TO ALL TEENAGER : COME AND JOIN
Monday, March 23, 2009
susun atur oleh: MASYITAH MD.HASSAN pada 1:58 PM 4 KomentarASSALAMUALAIKUM....
KEPADA SESIAPA YANG MEMPUNYAI ANAK REMAJA, ADIK, KAWAN ATAU SAUDARA DIKALANGAN REMAJA, MINTA DIPANJANGKAN JEMPUTAN KE :
MAJLIS PELANCARAN KELAB REMAJA ISLAM.
OBJEKTIF:-
1. Membentuk kumpulan usrah dari kalangan remaja Muslim lelaki dan perempuan di setiap kawasan khususnya dari kalangan anak- anak ahli.
2. Mewujudkan wadah sebagai paltform remaja Muslim berorganisasi, mengadakan aktiviti, serta mengasah bakat kepimpinan.
3. Suatu usaha dakwah kepada masyarakat kepada golongan muda khususnya remaja.
MAKLUMAT PROGRAM.
Tarikh : 28 Mac 2009 (Sabtu)/ 1 Rabiul Akhir 1430H
Masa : 8.00 pagi – 2.00 ptg.
Tempat : Markaz Tarbiyah PAS Pusat, Taman Melewar
PESERTA : Remaja Muslim lelaki dan perempuan yang berumur 13 -19 tahun
JUMLAH SASARAN : 200 ORANG
SASARAN PENYERTAAN :
1. Anak-anak Ahli dan pimpinan PAS.
2. Anak-anak penyokong PAS.
3. Bebas dan umum.
BENTUK PROGRAM:
1. Ceramah Motivasi Remaja Muslim Excellent
2. Pembentukan Kumpulan Remaja Dinamik dan perlantikan Mentor kumpulan (mengikut kawasan)
3. Bengkel Perancangan Aktiviti Kumpulan-Kumpulan.
4. Pembentangan Kumpulan.
5. Rumusan dan Penutup.
MENTOR : Naqib dan Naqibah dari kawasan-kawasan
ANJURAN : Lajnah Tarbiyah dan Perkaderan DPPWP dengan Kerjasama Nisa’ WP.
OUTREACH XPDC DAKWAH –PART 2
Friday, March 20, 2009
susun atur oleh: MASYITAH MD.HASSAN pada 1:03 PM 0 KomentarMohon maaf di atas kelewatan menyambung penceritaan.. Kesibukan sewaktu hari bekerja dan program di hari minggu tidak memudahkan saya untuk memperuntukkan masa bagi memperkembangkan penulisan. Namun saya cuba seadanya sedikit demi sedikit.
Hari ketiga di Sandakan, pihak kami terus dengan kerja-kerja menyampaikan sumbangan kepada penduduk di sekitar Kinabatangan. Keluasan tanah yang agak besar membuatkan perjalanan dari satu rumah ke satu rumah memerlukan kami menaiki kenderaan. Mujurlah pihak penganjur disana telah sediakan van sewa dengan pemandu yang efektif.Terima kasih tidak terhingga di ucapkan kepada Badan Perhubungan PAS Negeri Sabah di atas kesungguhan yang di tunjukkan.
Sementelaah program yang sangat memerlukan komitmen dan perbelanjaan yang besar ini, syukran jazilan diucapkan juga kepada Pihak HPA di atas sumbangan yang berjumlah agak besar dalam menjayakan misi ini. Moga perniagaan HPA terus maju dan menjadi salah satu penyumbang terbesar kepada kemajuan misi dakwah ummah..ameen
Destinasi terakhir bagi kami menyampaikan sumbangan pada hari ketiga ditutup dengan ceramah kelompok dan juga tayangan slide show berkenaan manifesto program, di salah sebuah rumah penghulu kampong dikawasan Bukit Garam. Pihak penghulu telah memohon maaf di atas kekurangan jemputan pada hari tersebut di sebabkan masalah sejarah sebelum ini. Katanya memandangkan sebelum ini beliau pernah diminta untuk mengumpulkan penduduk bagi sesuatu program ( pastinya bukan anjuran PAS ), akhirnya setelah sekalian ramai yang hadir, program dibatalkan saat akhir. Enggan mengambil risiko, penduduk yang datang sebahagian cuma. Namun bagi pihak kami, wamakaru wamakarullah, wallahukahirul makirin..tidak mengapa asalkan yang sedikit mendapat keberkatannya..mudah mudahan..
Tidak dilupakan rombongan kami yang lebih ramai di wakili anak muda, berkesempatan di ambil sebagai anak angkat oleh ibu-ibu disana Saya tidak ketinggalan , mendapat ibu angkat yang ketiga selepas johor dan Sarawak. Dan pastinya ibu kandung yang dicintai di Pulau-pinang. Mohon doa agar mak cepat sembuh..anak yang selalu saja tidak kesempatan pulang ke kampong hanya mampu kirimkan doa..
Hari ke empat adalah hari yang sangat penting buat rombongan kami kerana program Kaunseling Undang-undang dan hak ini bakal membincangkan topic yang menjadi tanda tanya sekian lama penduduk di sini. Jemputan ahli panel forum adalah Senator Mumtaz, Ahli Dewan Negara dan juga Hjh. Hazizah seorang peguam muda ,anak kelahiran Sabah yang memiliki firma guaman sendiri.
Diberi amanah sebagai MC majlis, saya tidak melepaskan peluang untuk bersama-sama sepenuhnya bersama ahli panel bagi mendengar permasalah penduduk berkenaan Undang-undang. Sedih , terkilan, kecewa dan pelbagai lagi perasaan yang timbul. Bayangkan mereka yang sudah tinggal lebih 20 tahun di Sabah masih belum mendapat hak penduduk tetap, tidak boleh membuat Kad pengenalan, dan yang paling menyedihkan ada juga dikalangan anak-anak mereka yang tidak dapat melanjutkan pengajian ke peringkat yang lebih tinggi akibat tiada dokumen pengenalan diri yang sah.
Namun yang peliknya setiap kali pilihan raya, mereka layak mengundi menggunakan kad pengenalan yang diperolehi serta merta, namun untuk urusan lain, kad pengenalan tersebut di dapati tidak sah. Melalui,pengamatan saya, di Malaysia, setiap jabatan kerajaan seperti KWSP, LHDN, dan banyak lagi, tidak mempunyai data yang terus daripada Jabatan Pendaftaran Negara. Oleh itu, penerimaan kad pengenalan diri adalah berbeza bagi setiap Jabatan. Mangsanya adalah rakyat, yang terpaksa melalui pelbagai karenah birokrasi. Lebih malang sekali sekiranya mereka berasal dari kawasan pendalaman Sabah, yang mana untuk pergi ke kawasan Bandar mengambil masa yang agak lama serta mereka pula dari kalangan masyarakat kategori miskin!! Tidak terbayang oleh kita, betapa kasihannya mereka di anak tiri kan dibumi sendiri.
Seterusnya ada yang terpaksa mengambil jalan belakang dengan membuat kad pengenalan menerusi agen haram ( pelik tapi benar kerana kad pengenalan ini didapati sah ) dan ada juga mengambil keputusan untuk pergi ke Indonesia, dan kemudian masuk semula ke Sabah menerusi passport. Aneh dan kasihan, inilah masalah yang telah sekian lama membelenggu masyarakat disini. Alhamdulillah sedikit usaha pihak Kempen Kita Bersaudara, dengan jemputan Ahli Dewan Negara, Senator Mumtaz telah berjanji akan membawa perkara ini ke Dewan Negara.
Acara forum yang pada awalnya agak formal bertukar sedikit kelam kabut akibat ramai dikalangan hadirin yang beratur untuk berjumpa dengan ahli panel bagi menyampaikan permasaalahan mereka. Ada juga yang terus membawa segala dokumen bagi dijadikan bukti. Walaubagaimanapun ahli panel kita yang sememangnya berjiwa rakyat setia membantu seadanya.
“ Kita cuba bawa perkara ini habis-habisan kepada mereka yang bertanggungjawab , minta mereka selesaikan dengan segera, jika tidak cukup tenaga kerja, kita tambah, kita selesaikan masalah, jika tidak boleh jugak, serahkan saja SABAH kepada kami”
itulah kata-kata daripada Senator Mumtaz sebelum mengakhiri ucapannya sekaligus mendapat tepukan gemuruh daripada hadirin.
Episod yang berlangsung pada petang itu menyaksikan seribu satu harapan kepada pihak kami dan juga hadirin yang mewakili suara rakyat Sandakan khususnya. Kepada mereka yang berkemampuan membantu, cuba lah sedaya anda. Tidak tergamak rasanya melihat rakyat kita merempat bak pengemis di bumi merdeka, Negeri Di Bawah bayu..
Selesai program, rombongan kami tidak melepaskan peluang melepaskan lelah sambil menikmati keenakan ikan bakar di Medan Ikan Bakar terkenal di Sandakan. Kali kedua makan selepas sampai ke sabah, kali ini agak berbeza dengan hadirnya Ahli Dewan Negara. Idola saya..
AKHIRNYA AIR MATAKU TUMPAH DISANDAKAN
Kami sampai di penginapan lewat 6petang, setelah solat maghrib, kami mengambil keputusan untuk “Jalan-jalan cari mad’u” dikawasan tembok Bandar Sandakan. Tempat ini menjadi tumpuan muda-mudi bagi melepaskan ‘lelah’ selepas waktu bekerja.
Terlewat sehari ke Sandakan menyebabkan saya dan 4 orang sahabat terlepas episod pertama dakwah di tembok. Muda mudi Islam menonggak Carlsberg tanpa mengetahui yang ianya adalah sejenis arak adalah cerita yang amat memilukan hati sesiapa yang mendengarnya. Benarlah kejahilan menyebabkan kita kufur dan akhirnya boleh dicampak ke neraka. Waiyazubillah..
Perbezaan mendekati mad’u di KL dan di Sandakan adalah dari segi penerimaan dan juga cara teguran. Masyarakat KL atau remajanya majoriti menghadapi masalah moral disebabkan faktor persekitaran, keluarga, masyarakat, kawan-kawan dan sebagainya. Di sini, selain faktor-faktor tersebut, faktor utama yang dapat kami simpulkan adalah
kejahilan atau dalam erti kata lain, Islam belum sampai sepenuhnya kepada mereka.
Memandangkan di Sabah Islam bukanlah agama rasmi seperti mana disemenanjung, maka iklan arak sangat berleluasa ( hanya seperti mengiklankan sympu). Selain itu golongan yang betul-betul memhami Islam amatlah sedikit berbanding masyarakatnya yang mempunyai rekod paling tinggi dalam peningkatan populasi.
Kami di pecahkan kepada 2 kumpulan bagi menjalankan XPDC. Alhamdulillah penerimaan yang baik daripada pihak mereka mengagumkan kami. Berkongsi pendapat, meluah rasa.
Adik Jefry dan adik shahrul. 2 nama ini kami temui lewat XPDC sebelum berangkat pulang. Mendengar cerita mereka yang dipinggirkan keluarga. Terpaksa pula bekerja seawal jam 7.00 pagi hingga jam 10.00 malam di kedai makan milik bangsa cina dengan gaji hanya RM300 sebulan. Itulah sebabnya mereka duduk disitu bagi melepaskan tekanan sehingga lewat malam .Dunia terasa tidak adil buat mereka.
Terus terang aku tidak tahu kak..
itulah jawapan adik shahrul, sambil mengesat air matanya tatkala pihak kami menanyakan tentang jumlah waktu solat. Jauh sekali untuk tahu cara pelaksanaannya.. Kami hanya mampu tertunduk menahan kesedihan
Seusainya, hanya nasihat yang mampu kami berikan selain mengambil nombor contct mereka serta pesanan buat wakil perhubungan PAS Sandakan tentang peranan mereka. Moga-moga sedikit permulaan itu ada sambungannya selepas ini.
18/2/2009 bersamaan hari kelima Outreach XPDC Dakwah, Kempen Kita Bersaudara. Perjalanan ke Batu Sapi mengambil masa lebih kurang 40minit. Tempat pertama di tuju oleh pihak kami adalah ke rumah penghulu kampong bagi mempersiapkan tempat untuk ceramah kelompok pada pukul 2 petang. Setelah selesai, kami bergerak rumah –kerumah bagi menyampaikan jemputan serta mengedarkan risalah, kad kelendar PAS, serta button batch Kempen Kita Bersaudara.
Keadaan di sana, mengingatkan kawasan perumahan saya di Perai, lebih kurang 15 tahun yang lalu. Jarak rumah yang dekat dengan laut menyebabkan penduduk perlu membina rumah yang tinggi supaya tidak dinaiki air sewaktu air pasang. Seronok menyebarkan risalah setelah penat berjalan, singgah menikmati makanan penduduk tempatan, kenikmatan berdakwah serasa juga seperti melancong!!
Jam 2.30 petang, saya dan beberapa sahabat lain mengendalikan games Islamic untuk kanak-kanak, sementelaah ibu bapa mereka mengikuti ceramah kelompok. Seronok rasanya berkomunikasi dengan kanak-kanak Sandakan dalam dialek mereka. Satu lagi dialek yang saya semakin suka untuk menguasainya..
Jam 3.00 petang saya dan 4 orang sahabat telah bersiap sedia untuk pulang memandangkan komitmen kepada pekerjaan kami bakal menanti keesokan harinya. Walaupun hanya 5 hari disini, namun ianya cukup bermakna buat kami. Kami meninggalkan Sandakan dengan seribu satu perasaan dan doa. Moga Allah jodohkan lagi kami untuk sama-sama berkongsi kenikmatan Islam di sini.
Wallahutaalaa'lam..
JEMPUT TADAH ILMU..
Thursday, March 12, 2009
susun atur oleh: MASYITAH MD.HASSAN pada 6:32 PM 0 KomentarMAMPUKAH??
Wednesday, March 04, 2009
susun atur oleh: MASYITAH MD.HASSAN pada 12:47 PM 0 KomentarMampukah aku menjadi seperti Sayyidatina Khadijah?
Agung cintanya pada Allah dan Rasulullah
Hartanya diperjuangkan ke jalan fisabilillah
Penawar hati kekasih Allah
Susah dan senang rela bersama...
Dapatkah ku didik jiwa seperti Sayyidatina Aishah?
Isteri Rasulullah yang bijak
Pendorong kesusahan dan penderitaan
Tiada sukar untuk dilaksanakan...
Mengalir air mataku
Melihat pegorbanan puteri solehah Sayyidatina Fatimah
Akur dalam setiap perintah
Taat dengan ayahnya, yang sentiasa berjuang
Tiada memiliki harta dunia
Layaklah dia sebagai wanita penghulu syurga...
Ketika aku marah
Inginku intip serpihan sabar
Dari catatan hidup Sayyidatina Sarah....
Tabahlah jiwaku..
Menghadapi setiap mehnah
Setabah umi Nabi Ismail
Mengendong bayinya yang masih merah
Mencari air penghilang dahaga
Diterik padang pasir merak
Ditinggalkan suami akur tanpa bantah
Pengharapannya hanya pada Allah
Itulah wanita Sayyidatina Hajar....
Mampukah aku menjadi wanita solehah?
Mati dalam keunggulan iman
Bersinar indah, harum tersebar
Bagai wanginya pusara MASYITAH....
The beauty of a woman is not in the clothes she wears, the figure that she carries,or the way she combs her hair. The beauty of a woman must be seen in her eyes,because that is the doorway to her heart, the place where love resides. The beauty of a woman is not in a facial mole, But true beauty in a woman is reflected in her soul. It is the caring that she lovingly gives, the passion that she shows and the beauty of a woman. With passing years-only grows!
Monday, March 02, 2009
susun atur oleh: MASYITAH MD.HASSAN pada 2:35 PM 3 KomentarAssalamualaikum buat semua pengunjung yang sudi meluangkan sedikit masa antum untuk bersama menelurusi blog yang tidak seberapa ini. Syukran jazilan saya ucapkan buat sahabat-sahabat seperjuangan yang tidak jemu-jemu memberikan sokongan. Mohon maaf saya hulurkan atas keterlewatan menyampaikan input buat sahabat-sahabat berkenaan dengan XPDC dakwah ke Sandakan, Sabah baru-baru ini.
Saya kecewa mengakui kelemahan diri tatkala berkunjung ke laman blog saifulislam.com yang sentiasa diupdate dengan pelbagai input berkualiti selang hanya beberapa hari. Dalam keadaan kekangan masa Ustaz Hasrizal, beliau menjadi salah seorang ikon daie siber. Juga rasa kekerdilan tatkala melihat kesaktian Ustaz Riduwan Mohd Nor menghasilkan buku berkualiti hanya dalam selang masa yang singkat,sementara saya masih lagi mencuri-curi masa untuk menghadam satu persatu buku-buku beliau. Namun saya gagahkan jua diri ini, mohon Allah beri kekuatan ke arah berusaha untuk lebih ‘menjadi’.
Pertama-tamanya syukur dipanjat kepada Allah swt dengan izin daripadaNya saya dan 4 lagi sahabat-sahabat Nisa’ Wangsa Maju telah menyertai Outreach XPDC Dakwah yang pertama ini. Syukran jazilan diucapkan kepada semua penaja. Moga ianya menjadi kesaksian antum diakhirat kelak.Ameen.
Alhamdulillah, setelah menempuh pelbagai halangan, akhirnya kami smpai juga di bumi Sandakan. Tempat pertama Outreach XPDC Dakwah Anjuran Lajnah Penerangan DMPP dibuat. Program yang akan diadakan diseluruh Malaysia ini, memilih Sabah sebagai lokasi pertama memandangkan banyak “kerja” yang belum selesai di sana.
Sejarah terlakar di Kg. Gum-Gum, Sandakan
Hari pertama saya dan 4 orang sahabat sampai disana, program telah pun bermula. Kami mengambil keputusan untuk pergi lewat sehari berbanding rombongan yang lain akibat komitmen yang pelbagai. Kami sampai ke tempat penginapan hampir waktu maghrib dan malamnya terus ke Kg. Gum Gum bagi sesi ceramah kelompok di kawasan tersebut. Alhamdulillah sambutan daripada penduduk setempat amat dikagumi walaupun secara zahir mereka seakan belum memahami Islam sepenuhnya.
Tidak sampai separuh hari disana, saya membuat rambangan awal, bahawa orang-orang Sabah, penyanyang orangnya. Mana tak nya, walaupun sekadar berkenalan dalam masa hanya beberapa jam, keakraban kami seperti telah lama bersua. Sehingga sebelum kami pulang, mereka bersalaman serta memberi peluk cium bagai tidak mahu dilepaskan. Mungkin mereka belum pernah dikunjungi seumpama ini..fikir saya.
Pengisian ceramah lebih kepada memberi gambaran awal kepada penduduk mengenai dasar perjuangan Islam yang di bawa melalui jamaah PAS dan juga penerangan isu-isu semasa politik tanah air terutama berkaitan perkara sebenar yang berlaku di negeri Darul Ridzuan. Respon yang diterima dari mereka sangat menyentuh hati kami, tatkala ada yang mengatakan tidak tercapai oleh mereka akan maklumat-maklumat kontra melainkan melalui media perdana sahaja.
Satu berita yang mengejutkan pihak kami, semua media pembangkang di Sabah telah disekat semenjak bulan disember lagi terutama akhbar Harakah. Satu lagi kedayusan yang ditunjukkan UMNO/ BN tatkala hampir kepada peralihan kuasa kepada PM yang baru, simpul saya.
Walaupun tidak sempat menyampaikan risalah islam secara berterusan disana, tetapi sekurang-kurangnya sedikit imej kesyumulan Islam tergambar dibenak mereka.Mudah-mudahan... dan itulah harapan rombongan kami sebenarnya. XPDC dakwah yang hanya 10 hari mustahil dapat merubah segala-galanya dalam sekelip mata. Namun usaha permulaan penting bagi ke langkah seterusnya. Peranan inilah diharapkan oleh rombongan kami kepada mereka-meraka yang merasa bertanggungjawab sebagai daie terutamanya anak kelahiran Sabah. Untuk memulakan bukanlah sesuatu perkara yang sangat sukar, tetapi bagi meneruskan kesinambungan itulah menuntut pengorbanan yang bukan sedikit.
Hari kedua serasa berlalu dengan begitu cepat. Awal-awal pagi lagi kami telah bertolak ke Pasar pagi di Bandar Sandakan bagi mengadakan sebaran risalah berkenaan program sepanjang XPDC dakwah berserta Kempen Kita Bersaudara. Pengalaman baru buat diri saya walaupun bukan pertama kali bertugas mengedar risalah kepada orang ramai. Ternyata masyarakat disini, tidak membuat pengisalahan bukan kerana tidak mahu, tetapi kerana tidak tahu!!. Saya terasa seperti baru bagun dari lena yang panjang. Memuhasabah kelemahan diri, tugas yang ditinggalkan Rasul junjungan mulia, terasa semakin memberati pundak.
Seusai Solat Zohor, rombongan kami bergegas ke Kg. Gum Gum semula kerana program seterusnya adalah Perasmian Cawangan baru PAS bahagian Kg. Gum-Gum dan Kg. bersebelahan dengannya.Juga acara penyampaian sedikit sumbangan barang-barang keperluan kepada penduduk yang layak. Alhamdulillah lebih daripada cukup keahlian diterima bagi menubuhkan cawangan disana. Keterbukaan penduduk membuatkan pihak kami semakin bersemangat bersama-sama meraka.Pelbagai cadangan dan sokongan dilontarkan serta kesediaan mereka berkhidmat bersama-sama jamaah ini, bagi menyedarkan masyarakat akan kepentingan menjadikan ISLAM SEBAGAI CARA HIDUP.
To be continued
Subscribe to:
Posts (Atom)