Syukur saya panjatkan kepada Rabbul Izzati kerana tidak putus-putus memberikan peluang buat saya menambahkan lagi ilmu dan juga pengalaman. Terbaru, saya dan beberapa orang sahabat telah terpilih untuk menyertai usrah 1453 yang di kendalikan oleh seorang yang tidak perlu saya perkenalkan lagi pada semua (rujuk read 1453). Moga dengan peluang yang hadir ini dapat saya optimakan sepenuhnya.
Semenjak dari bangku sekolah lagi, subjek Sejarah menjadi subjek kegemaran saya. Subjek yang satu ini sentiasa menjadi target saya untuk bilangan A dalam slip peperiksaan. Sehingga pada suatu ketika saya pernah berangan-angan untuk menyambung pengajian dalam bidang Undang-Undang. Namun entah dimana silapnya semenjak di bangku sekolah, diploma di UTM, bekerja, dan kini menyambung ijazah, saya tetap jua berada dalam bidang Perakaunan.Subjek yang bukan kegemaran saya. Namun, saya usahakan jua.
Sesuatu yang saya tidak terduga, sebaik sahaja menerima pelawaan mengajar tuisyen Sejarah SPM pada awal tahun yang lalu, saya terus menerimanya tanpa mengira kesusahan yang bakal dihadapi,berikutan jarak tempat mengajar yang agak jauh. Benarlah seperti yang di kata ' Cinta itu buta', kerana cinta manusia sanggup lakukan apa sahaja.'Cinta' saya pada ilmu yang satu ini juga membuatkan saya tidak berkira-kira pada mehnah yang bakal mendatang.
Justeru, peluang mempelajari sejarah Sultan Muhammad Al-Fateh secara mendalam bersama-sama dengan 'pengkajinya' dan juga sahabat-sahabat, saya anggap bagai 'bulan jatuh ke riba'. Saya kagum dengan inisiatif yang di ambil oleh Ustaz Shaari untuk mengkaji kejayaan tokoh wibawa ini. Saya sudah beberapa kali membaca mengenai Sejarah Al-Fateh baik melalui buku dan juga website.Malah saya juga jadikan tokoh ini sebagai salah seorang idola dalam diri saya. Namun tidak pernah terlintas di fikiran saya untuk mengakaji disebalik kejayaan 1453 tersebut untuk diimplementasikan dalam membentuk kejaayaan ummah ketika ini.
Alhamdulillah segalanya bermula dengan baik sekali. Untuk tugasan yang pertama, saya telah di beri beberapa persoalan untuk di kongsi bersama ahli usrah. Di sini saya sertakan slide yang tidak seberapa ini untuk perkongsian bersama semua. Semoga bermanfaat..
KERAJAAN TURKI UTHMANIYYAH
View more presentations from masniswa.
No comments:
Post a Comment