Monday, March 02, 2009



Assalamualaikum buat semua pengunjung yang sudi meluangkan sedikit masa antum untuk bersama menelurusi blog yang tidak seberapa ini. Syukran jazilan saya ucapkan buat sahabat-sahabat seperjuangan yang tidak jemu-jemu memberikan sokongan. Mohon maaf saya hulurkan atas keterlewatan menyampaikan input buat sahabat-sahabat berkenaan dengan XPDC dakwah ke Sandakan, Sabah baru-baru ini.

Saya kecewa mengakui kelemahan diri tatkala berkunjung ke laman blog saifulislam.com yang sentiasa diupdate dengan pelbagai input berkualiti selang hanya beberapa hari. Dalam keadaan kekangan masa Ustaz Hasrizal, beliau menjadi salah seorang ikon daie siber. Juga rasa kekerdilan tatkala melihat kesaktian Ustaz Riduwan Mohd Nor menghasilkan buku berkualiti hanya dalam selang masa yang singkat,sementara saya masih lagi mencuri-curi masa untuk menghadam satu persatu buku-buku beliau. Namun saya gagahkan jua diri ini, mohon Allah beri kekuatan ke arah berusaha untuk lebih ‘menjadi’.



Pertama-tamanya syukur dipanjat kepada Allah swt dengan izin daripadaNya saya dan 4 lagi sahabat-sahabat Nisa’ Wangsa Maju telah menyertai Outreach XPDC Dakwah yang pertama ini. Syukran jazilan diucapkan kepada semua penaja. Moga ianya menjadi kesaksian antum diakhirat kelak.Ameen.

Alhamdulillah, setelah menempuh pelbagai halangan, akhirnya kami smpai juga di bumi Sandakan. Tempat pertama Outreach XPDC Dakwah Anjuran Lajnah Penerangan DMPP dibuat. Program yang akan diadakan diseluruh Malaysia ini, memilih Sabah sebagai lokasi pertama memandangkan banyak “kerja” yang belum selesai di sana.

Sejarah terlakar di Kg. Gum-Gum, Sandakan

Hari pertama saya dan 4 orang sahabat sampai disana, program telah pun bermula. Kami mengambil keputusan untuk pergi lewat sehari berbanding rombongan yang lain akibat komitmen yang pelbagai. Kami sampai ke tempat penginapan hampir waktu maghrib dan malamnya terus ke Kg. Gum Gum bagi sesi ceramah kelompok di kawasan tersebut. Alhamdulillah sambutan daripada penduduk setempat amat dikagumi walaupun secara zahir mereka seakan belum memahami Islam sepenuhnya.

Tidak sampai separuh hari disana, saya membuat rambangan awal, bahawa orang-orang Sabah, penyanyang orangnya. Mana tak nya, walaupun sekadar berkenalan dalam masa hanya beberapa jam, keakraban kami seperti telah lama bersua. Sehingga sebelum kami pulang, mereka bersalaman serta memberi peluk cium bagai tidak mahu dilepaskan. Mungkin mereka belum pernah dikunjungi seumpama ini..fikir saya.

Pengisian ceramah lebih kepada memberi gambaran awal kepada penduduk mengenai dasar perjuangan Islam yang di bawa melalui jamaah PAS dan juga penerangan isu-isu semasa politik tanah air terutama berkaitan perkara sebenar yang berlaku di negeri Darul Ridzuan. Respon yang diterima dari mereka sangat menyentuh hati kami, tatkala ada yang mengatakan tidak tercapai oleh mereka akan maklumat-maklumat kontra melainkan melalui media perdana sahaja.

Satu berita yang mengejutkan pihak kami, semua media pembangkang di Sabah telah disekat semenjak bulan disember lagi terutama akhbar Harakah. Satu lagi kedayusan yang ditunjukkan UMNO/ BN tatkala hampir kepada peralihan kuasa kepada PM yang baru, simpul saya.




Walaupun tidak sempat menyampaikan risalah islam secara berterusan disana, tetapi sekurang-kurangnya sedikit imej kesyumulan Islam tergambar dibenak mereka.Mudah-mudahan... dan itulah harapan rombongan kami sebenarnya. XPDC dakwah yang hanya 10 hari mustahil dapat merubah segala-galanya dalam sekelip mata. Namun usaha permulaan penting bagi ke langkah seterusnya. Peranan inilah diharapkan oleh rombongan kami kepada mereka-meraka yang merasa bertanggungjawab sebagai daie terutamanya anak kelahiran Sabah. Untuk memulakan bukanlah sesuatu perkara yang sangat sukar, tetapi bagi meneruskan kesinambungan itulah menuntut pengorbanan yang bukan sedikit.





Hari kedua serasa berlalu dengan begitu cepat. Awal-awal pagi lagi kami telah bertolak ke Pasar pagi di Bandar Sandakan bagi mengadakan sebaran risalah berkenaan program sepanjang XPDC dakwah berserta Kempen Kita Bersaudara. Pengalaman baru buat diri saya walaupun bukan pertama kali bertugas mengedar risalah kepada orang ramai. Ternyata masyarakat disini, tidak membuat pengisalahan bukan kerana tidak mahu, tetapi kerana tidak tahu!!. Saya terasa seperti baru bagun dari lena yang panjang. Memuhasabah kelemahan diri, tugas yang ditinggalkan Rasul junjungan mulia, terasa semakin memberati pundak.





Seusai Solat Zohor, rombongan kami bergegas ke Kg. Gum Gum semula kerana program seterusnya adalah Perasmian Cawangan baru PAS bahagian Kg. Gum-Gum dan Kg. bersebelahan dengannya.Juga acara penyampaian sedikit sumbangan barang-barang keperluan kepada penduduk yang layak. Alhamdulillah lebih daripada cukup keahlian diterima bagi menubuhkan cawangan disana. Keterbukaan penduduk membuatkan pihak kami semakin bersemangat bersama-sama meraka.Pelbagai cadangan dan sokongan dilontarkan serta kesediaan mereka berkhidmat bersama-sama jamaah ini, bagi menyedarkan masyarakat akan kepentingan menjadikan ISLAM SEBAGAI CARA HIDUP.

To be continued

3 comments:

Unknown said...
This comment has been removed by the author.
Anonymous said...

Assalamualaikum...
Syabas masyitah... tulisan yg sangat baik.. Tak tau pulak, awk ada bakat menulis.. Kalau boleh disambung cerita ini, plz contact kmai.. Intan Harakah terlalu sibuk dgn task dia.. tk sempat nak menulis.. Kalau awk bole completekan cerita, kmai akan mintak intan publish cerita awak je dalam harakah... bole?

MASYITAH MD.HASSAN said...

iAllah kak sy cuba hbskan tp akk kena edit smula la sbb yg ni catatan smpai yg sy ikut je..xfull sgt..sampai hari kelima je..lepas tu km dah blik..