KEMBALI KE MEDAN ILMU

Friday, July 03, 2009

Segala puji dan syukur di panjatkan kepada Ilahi kerana sehingga kini kita masih di berikan nikmat Iman dan Islam. Semoga setiap daripada kita sentiasa berusaha menjadi insan-insan yang bersyukur.

Alhamdulillah setelah hampir genap setahun mencari pengalaman bekerja, saya kemudiannya mengambil keputusan untuk menyambung semula pengajian. Tanggal 28hb Jun yang lepas saya telah pun mendaftar sebagai Pelajar Ijazah Sarjana Muda Perakaunan, UIAM.

Ketika ini, hampir seminggu saya berada di sini. Minggu pertama di UIAM, kami pelajar-pelajar baru di’sambut’ dengan 3 ujian. Tilawah Placement Test (TPT), English Placement Test (EPT) dan Arabic Placement Test (APT) . Alhamdulillah ketiga-tiganya telah usai saya jalani. Mohon doa agar saya lepas ketiga-tiganya.

Semasa taklimat ujian dijalankan, kami dibentangkan dengan matlamat dan objektif universiti menjalankan ujian-ujian tersebut. Untuk APT dan EPT tidak perlu dihuraikan kerana kita semua sedia maklum akan bahasa pengantaraan di UIAM. Saya sagat tertarik dengan matlamat UIAM melaksanakan TPT. Mereka menggariskan setiap pelajar yang keluar daripada UIAM mestilah boleh membaca Al-Quran dengan betul.

Dalam pengamatan saya semasa belajar di UTMKL, dan juga hampir seminggu bergaul dengan sahabat-sahabat baru di UIAM, saya dapati tidak ramai mahasisiwa Islam yang fasih membaca Al-Quran. Apatah lagi jika diteliti tajwidnya. Justeru tindakan UIAM mewajibkan subjek Al-Quran untuk pelajar yang tidak melepasi TPT amatlah saya setujui. Malah jika sekiranya dasar ini dibuat di semua Universiti, alangkah baiknya.

Bayangkan seorang mahasiswa Islam Institut Pengajian Tinggi merangkak-rangkak melafazkan ayatullah, justeru saya terfikir bagaimana pula lagaknya mereka yang tidak perrnah langsung menyambung pengajian?? Wallahualam..Moga keadaan sebenar jauh seperti yang saya bayangkan.

Kadang-kadang saya terfikir apakah silibus pedidikan Islam disekolah yang ada sekarang masih belum memadai? Bagaimana pelajar-pelajar yang berbaris A nya di dalam slip SPM (termasuk subjek pendidikan Islam) mengalami masalah yang bukan sedikit dalam pembacaan Al-Quran? Saya berharap ada pihak yang mengambil perhatian akan hal yang besar ini.

Belajar di UIAM pernah menjadi impian saya suatu ketika dahulu. Namun hajat itu Allah makbulkan dikala saya tidak pernah menjangkakannya. Betullah kata bekas naqibah saya di sekolah dahulu, Allah lebih tahu apa yang kita perlukan pada masa dan ketikanya. Allah telah menetapkan transit dunia pembelajaran saya di UTMKL terlebih dahulu, kerana banyak yang saya akan pelajari dan temui di sana. Justeru, sehingga kini UTM sentiasa di hati..(^_^)

Minggu depan taaruf week akan bermula, moga keadaan pada minggu depan lebih baik untuk saya.Sehingga berjumpa lagi..Wslam..

MASYITAH
FRIDAY, 1.00 P.M
ITD,IIUM

2 comments:

Kalam Bicara said...

Betul la Mas... baru saya ingat.. akhir memang balik ke UIA juga... hjg minggu mai la makan nasi kat rumah.. sg pusu jer pun...

MASYITAH said...

beqeh2..rezeki xbleh tolak..akh zikr jgn cakap je dahla..nnt kena sound dengan akh syuk pasal surah as-saff..haha