BERSAMAMU RAMADHAN

Wednesday, August 26, 2009

Salam ramadhan buat semua, moga hari-hari anda terasa semakin lebih baik. Hari demi hari, saya rasakan sangat pantas berlalu. Ramadhan kembali lagi, dan syukur saya dapat mengecapinya lagi pada tahun ini.

Seketika saya tersedar, sudah beberapa tahun saya menyambut Ramadhan di tempat yang berbeza, bermula di Kolej Pertama UTMKL, Syajaradul Dhur (SD), Raudhatul Nasuha + Al-Muttaqin dan kini di UIAM. Moga perubahan-perubahan ini lebih meningkatkan prestasi pencapaian saya dalam meniti Ramadhan.

Yang pasti, bumi UIAM banyak memberi kesan dalam tarbiyyah diri saya. Semasa kuliah Riyadatussalihin beberapa minggu yang lepas, Ustaz yang menyampaikan kuliah ( maaf saya tidak ingat namanya), ada menyatakan bahawa tempat ini berkat dengan banyaknya kunjungan dari para ulama'. Saya tidak tahu sejauh mana kesohehannya. Namun, sedikit sebanyak saya menyetujuinya. Bumi ini sentiasa dipenuhi dengan majlis-majlis ilmu . Bukan 1 @ 2, malah berpuluh-puluh pertubuhan yang berlumba-lumba menganjurkannya. Terpulang kepada diri sendiri sama ada ingin menyahutnya ataupun tidak.

Bersempena dengan hadirnya Ramadhan kali ini, saya menyeru kepada diri sendiri dan sahabat-sahabat UIAM untuk kita sama-sama kita muhasabah sejauh mana peluang-peluang di depan mata ini di rebut sepenuhnya oleh kita. Moga ianya menjadi titik tolak kepada suatu reformasi.

JUST A CUP OF TEA..
WED, 3.24 am
SHAFIYYAH 1.6 E, IIUM.

No comments: