa berlalu dengan begitu cepat. Awal-awal pagi lagi kami telah bertolak ke Pasar pagi di Bandar Sandakan bagi mengadakan sebaran risalah berkenaan program sepanjang XPDC dakwah berserta Kempen Kita Bersaudara. Pengalaman baru buat diri saya walaupun bukan pertama kali bertugas mengedar risalah kepada orang ramai. Ternyata masyarakat disini, tidak membuat pengisalahan bukan kerana tidak mahu, tetapi kerana tidak tahu!!. Saya terasa seperti baru bagun dari lena yang panjang. Memuhasabah kelemahan diri, tugas yang ditinggalkan Rasul junjungan mulia, terasa semakin memberati pundak.





Seusai Solat Zohor, rombongan kami bergegas ke Kg. Gum Gum semula kerana program seterusnya adalah Perasmian Cawangan baru PAS bahagian Kg. Gum-Gum dan Kg. bersebelahan dengannya.Juga acara penyampaian sedikit sumbangan barang-barang keperluan kepada penduduk yang layak. Alhamdulillah lebih daripada cukup keahlian diterima bagi menubuhkan cawangan disana. Keterbukaan penduduk membuatkan pihak kami semakin bersemangat bersama-sama meraka.Pelbagai cadangan dan sokongan dilontarkan serta kesediaan mereka berkhidmat bersama-sama jamaah ini, bagi menyedarkan masyarakat akan kepentingan menjadikan ISLAM SEBAGAI CARA HIDUP.

To be continued

IKHTILAT

Wednesday, February 25, 2009

0 Komentar

Pernah suatu ketika di medan kampus, seorang anak usrah bertanya kepada saya, apakah menjadi satu kesalahan sekiranya seorang lelaki berkenalan dengan seorang wanita ajnabi atau sebaliknya? Terdiam saya seketika memikirkan jawapan yang bersesuaian dengan tahap penerimaan mad’u.

Tatkala membincangkan persoalan sebegini saya rasa saya bukanlah insan terbaik bagi menghuraikannya secara terperinci..Namun persoalan tanggungjawab dan rasa keperluan untuk ‘memberi’ dan juga ‘menerima’ dalam masa yang sama, membuatkan saya terpanggil untuk membuat analisis pengkajian. Teringat sebuah hadis yang sudah kerap kali didengar tetapi belum diketahui sejauh mana kepraktikannya :

Dua mata yang berzina (saling bertentangan mata), telinga berzina (saling dengar pujuk rayu), lidah berzina (cakap-cakap), zina tangan (berpegangan), zina kaki (melangkah pergi jumpa), zina hati (keinginan dan khayal seks) dan yang membenarkan semua zina anggota itu ialah zina kemaluan.”

KEBEBASAN sesuatu yang dicari manusia, tetapi yang menakutkan ialah kebebasan membuatkan manusia terbabas. Bebas daripada ikatan agama, menjadi seperti haiwan tiada sebarang kawalan, membujur lalu melintang patah.

KUBUR LAIN-LAIN

Dosa aku, aku tanggung. Kubur masing-masing, kamu punya kubur kamu jaga, aku punya kubur aku jaga.

Seringkali ayat yang menjadi skrip drama melayu menjadi sandaran. Itu salah!!! Kubur kita orang lain yang gali. Kadang-kadang kubur orang lain kita yang gali.

Allah berfirman didalam Al-Quran yang bermaksud :

“Dan janganlah kamu mendekati zina. Sesungguhnya zina itu adalah suatu perbuatan yang yang keji dan suatu jalan yang buruk." (Surah al-Israk, ayat 32)

Saya mula mengenali dan belajar tentang tafsiran ayat ini beserta hukum-hukum didalamnya semenjak di sekolah lagi. Belajar ilmu feqah sangat menarik sebenarnya.Dapat melihat salah satu cabang keindahan Islam didalamnya.

Apapun, latarbelakang keluarga dan pendidikan kita bukanlah alasan untuk 'membolehkan yang tidak boleh'!. setelah tahu, perlunya kepada kebersungguhan pelaksanaan.

Teringat juga hadis yang biasa ditanya didalam exam semasa sekolah dahulu :

Innamal aqmalu binniat…

Adakah tafsiran hadis ini sesuai untuk menyedapkan hati? Bagi saya buka minda tanyalah iman dan taqwa didalam hati. Sememangnya niat menjadi keutamaan. Hadis pertama yang dikupas didalam Buku Hadis 40 ini telah mengungkapkan seribu satu persoalan berkaitan kehidupan sekiranya bersungguh diamati.

Persoalan salah atau tidak bergantung kepada nawaitu dan segalanya yang bermula didalam segumpal darah itu. Jika elok ia maka akan eloklah segalanya.Namun jawapan saya jika ditanya,

jika tiada asbab yang syarie maka eloklah dijauhkan. Melainkan dakwah menjadi tujuan utama dan bukannya sekadar sandaran untuk menutup kehendak nafsu..

Wallahualam…

MUHASABAH PENGISLAHAN SETIAP HARI...

Shafwatul Islamiyyah Bainal Ikhtilafil Masyru’ wat Tafarriqi Mazmum” -Prof. Dr. Yusuf Al-Qardhawi

Thursday, February 12, 2009

0 Komentar

“Fiqh Ikhtilaf: Perbezaan Pendapat Antara Gerakan Islam Yang Dibenarkan dan Dilarang”

Segala puji bagi Allah. Selawat dan salam semoga dilimpahkan ke atas Rasulullah s.a.w., keluarga para sahabat dan orang-orang yang mengikutinya.

Amma ba’du.

Bukanlah suatu yang membimbangkan saya jika kebangkitan Islam masa kini menghadapi musuh dari luar yang selalu mengintai dan melakukan berbagai konspirasi terhadapnya kerana itu merupakan sesuatu yang lumrah, sesuai dengan sunnatut tadaafu’ (sunnah pertarungan) antara yang hak dan yang batil yang telah ditetapkan oleh Allah pada kehidupan ini.

“Dan demikianlah Kami jadikan bagi tiap-tiap Nabi, musuh dari kalangan orang-orang yang bersalah.”
(Surah Al-Furqan : 31)

Dan mereka (orang-orang kafir itu) sentiasa memerangi kamu hingga mereka (mahu) memalingkan kamu dari agama kamu kalau mereka sanggup (melakukan yang demikian).”
(Surah Al-Baqarah : 217)

Tetapi, saya resah dan merasa tersentuh jika musuh itu datang dari dalaman kebangkitan Islam itu sendiri. Satu gerakan Islam melancarkan tipu daya terhadap gerakan Islam lainnya.

Saya tidak resah jika di dalam kebangkitan Islam terdapat berbagai madrasah, kumpulan atau jamaah yang memiliki manhaj tersendiri dalam berkhidmat dan berjuang menegakkan Islam di muka bumi, sesuai dengan penentuan sasaran, skala prioriti dan tahapnya.

Saya tidak termasuk orang-orang yang bermimpi, menginginkan dan menyeru kepada satu jamaah atau satu gerakan Islam yang akan menghimpunkan semua aktivis Islam dalam satu sistem dan di bawah satu pimpinan. Terlalu banyak halangan yang merintanginya, di samping keinginan yang memang tidak pada tempatnya.

Dalam berbagai tulisan, saya telah nyatakan bahawa, tidak menjadi masalah adanya beberapa kelompok dan jamaah yang berjuang untuk menegakkan Islam, apabila itu merupakan ta’addudu tanawwu’ (perbezaan yang bersifat variatif) bukan ta’addudu taarudh (perbezaan yang bersifat kontradiktif). Syarat lain adalah di antara semua pihak perlu ada hubungan kerja dan koordinasi sehingga saling menyempurnakan dan menguatkan dalam menghadapi masalah-masalah asas dan keprihatinan bersama harus mencerminkan satu barisan, laksana bangunan yang kukuh.

Tetapi betapa hati ini benar-benar tersentuh tatkala ada da’i dan aktivis Isam yang tidak menghargai masalah ini dan menyebarkan benih-benih perpecahan di mana saja ia singgah. Mereka sentiasa menyalakan api perselisihan dan perpecahan. Perhatiannya sentiasa tertuju kepada tempat-tempat perselisihan, bukan kepada titik-titik persatuan. Mereka sentiasa mengagumi pendapatnya dan jamaahnya sendiri sambil menuduh jamaah yang lain.

Sebenarnya perbezaan pendapat itu sendiri tidaklah bahaya, khususnya dalam soal furu’ (cabang) dan sebahagian usul (pokok) yang bukan asas. Tetapi yan berbahaya adalah perpecahan dan permusuhan yang telah diingatkan Allah dan Rasul-Nya kepada kita.

Oleh sebab itu, kebangkitan Islam dan gerakan Islam dengan semua kecenderungan dan madrasahnya sangat memerlukan kesedaran yang mendalam tentang apa yang kami namakan sebagai Fiqh Ikhtilaf.

Ia merupakan salah satu cabang daripada lima ilmu fiqh yang harus ditekan dan diperhatikan kerana kita sangat memerlukannya. Kelima-lima fiqh itu ialah:

(1)Fiqh Maqasid (sasaran), suatu fiqh (pengkajian) yang tidak hanya berhenti pada juz’iyyat (cabang) dan kulit syariat saja, tetapi menembusi kuliyyat dan sasaran-sasaran syariat dalam segala aspek kehidupan. Fiqh ini menyempurnakan langkah yang telah ditempuh oleh Imam Syatibi di dalam Muwafaqatnya terutama memperhatian maqasid ijtima’iah (sasaran sosial).

(2)Fiqh Aulawiyat (keutamaan). Masalah ini pernah saya sentuh dalam buku Ash-Shahwah Al-Islamiyah Baina Mud wat-Tatharruf. Masalah ini sampai sekarang masih memerlukan pengkajian lebih jauh, mengenai perincian dan aplikasinya ke dalam realiti.

(3)Fiqh Sunan, yakni sunnah-sunnah kauniah (sifat alam) dan i’tima’iyah (sosial) yang telah ditetapkan oleh Allah di alam ini. Sunnah-sunnah itu bersifat “pasti” dan tidak berubah, seperti sunnah perubahan dan sebagainya.

(4)Fiqh Muwazanah Bainal Mashalih wal Mafasid (pertimbangan antara kemaslahatan dan kemudharatan) yang didasarkan kepada pemahaman, kajian ilmiah, objektif dan ketelitian terhadap realiti, baik realiti kita mahupun realiti orang lain dengan memanfaatkan semua data, informasi dan kemudahan moden.

(5)Fiqh Ikhtilaf (perbezaan pendapat) yang sudah dikenali sejak abad terbaik umat, yakni masa para sahabat, tabi’in dan para Imam mazhab. Perbezaan ilmiah yang terjadi di kalangan mereka tidak pernah menimbulkan impak negatif sama sekali. Kealpaan dalam menekuni Fiqh Ikhtilaf menyebabkan kita saling bermusuhan lantaran masalah-masalah kecil atau tanpa sebab sama sekali.

Sebelum ini, saudara kita yang mulia, Dr. Thaha Jabir Al-Ulwani telah menulis sebuah buku tentang Adabul Ikhtilaf fil Islam (edisi bahasa Indonesia diterbitkan leh Gema Insan Press dengan tajuk Perbezaan pendapat; Bagaimana Menurut Islam, pent). Buku tersebut sangat penting untuk dikaji. Manakala buku saya ini merupakan pelengkap bagi buku tersebut. Perbahasannya dikaitkan dengan realiti yang menyedihkan yang dihadapi oleh pergerakan Islam kontemporari.

Hampir setiap hari saya menerima surat dari pelbagai pelusuk dunia Islam, mengadu tentang para da’i dan aktivis Islam yang tidak menyibukkan diri kecuali dalam menimbulkan perselisihan dan menyebarkan tuduhan kepada para hamba Allah tanpa mempertimbangkan realiti, situasi, keadaan darurat dan “bencana” yang telah melanda masyarakat.

Oleh kerana itu, ketika saya diminta oleh para Ikhwan Panitia Muktamar Pemuda Muslim Arab di Amerika pada tahun 1989 untuk menulis masalah yang sangat penting ini, saya terus menyambutnya dengan senang hati, melihat kepada kepentingannya bagi kebangkitan Islam dan pergerakan Islam. Dengan memohon pertolongan Allah, saya menulis buku ini walaupun di dalam kesibukan tugas yang sentiasa menanti. Semoga Allah menjadikannya sebagai cahaya yang menerangi langkah pergerakan Islam yang sedar da kebangkitan Islam yang terpimpin. Semoga buku ini bermanfaat bagi penulis dan para pembacanya serta semua pihak yang memberi sumbangan dalam penerbitan dan penyebarannya.

“Allahumma, ya Allah! Kurniakanlah kepada kami cahaya yang akan menerangi langkah kami di dalam kegelapan, ketajaman pandangan yang dapat membezakan di antara hal-hal yang mutasyabihat serta keseimbangan yang akan menerangi kami di persimpangan jalan..."

“Wahai Tuhan kami! Sempurnakanlah bagi kami cahaya kami, dan limpahkanlah keampunan kepada kami; sesungguhnya Engkau Maha Kuasa atas tiap-tiap sesuatu.”

(Surah At-Tahrim: 8
)

Ad-Dauhah, 22Jamadil Awal 1401 H
20 Disember 1989 M
Akhukum,
Dr. Yusuf Qardhawi

Tuesday, February 10, 2009

0 Komentar


finding for this book

CINTA LUAR BIASA

Wednesday, February 04, 2009

4 Komentar



Cinta luar biasa..
Cinta seorang Kekasih kepada umatnya..
Hingga pada hembusan nafasnya yang
terakhir..
Lidah Rasulullah menuturkan tanpa
henti..
Ummati.. ummati.. ummati..


Cinta luar biasa..
Kisah cinta Handzalah..
Meninggalkan isteri di malam
pernikahan..
Lantaran menyahut seruan jihad..
Akhirnya syahid di medan perjuangan..

Cinta luar biasa..
Seteguh kasih Khadijah..
Tak pernah jemu memberikan sokongan..
Rela mengorbankan segala kemewahan..
Di saat Rasulullah dan Islam
dipinggirkan. .

Cinta luar biasa..
Kisah kesetiaan Abu Bakar..
Kasih seorang sahabat yg tiada
tandingan..
Insan yang sentiasa membenarkan. .
Sewaktu kata-kata Rasulullah
dipersendakan. .

Cinta luar biasa..
Kisah ketabahan Hajar..
Ditinggalkan di tanah yang gersang
bersama Ismail..
Bukti kasih seorang ibu yg berlarian
mencari air..
Tatkala mendengar tangisan si anak
kecil..

Cinta luar biasa..

Umpama keberanian Ali..
Di malam penghijrahan Nabi..
Menggantikan Rasulullah di tempat
tidurnya..
Walaupun jiwa menjadi taruhan..

Cinta luar biasa..
Cinta Asiah, Masyitah dan Sumaiyyah..
Menggadaikan nyawa demi mempertahankan
aqidah..
Iman di dada tak sedikit pun goyah..
Kerana keyakinan yang teguh atas
segala janjiNya..

Kisah cinta luar biasa..
Insan pilihan yg berada di atas
jalanNya..
Betapa tulusnya kasih, teguhnya jiwa..
Redha dan sabar menempuh segala ujian..
Merekalah insan yg memahami erti
kemanisan iman.

Mampukah diri ini meraih cinta luar
biasa..??

MIMPI YANG INDAH

Wednesday, January 28, 2009

0 Komentar


Telah ku lalui jalan berduri
Sejuta harapan terus ku pertahankan
Bukan mudah menggapai bintang
Bersilih dugaan mendatang
Di sebalik kepayahan
Di situlah kekuatan
Tekad hati azimat di perjalanan
Mengejar impian
Pabila laluan seakan sukar
Bagai tak terdaya untuk terus bertahan
Namun kasihMu menyedarkan
Aku tak pernah sendirian
Di sebalik kepayahan
Di situlah ada kekuatan
Tekad hati azimat di perjalanan
Tinggi langit mimpi ini
Tak ku ragu untuk membuktikan
Indah bintang yang terang bukan khayalan
Tetapi kenyataan
Akan kau saksikan kesulitan ini
pasti berganti kebahagiaan
Telah pun kau dengar kisahku ini
Pernahkah kau cuba mengerti



Dunia Yang Indah - Mestica 313

SEKITAR KEMPEN PRK P.036-K.TERENGGANU

Wednesday, January 14, 2009

0 Komentar
<

BOIKOT??

Monday, January 05, 2009

1 Komentar


Kalau bukan kita siapa lagi?? Kalau bukan sekarang bila lagi??

YAHUDI LAKNATULLAH

Wednesday, December 31, 2008

0 Komentar
Photobucket
Sejarah kekejaman Yahudi yang
tidak akan dapat dilupakan bangsa Palestin, sebelum
dan sesudah wujudnya negara Israel...

KAUM Yahudi mengaku mereka keturunan Nabi Daud. Mereka percaya kawasan sekitar Bukit Zion atau Palestin
adalah bekas kerajaan Nabi Daud yang telah ditawan
dari Bani Al-Yabusiyyah. YAHUDI memilih segi tiga terbalik sebagai lambang mereka, yang bermaksud materialisme, manakala segi tiga betul adalah spiritualisme. Gabungan kedua-duanya segi tiga betul dan terbalik membentuk berbucu enam yang menjadi lambang agama Yahudi hingga kini.

YAHUDI menganggap mereka bangsa pilihan dan
bangsa-bangsa lain mereka panggil kafir atau goyem.
Agama Yahudi hanya untuk mereka cenderung untuk
bersikap ekskusif, menolak orang lain kerana berasa
bangsa lain tidak setaraf dengan mereka.
PERKATAAN Zionisme diambil sempena nama Bukit Zion.
Pertubuhan Zionis Sedunia diwujudkan pada tahun 1897
dengan matlamat menguasai seluruh alam khas untuk
bangsa mereka di Zion (Palestin).

KONGRES pertama Pertubuhan Zionis Sedunia berlangsung
di Basle, Switzerland pada 1897. Usul Protocols of Zion mengandungi perancangan terperinci untuk menguasai Palestin dan seluruh dunia telah diterima tanpa bangkangan. Antara strateginya ialah menyebar fitnah, mencetuskan perbalahan dan permusuhan di kalangan negara-negara Eropah. ISRAEL wujud pada 1948 dengan keluasan 20,770
kilometer persegi, terletak di antara Mesir, Semenanjong Gaza, Jordan, Lebanon dan Syria. Ia sebenarnya adalah sebahagian daripada bumi Palestin yang dirampas melalui perang dengan sokongan Britain dan Amerika.

BANGSA Yahudi tidak menggalakkan perkahwinan campur.
Pada mereka bangsa lain tidak layak berkongsi hidup
dengan mereka. Malah mereka juga memberikan pelbagai
gelaran negatif kepada Yahudi yang memilih pasangan
bangsa lain. KANAK-KANAK Yahudi diajar supaya menyumpah seranah dan memaki hamun tatkala melintasi kawasan perkuburan bangsa lain terutama Islam.



KESALAHAN orang Yahudi paling besar adalah membunuh
banyak nabi, antaranya Hizrial, Asy?ia, Armia, Zakaria
dan Yahya. Mereka juga cuba membunuh Isa dan Muhammad tetapi gagal. ORANG Yahudi telah menyelewengkan Taurat dan Talmud. Mereka melakukan kekejaman, membunuh serta merampas harta benda orang lain kononnya mengikut ajaran kedua-dua kitab itu.

Antara yang diselewengkan: “Orang Israel patut
membinasakan orang Arab dan tidak akan memberi
kehidupan pada mereka walaupun mereka memeluk agama
Yahudi kerana Yahudi untuk Israel sahaja.
Manusia lain selain Yahudi adalah anjing. Kami tidak mengambil tanah milik orang-orang Arab dan tidak menguasai sesuatu pun milik orang lain akan tetapi ia
adalah warisan nenek moyang kami yang telah dikuasai
musuh dan zalim. Manakala dalam Talmud yang diselewengkan ialah:”Semua bangsa selain Yahudi adalah laknat. Penguasaan Yahudi atas apa yang dimiliki al-quwaiin (selain Yahudi) adalah benar dan usaha menjaganya terus
menerus dan abadi”.

DENGAN berpegang kepada kitab yang diselewengkan itu
juga mereka bebas melakukan keganasan di mana saja
bumi dipijak. Sebenarnya orang Yahudi telah
melancarkan operasi sapu bersih ke atas rakyat
Palestin sejak sebelum penubuhan Israel lagi. Mereka
mahu menjadikan negara itu seratus peratus Yahudi.

Antara kekejaman yang mereka lakukan ialah:

13 Disember 1947 - Sebuah perkampungan orang Islam
Palestin, Yehida berhampiran Petah Tekva (penempatan
pertama Zionis yang dibina pada 1878 diserang.
Sekumpulan Yahudi yang menyamar sebagai tentera
peronda British telah melepaskan tembakan dan mengebom
rumah penduduk perkampungan itu.

1 Januari 1948 - kira-kira 200 pelampau Yahudi
bersenjata mesingan dan bom tangan menceroboh kampung
Al-Sheikh (5 km di tenggara Haifa) lalu membunuh
wanita dan kanak-kanak.

9 & 10 April 1948 - dalam Operation Unity, pengganas
Haganah, Irgun dan Stern bersatu mengepung kampung
Deir Yassin selama dua hari. Dalam tempoh itu 250
orang Arab dibunuh dan dengan kejam dan wanitanya
dirogol. Seramai 25 orang wanita hamil dibelah
perutnya dan bayi mereka disembelih, 52 kanak-kanak
dikudungkan kaki dan tangan.

11 Julai 1948 - Batalion ke-89 komando Yahudi yang
diketuai Moshe Dayan menawarkan pengampunan kepada
penduduk Islam Lyadd dan Ramle setelah berjaya menawan
perkampungan tersebut. Seramai 100 menerima itu dan
berkumpul di Masjid Dahmash seperti di janjikan. Namun
malang, perlindungan yang diharapkan rupanya bala yang
tiba, mereka semua mati.

15 - 18 September 1982 - Seramai 3,000 kanak-kanak dan
wanita Palestin disembelih di khemah di Sabra dan
Shatila di Lebanon. Ketua tukang sembelih itu ialah
Ariel Sharon, Perdana Menteri Israel sekarang.

BEGITULAH ANTARA FAKTA TENTANG YAHUDI YANG PERLU KITA TAHU.. YAHUDI BANYAK MENYERANG KITA BUKAN SAJA DARI SEGI FIZIKAL TERHADAP ORANG PALESTIN TETAPI DARI SEGI MENTAL KITA UMAT ISLAM.. JUSTERU ITU AYUH KITA TEGUHKAN KALIMAH TAUHID dalam DIRI KITA AGAR KITA TIDAK MUDAH TERJERUMUS DALAM PERANGKAP YAHUDI LAKNATULLAH..

DEBAT TRANSFORMASI POLITIK : HUSAM VS KHAIRY

Monday, December 22, 2008

0 Komentar








NAFA'A OBSES

Tuesday, December 16, 2008

0 Komentar

Salam buat semua rakan-rakan blogger, para aktivis dakwah, penggemar ilmu, pencinta keadilan dan semua umat Muhammad SAW.
Penceritaan melalui penulisan kadangkala menghiburkan, menjengkelkan, menambah keimanan, merungkai persoalan atau lain-lain asbab disebalik niat penulisan..Namun tatkala membaca blog seorang teman mengenai blog obsesi saya seringkali terfikir dimana hala tuju, kehendak dan tujuan.
Mencari jawapan, merungkai persoalan kadang-kadang sangat memenatkan..Namun dengan panduan bicara wahyu pastinya segala imej akan tergambar jelas..

IKHLAS

Pernah suatu ketika saya bertanya dengan beberapa orang teman, apakah sebenarnya yang dimaksudkan dengan ikhlas?? Dan pelbagai bentuk cabang jawapan telah saya terima. Walau bagaimanapun skrip jawapan yang ada, pastinya ia tidak berguna sekiranya medan amal tidak berfungsi.Dan pastinya dengan istiqamah dan jua mujahadah.Teringat pula seungkap kata-kata ulamak dalam bahasa arab yang seringkali menjadi buah mulut dan juga skrip hafalan untuk menulis insya’ semasa zaman persekolahan dahulu..:

Al-ilmu bila amalin, kas-syajar bila samarin..
-Ilmu tanpa amal, ibarat pohon yang tidak berbuah..


Mengapa tiba-tiba persoalan ikhlas terbit? Pastinya ada yang tertanya-tanya. Berbalik mengenai obsesi blog atau apa jua website yang sama waktu dengannya, bahkan juga medan dakwah melalui waqie yang lainnya. Apa jua medan amal, pasti yang utama keikhlasan fa’elnya beserta niat yang jitu untuk terus ‘memberi”, walaupun kadang-kadang nampak seperti tidak diterima atau tiada yang berminat untuk bersama-sama merasakannya

Sememangnya yang memenatkan itulah yang akan “ ditanya” kelak..

TERUSKAN PERJUANGAN WALAU DIMANA BERADA DAN WALAU KESUSAHAN MENJADI UJIAN…

TO ALL VISITOR PLS WELCOME TO MUSLIM FASHION

Thursday, December 11, 2008

0 Komentar
Salam buat semua,

Alhamdulillah berkat sokongan yang padu, pertanyaan dan komitmen sahabat-sahabat serta pengunjung-pengunjung blog ini berkaitan dengan t-shirt muslimah, pada hari ini saya telah membuka sebuah lagi blog yang khusus berkaitan dengan t-shirt sahaja..
Mudah-mudahan dengan pengasingan blog ini daripada blog saya akan lebih memudahkan urusan kita bersama..Kunjungi sekarang
http://masyitah-muslimworld.blogspot.com/

Berkorban Itu Nikmat

Thursday, December 04, 2008

0 Komentar

Berkorban ertinya memberikan sesuatu untuk orang lain, mengeluarkan sesuatu bukan untuk kepentingan sendiri atau melakukan sesuatu yang hasilnya bukan untuk diri sendiri. Tapi mengapa pengorbanan itu terhasil nikmat? Mrngapa memerah keringat, menyumbangkan darah, mengucurkan keringat serta bersusah-payah lainnya hanya untuk orang lain selalu memunculkan keteduhan luar biasa di dalam hati?

Mengapa masih tetap memberi, sedang diri dalam kondisi sempit, berusaha menanamkan kebahagiaan untuk orang lain, memberi manfaat pada orang lain saat diri memerlukan, selalu melahirkan kenikmatan dalam diri orang melakukannya.

Saudaraku,

Pernahkah kita merasakan bagaimana nikmatnya menyisihkan wang untuk berinfaq danmembahagiakan orang lain, dalam kondisi kita juga memerlukannya? Bagaimana indah dan damainya hati saat memeras tenaga, memerah fikiran, mengeluarkan apa yang kita punya, untuk kegiatan dakwah ilallah? Bagaimana sejuknya hati dikala kita dapat memberi sesuatu yang berharga yang kita miliki untuk membahagiakan orang lain?

Memberi secara lahir adalah mengeluarkan sesuatu untuk orang lain yang bermaksud mengurangi sesuatu yang kita miliki. Tapi secara maknawi, memberi sesuatu kepada orang lain itu sama dengan memunculkan ketenangan dalaman, kenikmatan dan kecerahan tersendiri bagi yang melakukannya.Kandungan makna inilah yang banyak dilakukan oleh Rasulullah SAW dan para salafussalih. Anas Radhiyallahuanhu pernah mengatakan bahawa Rasulullah tidak pernah diminta sesuatu kecuali dia pasti memberi.

Saudaraku,

Berkorbanlah di jalan ini. Berkorbanlah dengan mengabaikan keinginan syahwat dan mengutamakan keridhaan Allah. Bersabarlah dalam berkorban. Kerana menurut para salafus shalih, sesungguhnya kenikmatan berkorban itu ada pada seberapa besar kita dapat bertahan dan bersabar dalam melakukan pengorbanan dalam beramal soleh. Umar ibn Khattablah yang menyebutkan bahawa lazatnya kehidupan itu pada kesabaran

"Aku telah membuktikan bahawa kenikmatan hidup itu ternyata ada pada kesabaran kita dalam berkorban"

From : Halaqah portal

La Tahzan wa Mabruk…

Friday, November 28, 2008

0 Komentar

Cuti sekolah telah hampir seminggu bermula, bermakna seperti biasa bila tiba muslim cuti, ramailah insan-insan yang telah bersedia untuk memikul amanah daripada Allah, akan mengambil peluang meraikan walimah. Saya tak kurang juga menerima berbagai jemputan daripada sahabat-sahabat terdekat. Memandangakan jarak yang agak jauh menyukarkan saya untuk pulang kerap ke kampung..Namun pastinya saya berusaha sedaya mungkin untuk memenuhi jemputan, bukankah Rasulullah pernah berpesan..

”Apabila seseorang di antara kalian diundang untuk menghadiri walimatul ’ursy, penuhilah.” (HR. Muslim)

Rasulullah shallallahu ’alaihi wa sallam juga pernah bersabda yang ertinya, :

Barang siapa yang tidak menghadiri undangan walimah/pernikahan, sungguh dia telah durhaka pada Allah dan Rasul-Nya.” (HR. Muslim).

Dari dua hadits ini terlihat jelas bahawasanya hukum memenuhi undangan walimah adalah wajib, jika memenuhi 3 syarat seperti :

(1) Orang yang mengundang adalah seorang muslim,
(2) Orang yang mengundang tidak terang-terangan dalam berbuat maksiat
(3) Tidak terdapat maksiat yang tidak mampu dihilangkan dalam acara yang akan dilangsungkan.

Lihat hukum memenuhi undangan secara detail

http://curhatustad.multiply.com/journal/item/8

Kepada semua sahabat-sahabat yang bakal bertukar status, semoga Allah memberkati kalian.

Sunnatullah, tatkala ada insan yang bergembira, pasti ada yang mengalami kedukaan..Episod jawapan penghadan pengambilan pelajar baru bagi menyambung pengajian kali kedua diperingkat ijazah sangat berat diterima bagi mereka-mereka yang hanya ada satu tumpuan..Namun buat sahabat-sahabat yang dikasihi moga kalian tidak terlalu mengikut nafsu kesedihan..Pastinya ada pintu lain yang menanti untuk dibuka..La Tahzan…

WHO IS THE LOVE ONE??

0 Komentar



Salam buat semua,

Sekadar perkongsian video yang sangat bagus bagi saya..moga kita semua dapat menghayati mesej yang disampaikan..

SYUKUR : KONSEP ATAU REALITI?

Monday, November 24, 2008

1 Komentar

"Kak ,akak rasa selesa tak dengan keadaah hidup akak sekarang ni?" Tanya saya pada suatu hari kepada housemate.."Erm..Maksud mas camne tu?" Balas dia agak kehairanan..Persoalan yang tiba-tiba menerjah ke ruang fikiran saya menjadikan dia terpinga-pinga sebentar.."Yelah maksudnya pencapaian akak setakat nila..contohnya..akak dah keje setahun kan..akak rasa berbaloi ke tahap setahun dengan keadaan akak sekarang?..takpun akak bahagia ke dengan keadaan sekarang"..
Persoalan yang kadang-kadang berlegar difikiran saya akhirnya terluah juga.."Erm susahla nak cakap mas, tapi yelah kan setakat ni akak rasa ok la. Cuma kadang-kadang rasa boring jugak..kat office asyik mengadap keja yang sama, buat benda yang sama berulang kali dan kadang-kadang bila takde keja lagilah rasa xbest"..
"So akak nk tukar keje ke?" tanya saya pula semakin berminat."Erm..ntahla skang ni bukan senang nak cari keja," balas dia dengan wajah sedikit hampa.."Owh Mungkin akak perlukan perubahan dalam diri kot, meaning keadaan yang berubahla contoh akak sambung belajar ke," cadang saya tidak semena-mena..Idea spontan lahir setelah perasaan muncul dalam diri.."Erm tula akak ada fikir jugak tapi kos nak smbung blaja skang ni pun bukan murah"..jawab dia pula.."Erm yelakan kak, bila dah keja ni barulah betul-betul rasa camne keadaannya nak manage duit, keluarga dan lain-lain kan"..pengalaman menjadikan kita semakin memahami erti hidup. Perubahan persoalan kepada aspek kewangan menjadikan saya beria menyetujui
"Yela kita ni kalau nak ikutkan hati memangla takkan rasa puas dengan apa yang kita ada..Cumannya satu jela syukur..and….. redha…kata kami berdua smbil tergelak spontan..

Bercakap mengenai konsep syukur memanglah mudah, Mungkin ada yang mengatakan, alah ini basic je dalam Islam..Namun realitinya, hanya diri sendiri yang mengetahui sejauh mana kita dapat mengaplikasikan konsep tersebut dalam erti kata yang sebenar..Benarkan kita betul-betul bersyukur?..Seketika persoalan ini berlegar-legar diminda saya..Syukur yang bagaimana?Apakah dengan sebenar-benar syukur, kita tidak perlu lagi membuat improvement dalam diri??




SYUKUR VS SABAR

Kadang-kadang kita merasakan telah menjadi insan bersyukur. Namun tak kurang juga keluhan setiap kali masalah menimpa. Juga rasa kekosongan serta masih tidak merasa kecukupan. Justeru tidak hairan ramai dikalangan mereka yang bergelar Dato’, Datin, CEO, bahkan menteri-menteri bergaji besar masih menerima rasuah. Allah berfirman
didalam surah As-Saba’ ayat 13 yang bermaksud :

Sedikit sekali dari hamba-hamba-Ku yang bersyukur.”

Bersyukur itu sebenarnya berperingkat-peringkat. Ramai orang, apabila mendapat nikmat, lantas mereka memuji Allah. Mereka ucapkan ‘Alhamdulillah’. Ini bersyukur cara biasa. Ramai yang boleh bersyukur dengan cara ini. Akan tetapi, kalau setakat ucapan sahaja, ia belum lagi dikira bersyukur yang sebenarnya. Kalau setakat ucapan sahaja, tetapi tuntutan tuntutan lain dalam bersyukur itu tidak dilaksanakan, maka ditakuti ucapan ‘Alhamdulillah’ itu hanyalah untuk mempermain- mainkan atau mempersendakan Allah sahaja.

Ramai juga orang, apabila menerima nikmat atau diselamatkan dari bala bencana, lantas mereka memuji Allah dan mengucapkan ‘Alhamdulillah’. Di samping itu hati mereka benar-benar merasakan Allahlah yang telah memberi mereka nikmat itu, atau Allahlah yang telah menjauhkan mereka dari bala bencana tersebut. Mereka diberi pahala kerana merasakan syukur itu di dalam hati mereka. Ini bersyukur peringkat kedua.

Adapun syukur yang sebenar itu ialah syukur yang diucapkan oleh lidah, yang dirasakan atau ditasdikkah di dalam hati, dan yang dilaksanakan dalam perbuatan. Di samping mengucapkan ‘Alhamdulillah’ dan di samping merasakan di hati bahawa Allahlah yang mengurniakan nikmat tersebut, nikmat itu mesti digunakan atau dikorbankan ke jalan Allah. Inilah hakikat kesyukuran yang sebenarnya.
Firman Allah :

Maksudnya: “Kalau kamu bersyukur atas nikmat-nikmat-Ku, Aku akan tambah lagi nikmat-nikmat-Ku. Tetapi kalau kamu kufur nikmat, ingatlah sesungguhnya siksa-Ku amat pedih.” (Surah Ibrahim: 7)

Apakah besyukur itu lebih mudah daripada bersabar?? Dalam bersabar, kita tidak ada kerja atau tanggungjawab tambahan selain dari menahan perasaan. Tidak ada bahaya menyalahgunakan nikmat kurniaan Tuhan. Apa yang perlu hanyalah menjaga dan mendidik hati supaya dapat menerima ketentuan Allah itu dan berbaik sangka dengan-Nya.

Lalu inilah yang menjadi jawapan kepada persoalan kenapa Allah berfirman bahawa sedikit sekali hamba-hamba-Nya yang bersyukur, kerana bersyukur itu sendiri bukanlah suatu perkara yang mudah.

BIASA ATAU LUAR BIASA

Tatkala pengunjung membaca artikel ini pastinya antum merasakan tidak termasuk dalam apa yang penulis bayangkan. ”InsyaAllah ana tak termasuk golongan biasa seperti yang menerima rahsuah tu”..mungkin dialog ini menjadi penenang seketika bagi hati atau perkataan lain yang sama waktu dengannya..Ya mungkin benar kita mungkin tidak sejauh itu perginya, tapi bagaimana pula dengan keluhan setiap kali masalah menimpa? Atau juga setiap kali merasa bosan dengan keadaan semasa diri dan keluarga??.jika benar-benar ya tidak mengapa, syukur dipanjatkan kepada yang Maha Mengetahui, jika sebaliknya atau pada yang merasa terkadang sahaja, marilah sama-sama kita bermuhasabah..Semoga kita semua digolongkan kepada golongan yang sedikit sepertimana yang selalu didambakan Saidina Umar karamallah huwajhah..Amin..