" Mas, jom teman ana jalan-jalan kat bazar jap boleh? Ana nak cari barang sikit" ajak seorang sahabat baru saya di UIA. Hari itu hari ketiga pesta Convest bermula, sempena meraikan konvokesyen UIA. " Boleh, jomla, lagipun tak ramai orang kat gerai sekarang". Ajakkan tersebut segera saya sambut memandangkan saya juga belum lagi berkesempatan meraikan gerai-gerai lain.
PESTA KONVO UIA
Setelah hampir 5 tahun menetap di KL, pertama kali saya berkesempatan pergi ke pesta ini, bukan sekadar menjengah malah saya turut sama-sama berniaga dengan 'geng-geng' anak utara di sini.
"Kalau nak beli baju muslimah murah-murah and banyak pilihan tunggu la pesta konvo kat UIA, banyak la", kata seorang sahabat Nisa' yang tinggal di kawasan gombak.
"Akak meniaga masa konvo UIA, kalau nak beli jubah cantik dan murah datang sini ye" ajak mentor bisnes saya suatu ketika dahulu.
Promosi yang hebat dari orang-orang sekeliling membuatkan saya dan kawan-kawan serumah seringkali teruja untuk menjenguk pesta ini saban tahun. Namun, kami seringkali tidak berkesempatan merealisasikannya akibat kesesakan waktu bekerja dan program dihujung minggu.
Tahun ini, mereka juga begitu, masih 'tiada masa'. Namun berbeza dengan saya yang sudah bertukar status.Namun, status saya yang baru juga tidak banyak membantu. Apakan daya ada masa tapi ongkosnya tiada..
BUKU OH BUKU
" Nti nak beli apa?" Saya yang tidak gemar berjalan tiada tentu hala, merapati sahabat saya. "Ana nak tukar buku yang ana beli semalam, ada bahagian yang tak lengkap, Nti teman ana ye?, permintaan itu saya balas dengan anggukkan.Hati saya agak gundah kerana terpaksa singgah ke kedai buku, tempat yang akan menyebabkan dompet saya menjadi kosong.Namun saya gagahkan jua, buat sahabat tercinta.
"Bagus kedai ni banyak buku dari Indonesia," komen saya dalam hati. Saya mula ghairah membelek2 buku-buku yang ada. Kebanyakkannya bukanlah buku-buku baru, malah seringkali saya lihat dalam rak teman-teman yang gemar menjadikan buku sebagai koleksi mereka."Buku-buku dari Indonesia lebih banyak yang terkedepan berbanding karya dari Malaysia," saya merumus sendiraian. Teringat bagaimana novel karya Habiburahman Al-Shirazy tiba-tiba membuahkan fenomena, lantas menumbuhkan penulis-penulis novel islamik baru di kalangan rakyat Malaysia.
DI JALAN DAKWAH AKU MENIKAH
Sudah lama saya perhatikan buku ini. Tajuknya boleh menarik perhatian sesiapa sahaja, terutama dikalangan mereka-mereka yang mengaku pejuang agama.Beberapa kali juga saya baca ulasan tentang buku karanagan Cahyadi Takariawan ini.Namun baru kali ini saya berpeluang membelek-belek isi kandungannya. Warna tema 'pink' yang dipilih untuk hiasan muka depan juga adalah satu strategi marketing yang baik pada saya.Pink warna kegemaran ramai wanita, juga salah satu warna kesukaan Rasul junjungan mulia SAW.
Seperti biasa, untuk pertama kalinya berkenalan dengan sebuah buku, saya akan membaca sinopsisnya. Pada saya sinopsis buku ini telah dicipta dengan baik sekali, melalui penggunaan ayat yang simple, menyeluruh dan menarik.Persoalan yang diterbitkan membuatkan pembaca jadi teruja untuk memiliki isi kandungannya.
Apakah Anda telah memiliki kesiapan untuk menikah? Jika Anda yakin telah siap, segeralah melangsungkan pernikahan di Jalan Dakwah.
Jalan inilah yang telah mengantarkan Nabi Saw. menikahi istri-istrinya, para Um-mahatul Mukminin. Jalan ini yang meng-antarkan Ummu Sulaim menerima pinangan Abu Thalhah. Jalan yang menyebabkan ber-temunya Ali r.a. dan Fatimah Az-Zahra dalam sebuah keluarga. Di jalan itu pula para sahabat Nabi menikah. Di jalan dakwah itulah orang-orang saleh membina rumah tangga sakinah.
Seperti apakah pernikahan di Jalan Dakwah itu? Buku ini akan mengantarkan Anda menemukan jawaban tuntasnya.
Beberapa orang sahabat menegur saya tatkala melihat saya memegang buku merah jambu itu, apatah lagi setelah melihat tajuknya.
"Amboi kak, tak lama lagi la yer", seorang adik malu-malu menyampaikan komen pada saya.
"Bagus nti, ana tak bersedia lagi untuk baca semua tu", sahabat saya memandang sekilas pada buku tersebut lantas menyampaikan rasa hatinya.
Namun bagi saya ilmu itu luas tafsirannya, jauh dasarnya. Perlu di kaji untuk mengetahui, perlu di gali untuk memahami.Bukan di cari hanya ketika masalah menimpa diri.
STUDY LAST MINIT
Ramai orang belajar di waktu akhir menjelang peperiksaan (study last minit) kerana menyangka ianya lebih terkesan dan mapan dalam ingatan. Namun sebenarnya, ianya hanya bekalan untuk sehari itu sahaja.Semuanya berada kemas dalam ingatan tatkala memasuki dewan peperiksaan, dan terburai sebaik mencoret ayat terakhir di atas kertas jawapan. Malang sekali jika praktis itu juga diguna pakai dalam persediaan mengemudi bahtera kehidupan.Kehidupan yang panjang, persediaan yang kurang.
Persediaan menghadapi pernikahan adalah persediaan untuk kehidupan lebih panjang daripada zaman bujang.Bagi pelajar-pelajar yang hebat dalam pelajaran pula, persediaan dibuat seawal mungkin. Target pointer 4.0 mencari sasaran dan ditulis dalam setiap ruang kamar. Namun, malang bagi bab kehidupan, mereka tidak nampak kepada persediaan untuk membawa kepada sasaran yang tepat.Lebih tragis, persediaan 'luar biasa' dari kerangka Islam menjadi amalan.
MALU TIDAK BERTEMPAT
" Antunna tahu tak macam mana caranya nak berusaha untuk dapat anak lelaki atau anak perempuan?" Soal Ustaz Aqli, guru subjek hadis pada kelas 2PP.
Saya dan sahabat-sahabat yang semuanya perempuan tertunduk malu. Syarah hadis yang kami pelajari pada hari itu adalah berkaitan dengan Malu sebahagian daripada Iman.Tiba-tiba ustaz muda itu pun merah mukanya, terasa seperti melebihi ruang skop pembelajaran kepada pelajar yang baru berusia 14 tahun.
"Eh, kenapa perlu malu, bukankah ini ilmu? Oh ya, mungkin ini contoh terbaik kepada syarah hadis yang kita pelajari hari ini. Memang Rasulullah menganjurkan kepada Malu, kerana Rasulullah ada orang yang sangat malu sehingga di riwayatkan :
Daripada Abi Sa’id al-Khudri, ia berkata yang maksudnya: “Rasulullah SAW adalah lebih pemalu daripada gadis dalam pingitan. Dan apabila terjadi sesuatu yang tidak disukainya, kami dapat mengenal daripada wajahnya.” (Hadis riwayat Bukhari dan Muslim)
Namun, malu bukanlah penghalang bagi pencerahan ilmu".Ustaz kemudiannya menghurai dengan panjang lebar.
Justeru, sifat malu untuk mempelajari perkara-perkara yang bersifat 'belum pasti' perlulah dibuang dalam diri semua pelajar, apatah lagi mahasiswa. Sesuatu yang dilakukan tanpa persediaan ilmu yang rapi hanya akan membawa kepada kehancuran dan ketidakpastian.
Berbalik kepada buku di jalan dakwah aku menikah, tujuan penulisan saya ini bukanlah untuk men'syarah' berkaitan dengannya. Namun saya menyaran kepada semua sahabat yang ingin menambahkan satu lagi skop ilmu yang penting, bolehla dapatkan buku ini. (Kalau nak pinjam pada saya pun boleh, tapi kena ambil no. Q lah sebab ramai yang dah booking :)
Wallahua'lam...
DI JALAN DAKWAH AKU MENIKAH
Sunday, October 25, 2009
susun atur oleh: MASYITAH MD.HASSAN pada 8:22 PM 4 KomentarSALAM IMTIHAN
Friday, October 16, 2009
susun atur oleh: MASYITAH MD.HASSAN pada 11:09 PM 0 Komentar
Salam buat semua pengujung, maaf atas kelemahan diri saya untuk mengupdate blog ini. Sebenarnya, sudah beberapa post yang telah saya siapkan, namun kerana laptop buruk saya ini yang telah menghadapi masalah dengan Mirosoft Office maka semua post tersebut tidak dapat di access.
Namun saya usahakan juga untuk kembalikan post-post tersebut (lihat 2 post di bawah), harap ianya bermanfaat walaupun sudah nampak agak 'basi'..Syukran kepada sahabat-sahabat realiti, maya dan juga naqib saya atas teguran anda.
Beberapa minggu yang lalu, saya banyak juga menghabiskan masa mempelajari teknik membaca HTML dalam pembinaan blog. Justeru, mungkin antum pelik melihat perubahan yang yang berlaku sebelum ini pada blog saya. Banyak kali saya 'try and error' untuk tukar design template, sehingga banyak yang hilang dari blog ini, namun saya anggap itu sebagai satu proses pembelajaran untuk diri saya. Syukran buat sahabat yang banyak membantu saya dalam proses memahami bidang ini. Walaupun sudah setahun membina blog, masih banyak yang belum saya pelajari.Itu belum masuk lagi tentang teknik penulisan yang baik, Adobe Photoshop dan banyak lagi. InsyaAllah peluang cuti semester akan datang saya akan gunakan untuk mempelajari ilmu-ilmu tersebut.
Dua minggu lagi saya akan menduduki peperiksaan 'pertama' di UIA ini. Doakan saya, moga yang terbaik sahaja lahir daripada usaha beberapa bulan ini. Buat semua sahabat-sahabat juga, saya ucapkan 'Selamat Menduduki Imtihan. Barakallahalaikum...
Namun saya usahakan juga untuk kembalikan post-post tersebut (lihat 2 post di bawah), harap ianya bermanfaat walaupun sudah nampak agak 'basi'..Syukran kepada sahabat-sahabat realiti, maya dan juga naqib saya atas teguran anda.
Beberapa minggu yang lalu, saya banyak juga menghabiskan masa mempelajari teknik membaca HTML dalam pembinaan blog. Justeru, mungkin antum pelik melihat perubahan yang yang berlaku sebelum ini pada blog saya. Banyak kali saya 'try and error' untuk tukar design template, sehingga banyak yang hilang dari blog ini, namun saya anggap itu sebagai satu proses pembelajaran untuk diri saya. Syukran buat sahabat yang banyak membantu saya dalam proses memahami bidang ini. Walaupun sudah setahun membina blog, masih banyak yang belum saya pelajari.Itu belum masuk lagi tentang teknik penulisan yang baik, Adobe Photoshop dan banyak lagi. InsyaAllah peluang cuti semester akan datang saya akan gunakan untuk mempelajari ilmu-ilmu tersebut.
Dua minggu lagi saya akan menduduki peperiksaan 'pertama' di UIA ini. Doakan saya, moga yang terbaik sahaja lahir daripada usaha beberapa bulan ini. Buat semua sahabat-sahabat juga, saya ucapkan 'Selamat Menduduki Imtihan. Barakallahalaikum...
SEDIKIT PERKONGSIAN-KERAJAAN TURKI UTHMANIYYAH
susun atur oleh: MASYITAH MD.HASSAN pada 9:51 PM 0 KomentarSyukur saya panjatkan kepada Rabbul Izzati kerana tidak putus-putus memberikan peluang buat saya menambahkan lagi ilmu dan juga pengalaman. Terbaru, saya dan beberapa orang sahabat telah terpilih untuk menyertai usrah 1453 yang di kendalikan oleh seorang yang tidak perlu saya perkenalkan lagi pada semua (rujuk read 1453). Moga dengan peluang yang hadir ini dapat saya optimakan sepenuhnya.
Semenjak dari bangku sekolah lagi, subjek Sejarah menjadi subjek kegemaran saya. Subjek yang satu ini sentiasa menjadi target saya untuk bilangan A dalam slip peperiksaan. Sehingga pada suatu ketika saya pernah berangan-angan untuk menyambung pengajian dalam bidang Undang-Undang. Namun entah dimana silapnya semenjak di bangku sekolah, diploma di UTM, bekerja, dan kini menyambung ijazah, saya tetap jua berada dalam bidang Perakaunan.Subjek yang bukan kegemaran saya. Namun, saya usahakan jua.
Sesuatu yang saya tidak terduga, sebaik sahaja menerima pelawaan mengajar tuisyen Sejarah SPM pada awal tahun yang lalu, saya terus menerimanya tanpa mengira kesusahan yang bakal dihadapi,berikutan jarak tempat mengajar yang agak jauh. Benarlah seperti yang di kata ' Cinta itu buta', kerana cinta manusia sanggup lakukan apa sahaja.'Cinta' saya pada ilmu yang satu ini juga membuatkan saya tidak berkira-kira pada mehnah yang bakal mendatang.
Justeru, peluang mempelajari sejarah Sultan Muhammad Al-Fateh secara mendalam bersama-sama dengan 'pengkajinya' dan juga sahabat-sahabat, saya anggap bagai 'bulan jatuh ke riba'. Saya kagum dengan inisiatif yang di ambil oleh Ustaz Shaari untuk mengkaji kejayaan tokoh wibawa ini. Saya sudah beberapa kali membaca mengenai Sejarah Al-Fateh baik melalui buku dan juga website.Malah saya juga jadikan tokoh ini sebagai salah seorang idola dalam diri saya. Namun tidak pernah terlintas di fikiran saya untuk mengakaji disebalik kejayaan 1453 tersebut untuk diimplementasikan dalam membentuk kejaayaan ummah ketika ini.
Alhamdulillah segalanya bermula dengan baik sekali. Untuk tugasan yang pertama, saya telah di beri beberapa persoalan untuk di kongsi bersama ahli usrah. Di sini saya sertakan slide yang tidak seberapa ini untuk perkongsian bersama semua. Semoga bermanfaat..
KERAJAAN TURKI UTHMANIYYAH
View more presentations from masniswa.
Subscribe to:
Posts (Atom)