Ramadhan datang lagi

Thursday, August 26, 2010

Apabila tibanya Ramadhan ramai umat islam berlumba-lumba menumpukan sepenuh perhatian dalam ibadah. Baik dari segi solat, qiamullail, ikhtikaf, membaca al-quran dan sebagainya.Kedatangan ramadhan sangat dinanti kerana ianya menjanjikan seribu satu ganjaran buat mereka yang 'prihatin'.

Hari ini sudah masuk enam belas hari umat islam menyambut Ramadhan. Fasa pengampunan tinggal kurang empat hari sahaja lagi.Saya berharap diri saya dan sahabat-sahabat sekalian terus-terusan beribadah, tanpa rasa jemu.

MALAS DAN JEMU ITU LUMRAH

" Aduh mak dah tak larat nak jalan ni, nak minum air boleh ?" kata anak buah saya kepada ibunya. Hampir 3 jam berjalan membeli belah keperluan untuk hari raya membuatkan semangat berpuasanya semakin luntur.

" Ish kamu ni, tadi beria sangat nak ikut, ni jalan sikit dah tak larat" kakak saya mula membebel

"Kalau tak puasa penuh, mak tak mahu beli baju raya!" bebelan tadi bertukar ugutan.

" Huh.. okla" Shahmi terus berjalan dengan rasa malas dan kecewa.

Perasaan malas dan jemu sebenarnya adalah suatu lumrah yang akan di alami oleh sesiapa sahaja. Mungkin juga boleh di katakan ia sebuah fitrah. Jika tidak, masakan seorang anak kecil juga berperasaan sedemikian.

Namun tiada sesiapa yang dapat membantu diri kita untuk mengatasi perasaan dan 'rasa' tersebut, melainkan diri sendiri. Anjaklah sekuat mungkin sebelum ia menyerap dan sedikit demi sedikit bersebati dalam diri.

Sekadar sedikit 'bebelan' dan peringatan dari saya untuk mengisi sedikit daripada ibadah Ramadhan ini. Moga Allah melindungi kita semua daripada sifat malas dan jemu, terutama dalam beribadah


"Ya Allah ya Tuhanku, lindungilah diriku dari kesusahan dan dukacita, Engkau lindungilah aku dari sifat lemah dan malas, peliharalah diriku dari sifat bakhil dan pengecut dan Engkau peliharalah diriku dari hutang-piutang dan kekuasaan orang lain ke atas diriku."

No comments: