LORONG-LORONG MENUJU ISTIQAMAH

Wednesday, May 13, 2009


“ Sebelum mengakhiri halaqah kita pada hari ini, marilah sama-sama kita bermuhasabah sejauh manakah amalan-amalan sunat yang telah kita laksanakan buat Sang Khalik, tutur saya pada suatu malam pada sahabat-sahabat.

“Pertamanya akak mengingat diri sendiri sambil mengingatkan adik-adik dan juga sahabat semua. Sebagai hamba dan juga paling utama mereka-mereka yang mengaku sebagai daie sekaligus ahli gerakan Islam, sangat penting buat kita sentiasa memperbaiki amalan-amalan wajib dan juga mempertingkatkan amalan sunat” berhati-hati saya cuba menghuraikan..

"Bukan senang nak istiqamah kan kak?" Sampuk Fatimah yang sentiasa aktif dalam memberi pandangan..

Ya, ISTIQAMAH..tidak sesedap sebutan namanya untuk di realitikan.. baik dalam apa jua amalan…, ayat itu hanya berlegar-legar di dalam hati saya..

“Walau macam mana sekalipun, sebagai hamba, nak tak nak usaha ke arah tu mesti dilakukan..betul tak kak? Tiba-tiba sarah yang cantik pula menyambung..

“Hurm..betul tu sarah.”.saya mengiyakan saja. Amalan yang sedikit jika istiqamah lebih baik.

“Nak dengar tak formula menuju istiqamah dalam ibadah?” Tiba-tiba saya mengajukan persoalan kepada semua ahli halaqah??..

“Nak…” serentak mereka menjawab, sambil menganguk-anggukan kepala.

“Hurm, nak kata formula sangat pun xla jugak, tapi mungkin kita semua boleh usaha buat..akak pun masih dalam perjalanan..”

“Macam mana tu kak?” Jasmin yang sejak tadi diam, membuka pertanyaan dengan dahi yang berkerut.

“Macam ni, setiap yang banyak mesti bermula dengan yang sedikit, kata orang sedikit-sedikit lama-lama jadi bukit. Ok, kita menggunakan teori yang sama dalam amalan kita. Mulakan sedikit dahulu.

Sebagai contoh bermula pada hari ini kita berjanji pada diri sendiri tidak akan pernah meninggalkan solat sunat rawatib pada setiap waktu (jika sebelum ni belum istiqamah)..Jadi mulai hari itu mesti tekad, walau macam mana cara sekalipun mesti jangan tinggal, berdisplinlah dan janjilah pada diri sendiri.”..

Kemudian bila agak boleh maintain, mungkin ambil masa dalam seminggu, atau dua minggu, cubalah beralih ke amalan lain seperti bacaan mathurat, solat sunat dhuha, qiamullail dan yang lain-lain.” Saya cuba sedaya upaya meringkaskan penerangan.

“Hurm idea yang praktikal, bila dah istiqamah yang kedua, sambung pula amalan ketiga kan”..Aqilah yang sejak tadi kusyuk mendengar, meluahkan pandangannya .

"Ya, begitulah seterusnya, dan cubalah sedaya upaya tidak terkurang yang pertama apabila masuk kepada amalan kedua"..saya menyambung.

“ Tapi kalau sesiapa yang dah istiqamah dengan yang basic-basic tu boleh la upgrade dengan benda-benda lain kan kak, istiqamah baca buku ke, quran ke and so on..” tambah Rafidah yang berkaca mata besar.

Saya hanya mengangguk-angguk sambil tersenyum melihat keazaman mereka.

PARA PENGUNJUNG SEKALIAN,

Apakah sebenarnya yang di maksudkan dengan ISTIQAMAH?

Istiqamah bermaksud menuruti jalan yang lurus (Siratol Mustaqim),meliputi segenap perbuatan taat sama ada yang zahir atau yang batin serta meninggalkan segala larangan Allah SWT.

Kebiasaannya, istiqamah menyusul selepas beriman kepada Allah, kerana iman adalah asas kepada keutuhan istiqamah.

Istiqamah atau dengan kata lain komited dengan Islam ,membawa maksud, pelaksanaan aspek dan konsep agama yang dilakukan oleh seorang muslim dengan memelihara hubungan intimnya dengan Allah SWT selaku Pencipta.

Dalam sebuah hadis yang diriwayatkan oleh Sufian bin Abdilah, beliau bertanya kepada Rasulullah saw bersabda: “Wahai Rasulullah, jelaskan kepadaku mengenai Islam, supaya aku tidak perlu lagi bertanyakan kepada orang lain. Rasulullah menjawab, `(Islam itu adalah) kamu berkata `Aku beriman kepada Allah dan beristiqamah'.”

Tanda istiqamah

Bukti istiqamah itu telah diwahyukan oleh Allah SWT dalam ayat 162 surah al-An’am yang bermaksud :
Katakanlah (wahai Muhammad) “Sesungguhnya solatku, ibadatku, hidup dan matiku hanya untuk Allah, Tuhan sekelian alam"

Selain itu Allah juga berfirman di dalam Surah Fussilat, ayat 30-33

Kamilah penolong-penolong kamu dalam kehidupan dunia dan pada hari akhirat; dan kamu akan beroleh - pada hari akhirat - apa yang diingini oleh nafsu kamu, serta kamu akan beroleh - pada hari itu - apa yang kamu cita-citakan mendapatnya.(Pemberian-pemberian yang serba mewah itu) sebagai sambutan penghormatan daripada Allah Yang Maha Pengampun, lagi Maha Mengasihani! Dan tidak ada yang lebih baik perkataannya daripada orang yang menyeru kepada Allah, serta dia sendiri mengerjakan amalan yang soleh, sambil berkata: “Sesungguhnya aku adalah daripada orang-orang Islam (yang berserah bulat-bulat kepada Allah)!”

Penjelasan

Para ulama’ bersepakat mengatakan bahawa, istiqamah itu dapat dikenal pasti menerusi penyerahan diri muslim pada perkara yang zahir dan batin.

Dalam perkara zahir, seorang muslim itu melaksanakan segala perintah Allah yang wajib ditunaikan seperti pelaksanaan ibadat solat, puasa, haji, zakat, memakai hijab (tudung kepala) bagi muslimat, berakhlak mulia dan lain-lain.

Sementara dalam perkara batin pula, seorang muslim itu wajib beristiqamah dengan aspek ketuhanan dalam mentauhid (mengesakan) Allah, bertakwa kepada-Nya, takut kepada ancaman dan hukuman-Nya, mengharapkan keampunan dan rahmat hanya daripada-Nya dan banyak lagi.

Justeru menurut para ulama’, jika seseorang itu menzahirkan kepada manusia kebaikannya seperti banyak solat sunat, puasa sunat, suka menderma, suka tolong orang lain, berulang alik ke masjid, sedangkan dia tidak begitu, suka mengumpat, memfitnah orang, menuduh orang tanpa bukti kukuh, maka dia dikatakan tidak beristiqamah dengan Islam, atau paling tidak dikatakan istiqamahnya masih berkurangan. Kerana istiqamah itu tidak dapat dibuktikan pada amalan sehari dua, malah ia perlu berterusan dan dilakukan atas dasar ikhlas kerana Allah SWT.

Jalan terbaik untuk mengekalkan istiqamah dengan Islam, ialah bersahabat dengan orang-orang yang baik-baik, apatah lagi mereka yang dapat mengingatkan diri kita kepada Allah SWT, menyuruh yang makruf, mampu pula mencegah kemungkaran, berdakwah dengan penuh hikmah, berakhlak mulia, tidak wujud sebarang kepentingan dunia, apa yang diharap hanyalah keredaan Allah, ia menepati seruan Allah menerusi ayat 28 surah al-Kahfi yang bermaksud : “

Dan bersabarlah kamu bersama-sama dengan orang-orang yang menyeru kepada Allah, di waktu pagi dan malam dengan mengharapkan keridaan-Nya, janganlah kamu berpaling dari mereka kerana mengharapkan perhiasan (habuan) kehidupan dunia ini, janganlah kamu mengikuti orang-orang yang hatinya telah Kami lalaikan dari mengingati Kami serta mengikut hawa nafsu, sesungguhnya urusan hidup mereka telah melampaui batas”.


Mudah-mudahan, kita semua sentiasa berusaha untuk kekal beristiqamah dengan Islam, berjuang kerananya dan mati pada jalannya, Ameen.


Dapatkan TestIslamic di SahabatMusleem.blogspot

"Beruntunglah orang yang hari ini lebih baik dari semalam, terpedayalah orang yang hari ini sama seperti semalam, dan celakalah orang yang hari ini lebih buruk dari semalam..Yang paling jauh, bukannya bintang, mentari pun bukan jua rembulan tetapi adalah masa yang berlalu dan tidak akan kembali..kelmarin yang luput menjadi secangkir kenangan, semalam yang terluput mengukir sesalan..yang ada hanya hari ini & akan datang..gunakanlah hari ini dengan sebaik mungkin kerana esok belum tentu milik kita, sedangkan semalam telah pergi buat selamanya.."

2 comments:

Penulis Maya said...

Assalamualaikum W.B.T

Artikel yang baik. Izinkan saya komen ya.

menggunakan bhasa dialog lebih berkesan drpd naratif..cuma bhsa dialog yg kat ats tue saya rasa mcm kekok skit bila membaca. Saya kurang arif juga,tp mcmtula sy rasa.

Mybe kena byk2 latih guna bhasa dialog kot spy lebih teratur bila menggunakannya.

Anak usrah ramai2 nie yg mana satu ye..saya kenal ka? :)

K., tQ.

MASYITAH MD.HASSAN said...

syukran atas komen.akan diperbaiki IAllah.
nta xkenal sbb bukan nama sebenar