Thursday, April 30, 2009

Salam kasih buat semua,

Sudah terlalu lama saya biarkan artikel berbahasa mat saleh itu kusam di dalam blog ini..Kepada yang turut mengikuti satu persatu ayat didalam artikel tersebut, tahniah diucapkan..moga mendapat ‘sesuatu’ daripadanya.

Beberapa kali berbincang dengan sahabat-sahabat berkenaan isu perfectionist..tiba-tiba saya terjumpa sesuatu yang saya kira agak selari dengan perbincangan kami. Lalu saya ‘attach’ disini.

Beberapa minggu berlalu, terlalu banyak yang berlaku, seminggu lebih sahaja tidak berada di alam maya, saya rasa sudah jauh ditinggalkan Ustaz Hasrizal. Blogger/pendakwah yang sangat saya kagumi.

Beban kerjaya yang sentiasa menghimpit saban hari membuatkan kadang-kadang terasa penat yang tidak bertempat. Namun saya gagahkan jua. Entah untuk kali ke berapa berusaha memotivasi diri.

Pertama kali membiarkan blog ini sepi tanpa kata sehingga sebulan lamanya.Hari ini saya gagahkan jua melakarkan sesuatu sebelum pulang ke rumah selepas waktu isyak nanti.

Memandangkan esok hari pekerja, saya ucapkan Selamat Hari Pekerja buat semua. Moga kita sebagai pemegang amanah dari majikan sentiasa memuhasabah diri terhadap ke semua amanah yang telah diberikan.

Sepi di blog, selain penat bekerja, saya paksakan diri menghabiskan beberapa buah buku. Sudah lama rasanya saya meninggalkan hobi itu dek kerana terlalu melayan kepenatan. Alhamdulillah hobi itu muncul kembali tatkala usai Pesta buku baru-baru ini. Tidak banyak wang yang saya belanjakan. Hanya membeli sebuah buku untuk diri sendiri dan beberapa buah buku untuk hadiah kepada anak-anak buah.

Memandangkan bajet bulanan yang tidak mengizinkan, keinginan untuk memiliki buku buku terbaru saya tangguhkan. Tidak mengapa kerana ia bukanla suatu keutamaan.

Esok saya akan bercuti, syukur dapat merehatkan diri sebentar dari ‘alam’ kerjaya ini..semoga majikan saya tidak menghubungi memandangkan handset buruk saya telah dilesapkan pencuri.

SELAMAT BERCUTI BUAT SEMUA ‘PEKERJA’..
WSSALAM..

No comments: