J,
Adakah kau tahu, tika ini aku sangat merinduimu,
Hari-hari yang berlalu tanpa dirimu,
Membuatkan jiwaku gersang tak menentu,
Akalku, jiwaku dan hatiku setiap saat memikirkan kamu.
Apa khabar dirimu? Bagaimanakah keadaanmu ketika ini?
Aku langsung tidak tahu apa-apa tentangmu.
J,
Kenapakah jadi begini?
Tidak pernah terbayang olehku akan kejadiaan ini,
Kita terpisah tanpa ada alasan tersendiri,
Aku ibarat layang-layang yang terputus tali tanpa dirimu,
Setiap hari menanti dan menanti kehadiran mu.
J,
Masihkah kau ingat,
Hari-hari yang kita lalui bersama suatu masa dahulu,
Kau dan aku seperti kembar yang tidak dapat di pisahkan,
Hanya kau menjadi keutamaanku ketika itu,
Siang dan malam kita bersama,
Sentiasa berusaha demi menegakkan Islam tercinta,
Ketika itu perkara lain menjadi kedua dan ketiga padaku,
Termasuk juga keluarga dan akademikku,
Kau ku gendong di mana sahaja.
J,
Ketika ini kehidupanku terasa hambar tanpa kehadiranmu,
Aku cuba mengisi masa-masaku dengan perkara berfaedah,
Demi melupakan dirimu,
Ku telusuri setiap tempat untuk menimba pengetahuan,
Tidak kira dimana atau dengan siapa,
Setiap saat cuba kuisi dengan pencarian ilmu,
Ku tekadkan diri melangkah mara tanpamu,
Ku bina rumah kecil bersama teman-temanku,
Impianku untuk menjadikan ia sebagai bekalan buatku
Apabila bertemu denganmu kelak.
Namun J,
Kau tahu,
Rumah itu kian hari kian mengecil,
Aku tidak tahu kenapa,
Ia semakin retak setiap hari,
Kucuba bina kembali satu persatu,
Namu ianya retak kembali
Kenapakah jadi begitu J?
Adakah kerana aku membinanya tanpamu??
J,
Di manakah dirimu?
Aku sangat merindukan kamu,
Mungkinkah saat itu akan berulang kembali,
Saat kita bersenda gurau bersama,
Kau usap peluhku tatakala aku lelah dalam perlarian,
Kau seka airmataku tatkala aku letih mengharung kehidupan,
Mungkinkah saat itu akan berulang kembali??
J,
Aku menantikan dirimu,
Aku menantikan saat kita akan bersua lagi,
Kembalilah ke pangkuanku…
Akanku peluk dirimu erat-erat ketika itu,
Agar engkau dan aku menjadi satu,
Sehingga tiba saatnya Dia menjemputku..
Dari insan yang sangat merinduimu,
-AKU-
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
6 comments:
sape J nih? :)
-nad-
..huhu..J..yg penting bukan manusia
J...Jie tau, J for "JIE" pn boleh..hehe..;p
maybe..Jie..Maybe jugk Joe..hehe..
ak tahu apa J ni.. tapi knp? ko Bkn ker dgn J ni skrg.. malah tetp utuh dgn nyer huhuhu...
haha..ko perli aku ke biba..biarlah rahsia..hehe
Post a Comment