MAHASISWA PERLU BERUBAH

Monday, November 01, 2010

0 Komentar
Saya baru saja pulang dari diskusi bajet 2011 di UIA. Dua minggu lepas saya berkesempatan juga mengikuti siri perbincangan mengenai bajet tersebut. Kemudian, saya mula membuat penilitian serta berusaha menghadam pelbagai komen, artikel, perbahasan dan juga kritikan daripada pelbagai pihak.

Malam ini pelbagai perkara yang saya fikirkan. Tumpuan kepada pembacaan bagi menghadapi peperiksaan akhir esok agak terganggu. Saya berfikir tentang peranan mahasiswa yang sebenar. Setelah membaca pelbagai komentar dari pihak kerajaan dan pembangkang mengenai belanjawan, saya dapati mereka memainkan peranan mereka yang sebenar dengan baik sekali. Pihak kerajaan berusaha sedaya upaya ‘mencantikkan’ prestasi mereka semampu mungkin walaupun terdapat banyak kecacatan yang boleh ditelusuri dalam membentangkan belanjawan negara . Pihak pembangkang juga bangkit dengan pelbagai tusukan, kritikan bahkan kecaman kepada setiap patah perkataan yang keluar daripada mulut kerajaan, walaupun kepada perkara-perkara yang boleh dianggap usaha baik dari kerajaan.

Fokus pemikiran saya saat ini bukan tentang itu. Bukan jua ingin mengkritik mana-mana pihak. Akan tetapi saya berfikir bagaimana mahasiswa kini tidak memainkan peranan mereka dengan betul. Saban waktu kita mendengar pelbagai slogan dimainkan oleh pimpinan mahasiswa samaada dari GAMIS, SMM, GPMS, PKPIM dan lain-lain bahawa mahasisiwa adalah golongan istimewa. Mahasiswa adalah golongan yang bertindak sebagai check and balance kepada negara. Namun, slogan hanya tinggal kenangan apabila mahasiswa tidak benar-benar merealisasikannya.

Kenapa saya berkata sedemikian? Setelah hampir 5 tahun bergelar mahasiswa ( 3 tahun di UTM dan hampir 2 tahun di UIA), saya melihat kelompok-kelompok mahasiswa ini belum benar-benar bebas. Mereka terlalu terikut-ikut dengan ideologi kepartian sehingga tidak membenarkan diri bertindak diluar batas garisan ideologi masing-masing. Contoh mudahnya begini : Gabungan Mahasiswa A (GMA) yang sangat menghormati dan menjunjung prinsip kepartian Parti Pembangkang 1 (PP1) akan sentiasa berusaha mentaati dan mengikut teras perjuangan PP1. Manakala Gabungan Pelajar B (GPB) pula di terajui oleh Parti Kerajaan 2 (PK2) di dogma dengan pemikiran kerajaan sentiasa mesra, cepat dan betul. Lalu, di manakah kenyataan check and balance itu?



Saya tidak menyatakan memiliki ideologi atau kecenderungan politik kepada mana-mana parti itu adalah perbuatan yang salah. Akan tetapi, ia akan menyempitkan ruang dan menutup ‘keistimewaan’ mahasiswa. Apabila PK2 mendapati GMA adalah kelompok mahasiswa yang cenderung kepada PP1, maka secara automatiknya setiap pandangan dan saranan daripada GMA akan dianggap sebagai batu loncatan kepada PP1 oleh PK2. Seterusnya saranan tersebut di tolak walaupun GMA berniat baik kepada PK1. Ini adalah lumrah politik semasa yang tidak boleh kita nafikan. Begitu juga sebaliknya akan berlaku apabila GPB menegur PP1.

Kita semua sedia maklum, peranan sesebuah kerajaan adalah memastikan struktur ekonomi, politik dan sosial sesebuah negara berada dalam keadaan baik dan adil. Justeru, tidak kira sesiapa atau parti mana yang memerintah, mahasiswa sepatutnya menjadi check and balance kepada kerajaan tersebut. Malangnya, apabila kerajaan membentangkan bajet negara, yang menyediakan bajet alternatif hanyalah dari pihak pembangkang. Seperti biasa, kerajaan pastinya akan menolak mentah-mentah bajet alternatif tersebut kerana ia sentiasa tidak memenuhi ‘selera’ mereka. Keadaan ini telah berterusan selama berpuluh tahun! Kerajaan sentiasa merasakan mereka betul dan pembangkang juga sentiasa menyatakan kerajaan adalah salah. Maka di sinilah kepentingan suara-suara dari kelompok pertengahan.Malangnya, dimana peranan dan usaha mahasiswa sebagai pengantara tersebut? Sedangkan mahasiwa adalah golongan istimewa. Mereka di kelilingi para ilmuan, intelektual dan pengkaji-pengkaji dari pelbagai bidang. Jika mereka boleh menyiapkan lima hingga enam tugasan dalam masa satu semester ( lebih kurag 5 bulan), dimanakah masalahnya untuk sekelompok mahasiswa menyiapkan bajet ‘saranan’ setahun sekali kepada kerajaan? Di manakah masalahnya untuk kelompok mahasiswa yang bebas ini melahirkan cadangan mereka tentang dasar-dasar penting kepada kerajaan?

Mungkin ada segolongan mahasiswa akan menyatakan mereka terikat dengan AUKU dan tidak bebas bersuara. Saya fikir, ini adalah permikiran mahasiswa yang masih di jajah dengan kejumudan atau dalam bahasa inggerisnya di sebut lack of creativity & innovation. Mahasiswa ‘bebas’ perlu bijak memainkan peranan mereka sebagai perantara. Mereka perlu membina strategi politik yang tersendiri bagi memastikan mereka di terima kedua-dua pihak. Status mereka sebagai anak muda bukan juga penghalang kepada pergerakan mereka. Apabila mereka di terima sebagai kelompok bebas, suara mereka akan memberi kesan dan cadangan mereka pasti diambil kira.
Tahun 2010 boleh di katakan tahun ‘transformasi’. Setiap hari kita melihat di kaca TV, perkataan tersebut di laung-laungkan. Saya fikir, mahasiswa juga perlu membuat tranformasi kepada cara dan strategi pergerakan mereka. Sudah tiba masanya mahasiswa kembali memenuhi peranan mereka sebagai ‘pengatur check and balance’ kepada negara.

1/11/2010-1.18 am.

SOD BA RO

Tuesday, October 19, 2010

0 Komentar
Sabar itu indah
Kata punjangga.
Sabar itu penawar
Kata Hukama'.
Namun realitinya,
Sungguh sulit merealisasikan
sabar itu.

Sabar itu tidak hadir,
bila hati di tusuk duri.
Sabar itu berlalu pergi,
bila lidah di cabar api
Sabar itu kemana menghilang,
bila kata-kata dibalas curang.

Oh Tuhan,
Mengapakah..
Sedangkan sabar itu,
Milik hamba-hamba yang dekat denganMu
Sedangkan sabar itu,
milik mereka-mereka yang sujud kepadaMu

Rabbi,
kurniakan SABAR ITU buatku.

19~10~10

TUDUNG LABUH DAN KOPIAH

1 Komentar
"Angah kenalkan, ni classmate acik" jelas sahabat se-halaqah saya semasa kami berjumpa untuk temujanji makan tengah hari bersama.

Saya hanya membalas senyuman daripada beliau sambil mengajak untuk ke meja makan.

"Awak ambil course ape?", saya bertanya sekadar berbasa basi kepada Mira.

"Usul fiqh", jawab beliau ringkas..

"Oh..saya hanya mengangguk-angguk sambil meneruskan jamahan makanan.

Sudah menjadi kebiasaan, tengah hari seperti itu, keadaan kafe EVOKE akan menjadi sangat sesak.Mujurlah kami sempat mendapatkan tempat setelah selesai digunakan pelanggan lain.

"Awak ambil course apa pulak?", tanya Mira kemudiannya.

" Hurm, saya... Accounting"

"Oh.."balas Mira dengan kening yang berkerut-kerut.

"Kenapa?" tanya saya kehairanan

Mira tersenyum sumbing, "Tak de, saya ingat awak budak course agama, I mean Bahasa Arab ke, IRK ke ( IRK ialah stand kepada Islamic Revealed knowledge) yela, tengok pakaian awak macam...beliau terhenti disitu.

Saya cuma tersenyum dan meneruskan jamahan makanan sambil berfikir-fikir..

"Hurm, tak semestinya student course agama je yang kena pakai tudung labuh kan?"..

Agak terkejut dengan persoalan yang tiba-tiba saya kemukakan, beliau kemudiannya mengangguk lambat-lambat dan meneruskan jamahan. Sekilas pandang, saya lihat beliau termenung. Entahlah, saya tidak pasti apa yang difikirkan. Mungkin, sedang bermuhasabah tentang tudungnya yang sedikit berbeza.

TUDUNG LABUH versi MALAYSIA

Hampir setahun lebih menimba ilmu di UIAM, saya dapati keunikan institusi ini bukan sahaja pada ilmu, cendikiawan, reka bentuk bangunan dan juga sistem penilaiannya, bahkan juga dari aspek budaya dan cara pemakaian. Pelbagai jenis fesyen dan gaya boleh dilihat disini. Saya kira, mungkin kerana faktor budaya manusia-manusia yang mempunyai latar belakang berbeza dari pelbagai negara. Fesyen-fesyen ini diserap masuk sedikit demi sedikit sehingga sebati menjadi pakaian pelajar-pelajar tempatan.Sehigga terbit persoalan, fesyen yang bagaimana sebenarnya mengikut kehendak Al-Quran?..Ada yang mengatakan di dalam Al-Quran tidak mencatat secara spesifik bagaimana sebetulnya seseorang muslimah itu perlu berkerudung.Cuma di jelaskan perlu menutup bahagian-bahagian tertentu.

“Wahai nabi (Muhammad), suruhlah kepada isteri-isteri kamu, anak-anak perempuan kamu dan wanita-wanita beriman agar melabuhkan jilbab (pakaian bagi menutup seluruh tubuh) mereka (semasa mereka keluar), cara yang demikian itu lebih sesuai untuk mereka dikenal (sebagai perempuan yang baik-baik) maka dengan itu mereka tidak diganggu. Dan (ingatlah) Allah Maha Pengampun lagi Maha Pengasihani (terhadap dosa kamu di masa lalu).”-Al-Ahzab 59



Masyarakat Malaysia umumnya selalu mengaitkan tudung labuh dengan golongan pelajar atau guru-guru agama yang memakai tudung bidang 60 serta dijahit jurus kehadapan. Fesyen ini sangat terkenal dalam tahun 80-an.Namun, tahun demi tahun, pelbagai jenis tudung labuh mula di perkenalkan.Para wanita muslimah mula tampil dengan pelbagai gaya. Bahkan ada juga yang dibawa ke medan peragaan.Lalu, tudung labuh versi lama sudah semakin kurang dikenakan.


ERTI ' TUDUNG LABUH' YANG SEBENAR


Tujuan utama penulisan saya bukanlah ingin membahaskan fesyen tudung bagaimana yang lebih tepat. Akan tetapi saya lebih suka mengajak untuk kita melihat kepada tujuan pakaian tersebut. Jika kita renungkan ayat ke 59 Surah Al-Ahzab diatas, Allah swt menjelaskan bahawa objektif setiap muslimah dikehendaki bertudung adalah untuk menjaga dirinya dan supaya dia dikenali sebagai wanita yang baik-baik.Nah, inilah sebenar tujuan utama yang perlu kita utamakan. Fesyen atau gaya hanyalah sebuah wasilah..

NAMUN, WASILAH ADALAH JAMBATAN.

Rasulullah saw begitu kuat menekankan supaya setiap lelaki memilih calon isterinya yang ramai anak, sebagaimana sabda baginda: “Kahwinlah perempuan-perempuan yang keturunan banyak anak, sesungguhnya aku berbangga dengan ramainya umatku di hadapan para Nabi pada Hari Kiamat nanti”. Justeru, pernikahan adalah jambatan kepada tujuan meramaikan umat Islam. Lalu, apakah pula jambatan kepada tujuan menjaga diri dan agar dikenali sebagai wanita yang baik-baik ?Maka disitulah letaknya peranan pakaian dan tudung yang kita kenakan.Caranya sangat mudah, jika kita memakai tudung labuh jenis A, terasa ianya lebih menjaga diri kita daripada melakukan maksiat, maka tudung A lah yang menepati kehendak syariat. Dan apabila memakai tudung labuh jenis B, kita lebih mudah terjerumus ke lembah maksiat, maka pastilah terdapat kekurangan pada tudung jenis B. Tanyalah pada diri sendiri, hati anda tidak akan pernah membohongi, sebagaimana sabda Nabi dalam hadis ke 27 susunan Imam Nawawi :

Dari An-Nawwas bin Sim'an r.a, dari Nabi SAW yang bersabda : " Kebajikan itu adalah budi pekerti yang baik. Dan dosa pula adalah apa yang tersimpul di dalam diri engkau dan engkau benci bahawa ia diketahui manusia mengenainya.
~ Riwayat Muslim

Dari Abi Wabishah bin Ma'bad r.a : " Bahawa aku datang kepada Rasulullah SAW lalu banginda bertanya : ' Engkau datang bertanyakan erti kebajikan ? ' Aku menjawab : ' Ya '. Sabda Rasulullah SAW lagi : ' Tanyalah hati engkau. ' Kebajikan itu ialah apa yang mententeramkan diri engkau kepadanya serta mententeramkan hati. Manakala dosa pula ialah apa yang mengganggu jiwa dan meragui dalam dada, walaupun orang ramai telah memberikan engkau fatwa dan terus menfatwakan sesuatu.' "

Walaupun begitu, sepanjang saya berdiskusi dan bertemu dengan ramai wanita, mereka menyatakan apabila mereka memakai tudung labuh versi Malaysia atau versi lama, ia lebih menjaga diri dan akhlak mereka. Wallahu'alam, saya tidak menyatakan ianya seratus peratus benar atau juga salah.Secara peribadi, saya mengakuinya.Namun, terpulanglah kepada pendirian dan pegangan masing-masing. Yang penting, 'tujuan' sebenar tercapai.

TUDUNG LABUH DAN KOPIAH

Saranan menjaga diri bukan sahaja dikenakan kepada para wanita Islam akan tetapi juga buat lelaki-lelaki yang beriman. Ini kerana ayat ke 30 surah An-Nur di datangkan buat para muslimin terlebih dahulu dan kemudiannya barulah disusuli dengan ayat ke 31, buat kaum wanita.

”Katakanlah (wahai Muhammad) kepada orang-orang lelaki yang beriman supaya mereka menyekat pandangan mereka (daripada memandang yang haram), dan memelihara kehormatan (kemaluan) mereka. Yang demikian itu lebih suci bagi mereka, sesungguhnya Allah Amat Mendalam PengetahuanNya tentang apa yang mereka kerjakan.-An-Nur, 30.


Lalu, tidak keterlaluan jika saya katakan kopiah adalah wasilah terbaik untuk seseorang lelaki muslim menjaga dirinya dari terjerumus ke lembah maksiat. Walaupun, Islam tidak pernah mewajibkannya, sebagaimana bertudung labuh versi lama buat para wanita. Walau bagaimanapun, pendirian saya masih tetap sama, terpulanglah kepada 'cara' masing-masing mencapai tujuan tersebut. Jika tanpa kopiah, lebih mudah buat mereka menjaga diri, ya, mungkin itulah yang terbaik, juga sebaliknya.Namun, Ibnu Umar R.Anhu pernah meriwayatkan bahawa Nabi S.A.W selalu menggunakan penutup kepala berwarna putih.” (Al-tabrani)


Wallahualam..

AKU dan CINTA

Monday, October 11, 2010

0 Komentar
Cinta itu datang lagi,
Kali ini lebih harum dan semerbak baunya.
Aku seperti bidadari riang.
Berlari-lari di taman,
mengecapi manisnya,
haruman cinta itu.

Pemilik cintaku,
Kekalkan ia bersamaku.
Agar larian ini
bertambah jauh,
Agar larian ini
bertambah gagah,
Agar larian ini
Penuh dengan warna warni...

10~10~10

Ramadhan datang lagi

Thursday, August 26, 2010

0 Komentar
Apabila tibanya Ramadhan ramai umat islam berlumba-lumba menumpukan sepenuh perhatian dalam ibadah. Baik dari segi solat, qiamullail, ikhtikaf, membaca al-quran dan sebagainya.Kedatangan ramadhan sangat dinanti kerana ianya menjanjikan seribu satu ganjaran buat mereka yang 'prihatin'.

Hari ini sudah masuk enam belas hari umat islam menyambut Ramadhan. Fasa pengampunan tinggal kurang empat hari sahaja lagi.Saya berharap diri saya dan sahabat-sahabat sekalian terus-terusan beribadah, tanpa rasa jemu.

MALAS DAN JEMU ITU LUMRAH

" Aduh mak dah tak larat nak jalan ni, nak minum air boleh ?" kata anak buah saya kepada ibunya. Hampir 3 jam berjalan membeli belah keperluan untuk hari raya membuatkan semangat berpuasanya semakin luntur.

" Ish kamu ni, tadi beria sangat nak ikut, ni jalan sikit dah tak larat" kakak saya mula membebel

"Kalau tak puasa penuh, mak tak mahu beli baju raya!" bebelan tadi bertukar ugutan.

" Huh.. okla" Shahmi terus berjalan dengan rasa malas dan kecewa.

Perasaan malas dan jemu sebenarnya adalah suatu lumrah yang akan di alami oleh sesiapa sahaja. Mungkin juga boleh di katakan ia sebuah fitrah. Jika tidak, masakan seorang anak kecil juga berperasaan sedemikian.

Namun tiada sesiapa yang dapat membantu diri kita untuk mengatasi perasaan dan 'rasa' tersebut, melainkan diri sendiri. Anjaklah sekuat mungkin sebelum ia menyerap dan sedikit demi sedikit bersebati dalam diri.

Sekadar sedikit 'bebelan' dan peringatan dari saya untuk mengisi sedikit daripada ibadah Ramadhan ini. Moga Allah melindungi kita semua daripada sifat malas dan jemu, terutama dalam beribadah


"Ya Allah ya Tuhanku, lindungilah diriku dari kesusahan dan dukacita, Engkau lindungilah aku dari sifat lemah dan malas, peliharalah diriku dari sifat bakhil dan pengecut dan Engkau peliharalah diriku dari hutang-piutang dan kekuasaan orang lain ke atas diriku."

Wahai anak muda, mengembaralah...

Sunday, May 02, 2010

0 Komentar
Salam buat semua sahabat. Moga dalam keadaan sejahtera di samping tugas-tugas dakwah dalam misi memburu cinta Ilahi.InsyaAllah..
Pertama kali saya menyepi hampir dua bulan dari sebarang post baru di blog ini. Menunggu mood menulis yang tidak kunjung-kunjung tiba, entah mengapa..

Kembara bermula..

Semenjak dari zaman persekolahan saya memang suka mencari-cari peluang untuk mengembara. Alhamdulillah target untuk saya habiskan perjalanan ke seluruh negeri di Malaysia telah di tamatkan pada tahun 2008. Negeri terakhir yang saya kunjungi adalah sabah. Segala-galanya menarik di sana bermula dengan makanan, tempat, loghat serta penduduknya.


Ekspidisi Dakwah Di Sabah

Tahun 2007 meninggalkan seribu satu pengalaman manis buat diri saya. Delegasi akademik ke Beijing, China adalah kembara pertama saya keluar dari Malaysia. Banyak peristiwa dan perkara menarik yang saya temui di sana.


Bersama sahabat-sahabat dalam misi menawan tembok besar china.

Alhamdulillah, tahun 2010 menyaksikan episod baru terlakar dalam hidup saya. Pengembaraan ke bumi Scotland seorang diri meninggalkan kenangan yang bukan sedikit dalam diari hidup saya. Terlalu banyak ilmu baru yang saya perolehi di sana. Diri di rasakan begitu kerdil apabila menyaksikan kebesaran Allah dalam setiap penciptaan -Nya.Setiap peristiwa pahit manis telah saya rakamkan dengan baik demi beriltizam untuk pengislahan diri dan juga perkongsian manfaat buat seluruh umat. Moga sedikit demi sedikit ianya bakal terlakar suatu masa nanti.


Scotland : antara tempat pelancongan terbaik di dunia.

Kata penyair, Abu Firas al-‘Amiri yang dikenali dengan Majd al-‘Arab:

“Berpisahlah, nescaya kau dapati ganti orang yang kau tinggalkan. Mengembaralah di bumi, nescaya kau temui petunjuk dalam perjalanan itu. Singa jika tidak meninggalkan hutannya, tidak akan garang. Anak panah jika tidak meninggalkan busarnya tidak akan mengena sasaran”. (Fawat al-Fawayat 3/87, Beirut: Dar al-Sadir).

HUMAN RIGHTS AND JUSTICE

Friday, March 19, 2010

1 Komentar

"Assalamualaikum wbt, Insya Allah today is our last class for this semester, and I will continue with the topic of Human Rights. Before this, we have learn the concept of human rights, the history and how Islam intepret this issue.InsyaAllah, today I will explain more about the implementation of human rights and some of facts regarding this concept", panjang lebar pensyarah subjek UNGS atau Islamic Worldview kelas saya memulakan 'lecture' nya pada petang itu.

Seperti biasa, saya duduk di barisan paling hadapan. Kelas ini menjadi kelas kegemaran saya kerana saya sudah menganggap ianya sebagai kuliah tazkirah saya saban minggu. Konsep belajar kerana Allah dan 'enjoy the ilm' yang di terapkan Professor Dr. Munawwar, sangat memberikan motivasi kepada pembelajaran saya. Alhamdulillah, saya selesa berada dalam kelas itu walau ianya di lanjutkan berjam-jam.

" Whoever we are, whatever we got, we are only being tested. If we are rich, we are being tested with that riches, if we are clever, we are being tested with that, also if we are poor, we are being tested with that poorness ", salah satu kata-kata daripada beliau yang membuatkan saya mengisafi kurniaan Ilahi.

Menariknya kelas ini, prof biasanya akan menayangkan video-video berkaitan dengan topik pembelajaran di akhir sesi syarahan beliau. Justeru, ianya menjadi kuliah yang sarat dan lengkap pada saya. Penuh dengan keindahan dalam menikmati ilmu.

HUMAN RIGHTS ( HAK ASASI MANUSIA) DI DALAM ISLAM

" When we speak of human rights in Islam we really mean that these rights have been granted by God, they have not been granted by any king or by any legislative assembly. The rights granted by the kings or the legislative assemblies, can also be withdrawn in the same manner in which they are conferred. The same is the case with the rights accepted and recognized by the dictators. They can confer them when they please and withdraw them when they wish, and they can openly violate them when they like. But since in Islam human rights have been conferred by God, no legislative assembly in the world, or any government on earth has the right or authority to make any amendment or change in the rights conferred by God. No one has the right to abrogate them or withdraw them. Nor are they the basic human rights which are conferred on paper for the sake of show and exhibition and denied in actual life when the show is over. Nor are they like philosophical concepts which have no sanctions behind them."
prof menerangkan dengan bersungguh-sungguh sambil mengesat peluh yang mengalir di dahinya. Kelas pada petang hari agak menguji kesabaran kerana masing-masing, samada prof atau kami sendiri sudah agak kepenatan setelah seharian berkejar dari satu kelas ke satu kelas.


Sebelum menyudahkan kelas pada petang itu, prof menerangkan kepada kami berkaitan dengan konsep keadilan dan kaitannya dengan hak manusia.Lalu beliau membawakan satu kisah benar yang yang berlaku akibat lalainya manusia pada hari ini, dalam menunaikan hak sesama kita.

SERIBU KALI MAAF

Seorang lelaki telah di tangkap dan di kenakan hukuman penjara selama tiga tahun. Dia, yang juga seorang suami yang amat penyayang, terpaksa berpisah dengan isterinya akibat penangkapan tersebut. Semasa kejadian, isterinya dalam keadaan mengandungkan anak mereka yang pertama.

Setelah tiga tahun berlalu, maka keluarlah lelaki ini dari penjara. Dia sangat gembira kerana akhirnya penantiannya untuk bertemu dengan isteri tecinta dan anak kandung yang belum pernah di lihat sebelum ini berakhir. Begitu juga dengan isterinya yang sudah tidak sabar lagi ingin bertemu dengan suami yang di kasihinya. Awal-awal lagi isteri ini bersama anaknya telah pergi menjemput suaminya. Suasanya menjadi sangat mengharukan apabila mereka bertemu. Masing-masing berpelukan dan menangis kegembiraan.

Namun,Si anak yang masih kecil dan tidak mengerti apa-apa ini menggunakan panggilan pak cik kepada bapanya. Dia tidak mengetahui bahawa lelaki itu sebenarnya adalah bapa kandungnya.

"Kenapa kamu memanggilku pak cik annakku? Aku adalah bapamu, panggillah aku ayah." kata lelaki itu.

" Oh tidak, kamu bukan ayah aku, ayahku ialah orang yang tidur bersama ibuku selama ini", balas anak kecil tersebut.

Mendengarkan perkataan tersebut, lelaki ini menjadi berang. Barulah dia tahu selama ini isteri yang sangat di cintai telah curang kepadanya. Serta merta perlakuannya berubah. Tiada lagi kemesraan dan kerinduan yang terpancar sebelum ini.

Beberapa hari berlalu, pada suatu hari si isteri berkata kepada suaminya. Suamiku masihkah kau ingat akan perjanjian kita? Pada ketika itu, kita berjanji sekiranya engkau di bebaskan, kita sekeluarga akan menunaikan umrah. Kata isterinya dengan penuh sopan seperti biasa.

Namun, suaminya menjadi marah apabila mendengarkan ucapan itu. Lantas akibat mengikut gejolak perasaan ketika itu, beliau telah menolak isterinya sehingga jatuh dari tangga rumah mereka.

“Kau tidak layak mengunjungi rumah Allah, kau perempuan kotor..” akhirnya lelaki itu melampiaskan kemarahan yang di pendam selama ini.

Tiba-tiba, anak kecil mereka berlari-lari kepada ayahnya sambila membawa sekeping gambar.

“Pak cik, lihat ini, inilah ayahku, yang di tiduri ibuku selama ini. Suatu hari aku sangat berkeinginan untuk tidur bersama ibu, tetapi ibu berkata, tidak anakku, aku hanya akan tidur bersama ayahmu sambil ibu memeluk erat gambar ini.” kata anak kecil itu.

Lantas lelaki itu mengambil gambar tersebut, alangkah terkejutnya dia kerana gambar tersebut adalah gambarnya. Malang sekali anak kecil itu tidak dapat mengenalinya kerana rupa lelaki tersebut telah sedikit berubah setelah tiga tahun berlalu..
Oh isteriku, barulah dia tersedar, dia telah melakukan kesilapan kerana telah meragui kesetiaan isterinya selama ini. Namun segalanya telah berlaku, isteri yang telah di tolak tadi telah mengalami lumpuh seumur hidup..Walau seribu kali maaf di ucapkan, isterinya tidak mungkin kembali seperti asalnya.

Wahai orang-orang yang beriman, jika datang kepada kamu seorang yang fasiq membawa sesuatu berita, maka selidikilah (untuk menentukan) kebenarannya, supaya kamu tidak menimpakan sesuatu kaum dengan perkara yang tidak diingini - dengan sebab kejahilan kamu mengenainya - sehingga menyebabkan kamu menyesali apa yang kamu telah lakukan. Al-Hujurat ayat 6:


Islam agama yang cukup sempurna. Setiap aspek kehidupan kita, ada panduan di jelaskan di dalamnya. Keadilan dalam menegakkan hak sesama manusia sangat di beratkan di dalam islam. Hak ini tidak terhad kepada sesama muslim sahaja. Akan tetapi kepada seluruh manusia, hatta dengan musuh sekalipun.



KAITAN JUSTICE (KEADILAN) DAN HUMAN RIGHTS ( HAK ASASI MANUSIA)

Perumpamaannya begini, ambil sekeping note RM 50 yang baru anda keluarkan daripada mesin ATM dan remukkan dengan menggenggamnya. Kemudian anda buka, adakah nilainya masih sama? Tentu sekali jawapannya, ya, ia masih bernilai RM 50. Sekarang, ambil lagi dan anda pijak-pijakkan note tersebut. Sekarang ini adakah nilainya masih sama? Atau telah berubah kepada rm 10?Begitulah jua halnya dengan hak mendapat keadilan bagi seseorang manusia.

Di dalam kisah tadi, walau apa pun yang berlaku atau bagaimana buruk pun perlakuan seseorang manusia itu, haknya sebagai seorang manusia masih perlu di tegakkan. Yang buruk itu adalah perlakuannya, bukanlah manusia itu sendiri.

"Wahai orang-orang yang beriman, jadilah kamu orang-orang yang menegakkan keadilan bagi Allah, bersaksi dengan keadilan, dan janganlah kerana kemarahan kamu terhadap sesuatu kaum menyebabkan kamu tidak berlaku adil. Hendaklah kamu berlaku adil kerana keadilan itu lebih hampir kepada taqwa. Bertaqwalah kamu kepada Allah, sesungguhnya Allah Maha Mengetahui apa yang kamu lakukan."Al-Maidah ayat 8


Wallahua’lam..

Allahumma salli ala saiyyidina muhammad..

Friday, February 26, 2010

0 Komentar

Salam maulidur rasul..semoga kita semua sentiasa berusaha mengaplikasikan sunnah Rasul SAW dalam setiap aspek kehidupan iAllah..

Wahai seorang kekasih
Telah lama kau dirindui
Pilu sedih dalam kerinduan
Menangis pun tak berair mata
Namun hati tetap gembira
Syafaatmu menanti disana

Sungguh tabah nya hatimu
Menaggung derita yg melanda
Biarpun perit, pedih tersiksa
Kerana umat kau tempuhi jua

Wahai rasul kaulah segalanya
Contoh terbaik umat akhir zaman
Akhlak mu tinggi kan kami jejaki
Sifatmu sempurna pelangkap peribadi

Wahai rasul kami merindui
Sinaran wajahmu mendamaikan jiwa
Manis senyumanmu penawar hiba
Di hati kami kaulah segalanya....

-lirik wahai kekasih-nazrey (album nostalgia the zikr)

WHO KILLED HASSAN AL-BANNA?

Saturday, February 06, 2010

0 Komentar
Salam buat semua, pagi ni saya jalan-jalan di youtube, kemudian terjumpa video-video ini, sangat bagus dan saya terasa ingin berkongsi dengan semua..Selamat menonton dan semoga bermanfaat..

p/s : sila 'pause' kan mp4 ayat al-quran di sebelah kiri blog ini, sebelum anda menonton.











AYAH

Wednesday, February 03, 2010

2 Komentar
Salam buat semua, moga dalam terus-terusan memburu cinta Ilahi.Ramai juga sahabat yang komen kepada saya untuk artikel bertajuk 'lelaki' yang saya post seminggu lepas. Ada yang positif dan juga negatif. Walaubagaimanapun, saya menerima semuanya. Cuma saya harap artikel ringkas saya itu tidak disalah tafsirkan. Bukanlah saya maksudkan tidak ada lelaki yang berkualiti. Cuma saya bimbangkan kuantitinya sahaja, jika hendak dibandingkan dengan kuantiti wanita atau muslimat.Teringat saya artikel seorang sahabat berkenaan dengan lambakan muslimah solehah .Apabila masalah sebegini berlaku tentunya poligami disenaraikan sebagai salah satu jalan penyelesaian. Namun sedarkah kita, ketempangan pengkaderan lelaki berkualiti alias soleh adalah punca utama lambakan muslimah solehah!Walaubagaimanapun, sebaliknya berlaku, wanita @ muslimat seringkali di salahkan, dengan alasan mahu menolak poligami, terlalu mengikut emosi, pentingkan diri sendiri dan sebagainya.Wallahualam, saya tidak menolak poligami sebagai jalan penyelesaian, namun cuma mahu mengajak para pembaca berfikir akan punca masalah sebenar dan berusaha ke arah jalan penyelesaian terbaik di antara yang terbaik.

SIAPAKAH LELAKI BERKUALITI?

Mudah sekali soalan ini.Ciri-ciri lelaki sejati atau berkualiti tentu sekali ada pada Rasul junjungan mulia S.A.W.Terlalu banyak kisah tentang kehebatan baginda dalam apa jua posisi.Juga terlalu ramai tokoh-tokoh baik dizaman Rasul, Sahabat,tabi' tabi'in sehinggalah ke era kini, boleh di jadikan panduan. Cuma bagaimana kita mencontohi dan mengambil ibrah itulah yang menjadi ukurannya.

Dalam tahun 2006, ketika masih belajar di UTMKL, saya telah mengikuti satu kursus kepimpinan.Antara slot yang tidak dapat saya lupakan adalah berkenaan mencari idola atau tokoh untuk kita jadikan pembakar semangat dalam membina kejayaan.Slot tersebut telah disampaikan oleh seorang kaunselor, juga dari UTMKL. Beliau menyatakan tokoh terbaik yang perlu dijadikan contoh adalah ibu dan bapa kita sendiri.Ini kerana siapa pun mereka baik seorang peguam, pensyarah, doktor, guru, nelayan hatta seorang pengemis sekalipun, merekalah orang yang telah berjaya melahir dan membesarkan kita sehingga kini. Justeru merekalah yang sangat perlu menjadi idola utama dalam diri kita.Kualiti yang ada dalam diri mereka tidak dapat kita gambarkan walau dengan jutaan tulisan. Kualiti inilah yang perlu kita gali.

Berbalik kepada persoalan lelaki berkualiti, pada saya panduan terbaiknya adalah kualiti yang ada kepada seorang insan yang bergelar bapa, ayah, abah, abi, walid atau apa jua gelaran.

UNTUKMU AYAH

Lelaki utama dalam hidup saya ialah ayah saya.Saya sangat rapat dengan ayah, sangat mengagumi beliau.Setiap patah perkataannya sentiasa memberi motivasi dalam diri saya.Pada saya ayah seorang lelaki yang sangat hebat. Beliaulah wira saya. Walaupun ayah tidak pernah menjejakkan kaki ke Sekolah menengah sekalipun, tetapi akhlak dan kualiti beliau tiada tandingan pada saya.

Ayah dilahirkan sebelum Malaysia mencapai merdeka. Kisah pahit maung hidup dalam peperangan tidak pernah beliau lupa. Ketika berumur 12 tahun, ayah sudah mula hidup sendiri. Setiap hari bangun pagi, dengan memikirkan bagaimanakah cara mendapat sesuap rezeki untuk diri sendiri. Namun ayah sentiasa gigih, setia meneruskan perjalanan walau apa jua cabaran.Sehingga ayah dewasa, berkahwin dengan emak dan membesarkan kami enam beradik. Semuanya dengan usaha gigih beliau sendiri. Walaupun tidak mewah, dari kecil sehingga kini saya tidak pernah merasa kekurangan. Apa jua yang di hajati pasti di penuhi ayah.Masih saya ingat, ayah lah yang setia menghantar dan menjemput saya dengan basikal tuanya di sekolah suatu masa dahulu. Ayahlah yang bersusah payah menghantar keperluan saya dengan motosikalnya semasa saya tinggal di asrama suatu ketika dahulu.Ayah tidak pernah merasa penat.Sentiasa berusaha memberi yang terbaik untuk anak-anaknya.



Ayah sentiasa menjaga kualiti rezeki yang diterimanya. Setiap hari ayah akan bertolak 2 atau 3 jam awal ke tempat kerja. Katanya biar berkat hasil yang di peroleh.Seumur hidup ayah tidak pernah berhutang. Katanya hutang itu pemusnah hidup. Beliau sanggup mengayuh basikal selagi wang simpanan untuk membeli motosikal belum cukup.Tatkala orang lain bergaya dengan kereta, ayah masih setia dengan motosikalnya, kerana tidak mahu berhutang. Tatkala orang lain membuat pinjaman bank untuk memiliki rumah yang lebih baik, ayah berusaha membina sendiri sedikit demi sedikit rumah kedua buat kami sekeluarga.

Ayah sentiasa menjaga solatnya. Ayah juga sangat akrab dengan masjid.Sehingga kini masanya lebih banyak dihabiskan di masjid berbanding dirumah. Masjid adalah rumah rehatnya. Tempat beliau merancang hidupnya, tempat beliau mengadu masalahnya.

Ayah sangat menjaga pemakanannya.Sepanjang hidup bersama ayah, saya tidak pernah melihat beliau menambah nasinya. Katanya makan apabila perlu. Ayah juga makan sedikit sahaja. Lebih sedikit dari saya sendiri. Kata ayah orang yang menjaga makan, hidupnya panjang.Ayah juga tidak pernah minum air bergula atau berais bersama nasi. Air masak sahaja permintaannya. Kata ayah, air itu penyebab penyakit.

Ayah sangat peka dengan isu semasa. Politik, sukan, ekonomi menjadi kegemarannya. Kata ayah, jika hidupnya tidak susah suatu masa dahulu, pasti beliau sudah bergelar YB sekarang.Saya juga kadang-kadang termalu sendiri jika ayah lebih mendahului isu berbanding saya.

Terlalu banyak tentang ayah jika hendak di senaraikan.Walaupun ayah tidak pernah tahu menggunakan komputer, apatah lagi membuka blog, namun post ini saya tujukan khas buat ayah.Oh ayah, kualiti dirinya tidak tercapai rasanya oleh saya, walaupun beliau telah menghantar saya ke Universiti.

Lagu di bawah ini saya tujukan khas buat ayah dan juga buat para lelaki yang sentiasa berusaha menambah kualiti diri. Wallahualam...


LELAKI

Sunday, January 17, 2010

2 Komentar
Salam buat semua pengunjung blog ini, moga berada di bawah rahmat Ilahi. Pernahkah anda mendengar isu berkaitan kurangnya pelajar lelaki di Institusi Pengajian Tinggi? Saya yakin pasti semua mengakuinya kerana saya juga yakin pengunjung blog ini terdiri daripada mereka-mereka yang sangat peka dengan isu semasa. Saya tidak pasti bilakah isu ini mula berlegar. Namun, saya sangat pasti ianya tidak pernah usai sehingga kini, walaupun sudah tidak lagi di bahaskan. Mungkin masyarakat kita sudah lali dengan isu ini serta keadaan majoritinya pelajar perempuan atau wanita di mana-mana sudah menjadi biasa.Sudah menjadi adat.

LELAKI KIAN PUPUS?

Saya masih ingat ketika pertama kali menjejakkan kaki ke menara gading. Waktu itu saya masih berumur 17 tahun dan diterima masuk ke Universiti Teknologi Malaysia, City Campus, Kuala Lumpur (Kini di gelar International Campus). Pada Minggu Haluan Siswa (MHS), seorang fasi membangkitkan persoalan ini kepada semua pelajar baru.

" Saya nak tanya satu soalan kepada anda semua, agak-agaknya kenapa ye pelajar lelaki selalu je minoriti kat Universiti? Kita tengok hari ini, satu barisan je pelajar lelaki, selebihnya semua perempuan", penuh lantang dan bersemangat fasi tersebut bertanya, memandangkan audience yang dihadapi lebih daripada seratus orang.

" lelaki tak minat belajar ", jauh kedengaran suara-suara sumbang daripada anonymous yang tidak berani memperkenalkan diri.

" lelaki dah pupus " ,suara anonymous yang lain pula berbunyi, di sambut dengan hilai tawa dari semua.

Seminit kemudian seorang pelajar lelaki mengangkat tangan untuk menjawab.

"Pada pandangan saya ramai di kalangan pelajar lelaki yang pilih untuk sambung belajar di luar negara, sebab tula kat dalam ni sikit je", kata beliau dengan begitu confident

" Betul-betul " , semua pelajar lelaki menyahut di sertai dengan tepukan tanda berpuas hati.

" Oh ye betul jugak kan, perempuan susah sikit nak sambung kat oversea", fasi tersebut yang juga seorang lelaki mengangguk-angguk menyetujui jawapan tersebut.

Saya yang sekadar menjadi pemerhati ketika itu, hanya tersenyum sendiri. Pada saya jawapannya mngkin ya, dan mungkin juga tidak.

MASALAH SISTEM PENDIDIKAN

Ok class, today, our essay's topic is "Women are better than Men in study" , lets come out with the point, kata pensyarah subjek English Writing semasa saya berada di Centre for Languages and Pre- Academic Development (CELPAD), IIUM.

"But first of all sir, I dont agree with this topic, supposed to be "Men are better than Women", seorang pelajar kelas saya menyatakan ketidakpuasan hatinya pada tajuk yang diberikan.

"No I think that is reality, in term of study, Women is always better than Men." saya pula menyampuk, terasa ingin juga mengambil bahagian.Sememangnya isu mempertahankan kaum atau gender masing-masing seringkali menarik perhatian untuk perbahasan.

" Nevermind, it is ok dear, just think that it is just a topic for your essay, no need to think so out of box, we did'nt have enough time to discuss about reality. Just settle up your essay with the logical point and most importantly, without grammatical error", Pensyarah saya kemudiannya menyudahkan perbahasan yang kian hangat hasil tokok tambah daripada pelajar-pelajar lain. Biasanya isu akan jadi lebih panas apabila pelajar International mula bersuara. Ada sahaja idea bombastic yang akan keluar dari benak mereka.

"Ok my first point is probably Men always prefer to study with physical things, rather than teorically reading, memorizing and others. But our education system now mostly focus on teory which are more expert by Women. That is why, they are being excellent in academic ", seorang pelajar lelaki kelas tersebut menyampaikan pandangan beliau.

" Yes, I agree sir, that is why we can see that most of boys prefer to study in technical school compared to girls, and after that they prefered to work as soon as possible. Furthermore, Man is leader and responsible for their family", satu lagi pandangan bernas lahir.

Kali ini saya bersetuju dengan pandangan-pandangan tersebut. Namun persoalan lain yang timbul di benak saya, adakah benar sistem pendidikan yang ada sekarang ini, baik di Malaysia tercinta atau di luar negara, tidak membantu perkembangan pelajar lelaki, sekaligus menyebabkan kemerosotan bilangan mereka di Universiti, hari demi hari? Saya pernah terbaca suatu kajian yang di buat oleh Universiti Pendidikan Sultan Idris ( maaf link tidak dapat disertakan kerana di dapati sudah tiada) bahawa sistem pendidikan yang kita warisi daripada British pada masa kini, juga mencedok kesan semangat feminisme yang menyerap masuk dalam sisitem pendidikan di London suatu masa dahulu.Semangat memeprtahankan nasib kaum wanita yang timbul pada masa itu telah memaksa kerajaan British merombak sistem pendidikan mereka kepada sistem yang lebih dapat dikuasai oleh pelajar perempuan.Kajian menarik yang dibuat itu pada saya perlu di sebar luaskan, agar mereka-mereka yang berjuang di medan pendidikan dapat berbuat sesuatu untuk masalah ini.

PEDULIKAH KITA?

"Menjaga lembu sekandang lebih mudah daripada menjaga seorang anak perempuan".Ungkapan ini bisa saja di dengar di mana-mana, apatah lagi dari mulut orang tua-tua, termasuk daripada orang tua saya. Menariknya ayah saya menambah, "sekarang ni anak lelaki ke perempuan sama je, lelaki kadang-kadang lebih susah".
Kekurangan lelaki yang berkualiti di dalam masyarakat pastinya mengheret umat sedikit demi sedikit ke lembah kemunduran dan kebinasaan.

Justeru pada saya, tidak guna kita hanya mengeluh, mengkaji masalah, membuat analisa tanpa ada usaha ke arah penyelesaian masalah. Mulakanlah dari dalam diri yakni pembinaan diri agar lebih 'berkualti'. Buat para lelaki khusunya dan para wanita bagi melahirkan generasi lelaki-lelaki yang berkualiti.

Sekadar sedikit perkongsian tentang isu yang tiba-tiba singgah di minda..(^_^)Wallahualam..

SOALNYA HATI

Friday, January 15, 2010

4 Komentar
Salam buat semua, moga dalam rahmat dan perhatian Allah SWT.Sudah agak lama juga saya membiarkan blog ini sepi tanpa post terbaru, sampai saya juga kadang-kadang gerun untuk mengunjungi blog sendiri. Namun tidak mengapalah, kerana sememangnya daripada awal niat saya menubuhkan blog, hanya sebagai mengisi masa lapang. Saya juga bukanlah arif dalam bidang penulisan, cuma kadang-kadang apabila terasa ingin meluahkan sesuatu, saya sampaikan di sini. Mungkin juga kerana sudah lama saya meninggalkan alam penulisan diari.=)

PEMINAT YANG TIDAK DI DUGA

"Apa khabar kak"? tanya saya berbahasa tatkala pertama kali berkenalan dengan seorang kakak dalam satu program muslimat.

"Baik alhamdulillah, erm..adik, name ape?"tanya muslimat tersebut sambil mengerutkan kening.

"Masyitah." jawab saya sambil cuba menghidangkan senyuman manis

"Penulis blog 'Bukan Cinta Biasa' yer? tanya dia lagi.(Merujuk kepada title lama blog saya)

"Hah, ya ya" kali ini saya pula menjawab dengan kening yang berkerut.

"Akak selalu jugak ikut blog awak" katanya sambil tersenyum.

Saya hanya mampu membalas dengan senyuman tawar. Rasa malu pula apabila mengenangkan blog selalu sahaja di biarkan 'bersawang'.

"Salam, mas apa khabar?",saya menerima mesej melalui 'Yahoo Messengger' beberapa hari lepas. Dari seorang kakak yang sama-sama berjuang dengan saya dalam Nisa' Wangsa Maju suatu ketika dahulu. Kini beliau menetap di U.S.

"Baik alhamdulillah, akak sihat?"
"Alhamdulillah"
"sekarang winter ke?"
"A'ah sejuukkkk sangat"..
"Owh bestnya, saya pun sejuk jugak skang walaupun cuma kat UIA..(^_^)
"Mas, akak selalu ikut blog awak tau", nice..
"Owh, yeke.huhu,"
"Tapi lama dah tak upadate tu"
"Huhu, maafla kak, kadang-kadang bz xsempat,kadang-kadang xde idea nak menulis, IAllah ada masa nanti saya cuba update"
"Ok, no prob I'm waiting"
"huhu, iAllah kak, thanks, really appreaciate it"..
"My pleasure"..(^_^)

Begitulah serba sedikit perbualan ringkas saya dengan beliau. Entah bagaimana mahu di terjemahkan perasaan saya. Yang pasti, perasaan 'segan' ( dalam pemahaman orang utara) lebih mengusai diri.

Saya tidak menyangka tanpa sedar, ramai yang mengikuti blog daif ini, apatah lagi orang yang langsung tidak saya kenali. Cerita di atas cuma sebahagian daripada feedback yang saya dapat.Namun ianya sudah cukup membuatkan saya gerun mendengarnya. Gerun kerana ketidakmampuan diri dalam 'memberi' yang terbaik.

SESUATU YANG LAHIR DARI HATI, AKAN SAMPAI KE HATI

Terima kasih buat sahabat seperjuangan saya Achik, yang memperkenalkan saya kepada falsafah 'memberi' di atas. Dahulu, saya seringkali membuat draft bagi pengisian ke blog ini, namun entah mengapa saya seringkali gagal mengakhirkan penulisan tersebut sebagai new post.Saya juga tiada jawapan untuk itu apabila di tanya. Namun kini mungkin saya boleh menjawab, post tersebut 'bermasalah', yakni tidak benar-benar lahir daripada hati. Jadi ianya tidak lepas dari untuk di akses..=)

Kini, saya yakin dan percaya seandainya kita menulis adalah dengan niat untuk memberi dan menerima seadanya serta ianya benar-benar dari hati yang tulus, pasti ianya akan melekat ke jiwa-jiwa insan lain. Tak kurang juga pembalikan natijahnya kepada diri sang penulis.

Tidak mudah mencipta ikhlas, namun ianya bukan mustahil. Tanya pada diri, soal pada hati, bekal dengan iman..=)