Wednesday, July 29, 2009

4 Komentar
Salam kerinduan buat semua adik-adik, sahabat-sahabat seperjuangan dan juga kakak-kakak yang sentiasa mendoakan saya. Moga doa saya juga sampai buat antum..

Syukran buat semua yang sentiasa meluangkan masa menjenguk ke blog saya, walaupun jarang sekali di update. Permohonan saya, jika anda teringatkan saya, atau lawati blog saya, tolong sedekahkan alfatihah buat saya, moga dengannya anda dan saya memperoleh keberkatan.

Banyak sudah perkara yang saya coretkan sebenarnya, namun setelah di tapis dan di kaji semula, saya membuat keputusan untuk tidak memanjangkannya di sini. Entah mengapa, saya tiada jawapannya.

Kali ini saya cuba lagi untuk bercerita, walaupun tidak arif dalam menyusun ayat, tapi saya cuba juga seadanya.

Saya ingin ceritakan kepada semua tentang kepentingan dalam memaksimumkan masa dalam menuntut ilmu. Sehari-harian bergelar pelajar ketika ini, kehidupan saya lebih selesa berbanding sewaktu bekerja.Saya lebih selesa untuk menyusun jadual harian. Tidak lagi terikat dengan tugasan bagi memaksimumkan keuntungan.

Ramai adik-adik yang bertanya pendapat saya tentang penyusunan aktiviti seharian mereka. Entahla, saya juga tiada jawapan terbaik buat mereka. Saya hanya boleh berkongsi pengalaman yang sedikit cuma. Namun keputusan dan praktikalnya bergantung kepada diri masing-masing.

Bagi saya, dimana jua kita berada, carilah ilmu sebanyak mungkin. Maksimakan ‘keuntungan’ anda.

Saya kini dalam proseskan memaksimakan penguasaan dalam bahasa inggeris. Kadang-kadang bila difikirkan kembali , saya rasa pelik, dari bangku tadika hinggalah kini ( lebih kurang 16 tahun) , bahasa ‘mat saleh’ itu begitu sukar sekali untuk di kuasai. Entah dimana silapnya.Saya juga masih teraba-raba.

“tak payah susah-susahla belajar bahasa kafir laknatullah tu”, ko belajar bahasa arab lagi baik”… kata-kata seorang sahabat semasa di UTMKL masih terngiang-ngiang di telinga saya. Sekadar gurauan cuma, namun ianya cukup ntuk menyedapakan hati saya tatkala pening menyiapkan esei yang panjang.Juga tatkala hampir termuntah menghabiskan bacaan yang sukar.

Walaupun begitu, saya bersyukur, berada di UIAM, hampir setiap hari saya mendapat motivasi untuk lebih menguasai bahasa yang satu ini. Dari mula di bilik kuliah, kawan-kawan dan jua suasana disini, semuanya alhamdulillah sangat membantu. Pensyarah jua sentiasa berpesan mengenai peranan kita sebagai khalifah moden era kini, dalam menyampaikan risalah islam menggunakan bahasa yang sedang di kagumi dunia ketika ini.

Banyak sebenarnya yang boleh dibuat oleh para daie apabila sangat menguasai bahasa inggeris. Tidak kira bagi mereka yang berada dalam kelompok pelajar agama atau akademik.Dalam era manusia sangat memandang kepada material dan ilmu duniawi kini, peranan kita menjadi pakar dalam perkara-perkara ini boleh menghasilakan output da’wah yang bukan sedikit.

Saya masih mencari-cari resipi penguasaan ini. Moga saya boleh berkongsi dengan semua suatu masa nanti.Doakan saya..

Wsalam..

MASYITAH
TUESDAY, ITD,IIUM

Tolong Beritahu Si Dia

0 Komentar
Tolong beritahu si dia, aku ada pesanan buatnya..
Tolong beritahu si dia, cinta agung adalah cintaNya..
Tolong beritahu si dia, cinta manusia bakal membuatnya alpa..
Tolong nasihati sia dia, jangan menyintaiku lebih dari dia menyintai Yang Maha Esa..
Tolong nasihati si dia,jangan mengingatiku lebih dari dia mengingati Yang Maha Kuasa..
Tolong nasihati si dia, jangan mendoakanku lebih dari dia mendoakan ibu bapanya..
Tolong katakan pada si dia, dahulukan Allah kerana di situ ada syurga..
Tolong katakan pada si dia, dahulukan ibu bapanya kerana di telapak itu syurganya..
Tolong ingatkan si dia. Aku terpikat kerana imannya bukan rupa..
Tolong ingatkan si dia. Aku lebih cintakan zuhudnya bukan harta..
Tolong ingatkan si dia. aku kasihinya kerana santunnya..
Tolong tegur si dia, bila dia mula mengagungkan cinta manusia..
Tolong tegur si dia, bila dia tenggelam dalam angan-angannya..
Tolong tegur si dia, andai nafsu mengawal fikirannya..
Tolong sedarkan si dia. Aku milik Yang Maha Esa..
Tolong sedarkan si dia. Aku masih milik keluarga..
Tolong sedarkan si dia, tanggungjawabnya besar kepada keluarganya..
Tolong sabarkan si dia, usah ucap cinta di kala cita-cita belum terlaksana..
Tolong sabarkan si dia, andai diri ini enggan dirapati kerana menjaga batasan cinta..
Tolong pesan padanya. Aku tidak mahu menjadi fitnah besar kepadanya..
Tolong pesan padanya. Aku tak mahu menjadi punca kegagalannya..
Tolong pesan padanya aku membiarkan Yang Esa menjaga dirinya..
Tolong khabarkan pada si dia. Aku tidak mahu melekakan dia..
Tolong khabarkan pada si dia. Aku mahu dia berjaya dalam impian dan cita-citanya..
Tolong khabarkan pada si dia, jadilah penyokong dalam kejayaanku..
Tolong sampaikan pada si dia. Aku mendambakan cinta suci yang terjaga..
Tolong sampaikan pada si dia,cinta kerana Allah tidak ternilai harganya..
Tolong sampaikan pada si dia, hubungan ini terjaga selagi dia menjaga hubungan dengan Yang Maha Kuasa..
Tolong sampaikan kepada si dia kerana aku tidak mampu memberitahunya sendiri….

Hanya engkau Ya Allah mengetahui siapa si dia..

Moga pesananku sampai padanya walau aku sendiri tidak mengetahui siapa dan dimana si dia..
Moga dia seekor lebah yang sentiasa memuji keagungan Yang Maha Kuasa memasuki taman larangan dengan sopan santunnya dan bertemu mawar berduri yang terjaga oleh tuannya..

Simpanlah pesanan ku ini sehingga engkau bertemu diriku suatu hari nanti…

Kerana aku sedang menanti dia
Seorang lelaki yang akan bergelar suami
Seorang mukmin yang merindui syahid di jalan ALLAH
Seorang hambaNYA yang senantiasa zikrullah

Dia seorang lelaki yang tegas dan berani
Dia tidak pernah takut untuk berkata benar
Dia tidak pernah gentar melawan nafsu yang ingin menguasai diri
Dia sentiasa berjuang berjihad fisabilillah

Dia selalu menghiburkan diri
Dengan alunan ayat-ayat suci Al-Quran
Dengan zikir-zikir munajat
Dengan surah-surah rindu yang dihafaznya

Dia memang sentiasa kelihatan penat
Matanya penat kerana membaca
Suaranya lesu kerana penat mengaji dan berzikir
Badannya letih kerana bermunajat di malam hari

Dia sentiasa mengingati mati
Baginya,dunia ini adalah pentas lakonan semata-mata
Kita hambaNYA adalah pelakon
Hasil keputusan lakonan kita akan diputuskan di padang Mahsyar nanti

Dia sentiasa menjaga matanya dari memandang bukan mahram
Dia sentiasa menjaga hatinya dari lalai kepada wanita
Dia sentiasa menjaga lisan dan akhlaknya
Dia seorang yang penyayang dan taat akan kedua ibu bapa
Dia juga sentiasa berbakti untuk keluarga

Dia sentiasa tabah dan sabar dalam menghadapi dugaan
Baginya, dugaan-dugaan itulah yang akan menjahit semula
Sejadah imannya yang terkoyak
Lantaran mungkin kerana kekhilafannya sendiri

Dia sentiasa menjaga solatnya kerana itulah maruah dirinya
Dia sentiasa bersedia menjadi imam dan pemimpin keluarga
Dia tidak pernah berasa malu mempertahankan agama IslamNYA
Kerana Islam adalah addin ALLAH yang sebenar-benarnya

Dia sentiasa ingin mencontohi sifat-sifat mulia Rasullullah S.A.W.
Dia juga sentiasa berusaha mencintai kekasih agungnya
Kekasih sejatinya dan kekal abadi
Iaitu ALLAHURABBI

Dia selalu berdoa dan mengimpikan syurga
Kerana, di situlah tempat pertama wujudnya cinta

Siapakah dia..???
Aku juga tidak mengetahui siapakah dia
Hanya Engkau Yang Maha Mengetahui segala sesuatu
Doaku, semoga dia tercipta untuk ku
Semoga aku bertemu jodoh dengan dia
Kerana..
Dia pilihan ku..

KEMBALI KE MEDAN ILMU

Friday, July 03, 2009

2 Komentar
Segala puji dan syukur di panjatkan kepada Ilahi kerana sehingga kini kita masih di berikan nikmat Iman dan Islam. Semoga setiap daripada kita sentiasa berusaha menjadi insan-insan yang bersyukur.

Alhamdulillah setelah hampir genap setahun mencari pengalaman bekerja, saya kemudiannya mengambil keputusan untuk menyambung semula pengajian. Tanggal 28hb Jun yang lepas saya telah pun mendaftar sebagai Pelajar Ijazah Sarjana Muda Perakaunan, UIAM.

Ketika ini, hampir seminggu saya berada di sini. Minggu pertama di UIAM, kami pelajar-pelajar baru di’sambut’ dengan 3 ujian. Tilawah Placement Test (TPT), English Placement Test (EPT) dan Arabic Placement Test (APT) . Alhamdulillah ketiga-tiganya telah usai saya jalani. Mohon doa agar saya lepas ketiga-tiganya.

Semasa taklimat ujian dijalankan, kami dibentangkan dengan matlamat dan objektif universiti menjalankan ujian-ujian tersebut. Untuk APT dan EPT tidak perlu dihuraikan kerana kita semua sedia maklum akan bahasa pengantaraan di UIAM. Saya sagat tertarik dengan matlamat UIAM melaksanakan TPT. Mereka menggariskan setiap pelajar yang keluar daripada UIAM mestilah boleh membaca Al-Quran dengan betul.

Dalam pengamatan saya semasa belajar di UTMKL, dan juga hampir seminggu bergaul dengan sahabat-sahabat baru di UIAM, saya dapati tidak ramai mahasisiwa Islam yang fasih membaca Al-Quran. Apatah lagi jika diteliti tajwidnya. Justeru tindakan UIAM mewajibkan subjek Al-Quran untuk pelajar yang tidak melepasi TPT amatlah saya setujui. Malah jika sekiranya dasar ini dibuat di semua Universiti, alangkah baiknya.

Bayangkan seorang mahasiswa Islam Institut Pengajian Tinggi merangkak-rangkak melafazkan ayatullah, justeru saya terfikir bagaimana pula lagaknya mereka yang tidak perrnah langsung menyambung pengajian?? Wallahualam..Moga keadaan sebenar jauh seperti yang saya bayangkan.

Kadang-kadang saya terfikir apakah silibus pedidikan Islam disekolah yang ada sekarang masih belum memadai? Bagaimana pelajar-pelajar yang berbaris A nya di dalam slip SPM (termasuk subjek pendidikan Islam) mengalami masalah yang bukan sedikit dalam pembacaan Al-Quran? Saya berharap ada pihak yang mengambil perhatian akan hal yang besar ini.

Belajar di UIAM pernah menjadi impian saya suatu ketika dahulu. Namun hajat itu Allah makbulkan dikala saya tidak pernah menjangkakannya. Betullah kata bekas naqibah saya di sekolah dahulu, Allah lebih tahu apa yang kita perlukan pada masa dan ketikanya. Allah telah menetapkan transit dunia pembelajaran saya di UTMKL terlebih dahulu, kerana banyak yang saya akan pelajari dan temui di sana. Justeru, sehingga kini UTM sentiasa di hati..(^_^)

Minggu depan taaruf week akan bermula, moga keadaan pada minggu depan lebih baik untuk saya.Sehingga berjumpa lagi..Wslam..

MASYITAH
FRIDAY, 1.00 P.M
ITD,IIUM