NGO Islam akan demonstrasi jika Konsert Avril diadakan

Thursday, August 28, 2008

0 Komentar
Irwan Muhammad Zain
Wed | Aug 27, 08 | 5:07:42 pm MYT
KUALA LUMPUR, 27 Ogos (Hrkh) - Pertubuhan Kebajikan Darul Islah Selangor (Perkid) bersama Pertubuhan Kebajikan dan Dakwah Islamiah (Pekida) Bukit Bintang membantah keras konsert Avril Lavigne yang mendapat kelulusan Kabinet baru-baru ini. Iklan

Konsert penyanyi muda kelahiran Kanada itu yang dijadualkan diadakan Jumaat ini tidak sesuai diadakan kerana ia tidak menghormati kedatangan Ramadan yang akan bermula awal bulan depan.

Dalam satu kenyataan media yang dikeluarkan oleh Pengerusi Perkid, Ustaz Masridzi Sat berkata segala usaha dakwah dan cegah maksiat yang dijalankan oleh Perkid tidak akan berjaya jika kerajaan dan pihak berkuasa terus menganjurkan konsert sebegini.

Beliau menegaskan usaha Perkid akan menjadi sia-sia seumpama satu pihak membaja manakala satu pihak lagi menyiram racun.

Sehubungan dengan itu, Perkid, Pekida Bukit Bintang dan NGO-NGO Islam yang lain akan bergabung secara besar-besaran membantah konsert tersebut.

"Jika perlu kita mengadakan demontrasi aman kita akan lakukan jika kerajaan tetap meneruskan konsert ini," kata beliau.

Beliau juga menyifatkan penganjuran konsert berkenaan sebagai membazir dan melalaikan anak muda dari menghayati erti kemerdekaan sebenar dan penghinaan kepada sambutan awal Ramadan yang merupakan bulan tarbiyah untuk umat Islam di negara ini.

Sementara itu, Pengerusi Pekida Bukit Bintang, Roslan Dahaman turut melahirkan kekesalan kerana sambutan awal Ramadan di buat secara bersuka ria dengan program artis barat yang tidak bersesuaian dengan budaya Islam.

"Remaja adan anak muda Islam semakin musnah moral dan akhlak mereka jadi sekiranya konsert itu diteruskan tentunya anak-anak muda kita tidak akan merdeka dan akan terus dijajah dengan pemikiran dan budaya barat," jelas Roslan.

Justeru itu, beliau memberikan komitmen bahawa ahli-ahli Pekida Bukit Bintang akan membantah konsert yang melalaikan dan menghina umat Islam negara ini dan akan turun padang berdakwah dengan anak-anak muda di malam sambutan Merdeka bersama Perkid dan NGO-NGO Islam yang lain.

Kementerian Perpaduan, Kebudayaan, Kesenian dan Warisan pada awalnya dilaporkan menimbangkan untuk menangguhkan konsert itu ke satu tarikh lain yang bersesuaian dengan alasan tidak sesuai dengan sambutan hari kemerdekaan pada 31 Ogos dan membawa nilai buruk kepada akhlak rakyat Malaysia.

Bagaimanapun, kerajaan membenarkan semula konsert setelah menetapkan prasyarat dan peraturan kepada penganjur agar ia tidak menjejaskan budaya dan penerapan nilai yang tidak baik di kalangan anak-anak muda khususnya dalam bulan kemerdekaan ini.

RAMADHAN IS BACK

0 Komentar

Assalamualaikum..selamat datang bulan ramadhan.. tanpa di sedari 11 bulan banyak kata sudah di ucapkan dan di lontarkan tak semua menyejukkan...11 bulan banyak perilaku yang sudah d buat dan di ciptakan tak semua mnyenangkan..saatnya istirehat dalam "perjalanan dunia".. saatnya membersihkan jiwa yang berjelaga..saatnya menikmati indahnya kemurahanNya..saatnya memahami makna pensucian diri..selamat menunaikan ibadah puasa bersama kita leburkan kekhilafan..semoga puasa mempertemukan kita dgn Keagungan Lailatul Qadar..Semoga kita semua mnjadi pilihanNya untuk dikabulkan doa-doa dan kembali mnjadi fitrah.."SELAMAT BERPUASA KEPADA SEMUA"...Amin..

Hadith Perihal Ramadhan Dari Abu Hurairah radhiyallahu 'anhu, Rasulullah Sallallahu 'Alaihi wa Sallam bersabda : "Semua amalan anak adam adalah untuknya kecuali puasa, karena puasa itu untuk-Ku dan Aku akan membalasnya, puasa adalah perisai, jika salah seorang daripada kalian sedang berpuasa, janganlah berkata keji dan meninggikan suara, jika ada yang mencercanya atau memeranginya maka ucapkanlah : Aku sedang berpuasa. Dami dzat yang jiwa Muhammad berada di tangan-Nya, sesungguhnya bau mulut orang yang berpuasa lebih wangi di sisi Allah Azza wa Jalla daripada bau misk. Orang yang berpuasa mempunyai dua kegembiraan, jika berbuka mereka gembira, jika bertemu Rabbnya mereka gembira kerana puasa yang dilakukannya (Muttafaqun 'Alaih)

UiTM : baru cadangan sudah berdemo?

Thursday, August 14, 2008

3 Komentar

Dilulus terbit pada Thursday, August 14 @
Oleh notan

"Assalamu alaikum..,
Selawat dan Salam keatas Junjungan,,. .

Ada permintaan agar kes demo pelajar UiTM tidak dipanjangkan kerana kesnya sudah ditutup. Tetapi masih ada sudut perlu diperkatakan kerana kes ini melibatkan maruah bangsa melayu dan umat Islam di negara kita.Demo ini juga menampakkan kebodohan anak anak bangsa kita yang bergelar mahasiswa dan granduan serta cerdik pandai melayu. Inikah cerdik pandai melayu yang hendak dilahirkan di salah sebuah IPT negara? Alangkah rendahnya kualiti pendidikan dan pemikiran melayu dan perkara ini sungguh memalukan.

Ketika DSAI mengetuai demo pad atahun 1974 dulu fokusnya ialah kebuluran dan kemiskinan melayu Baling tetapi, demo pelajar UiTM yang baru dipertontonkan kepada kita hanyalah kerana cadangan MB selangor agar UiTM membuka pintu kepada bukan melayu.Sungguh memeranjatkan respon para perlajar dan pejuangan ketuanan melayu.Kenapa harus berdemo? sedangkan ianya hanya cadangan yang sepatutnya diperhalusi dan dikaji serta diperdebatkan di kalangan cerdik pandai termasuk para mahasiswa yang turun berdemo tempoh hari.

Apakah justifikasi kepada demo tersebut? dan apa untungnya berdemo?kalau demo di pejabat majlis peguam berhasil menghentikan forum masuk Islam,apakah untung budak budak yang diharapakan akan meneraju negara satu hari nanti berdemo?Cuba kita tanya mereka yang terlibat dengan demo di mana untungnya berdemo semata mata kerana cadangan MB Selangor ini?

Kalau dikatakan sebagai mempertahankan hak melayu,kenapa tidak berdemo pasal pinjaman PTPN yang membebankan pelajar atau kenapa tidak dianjurkan demo untuk membantah kehilangan hak orang melayu di WPI atau kes kg Berembang dan Rimba Raya.Banyak isu yang boleh dibawa berdemo tetapi kenapa pelajar melayu memilih cadangan MB Selangor sebagai isu untuk berdemo?

Alangkah ruginya bangsa melayu kalau tradisi berdemo ini tidak diuruskan dengan betul.Kalau demo pasal kehilangan hak di WPI atau Kg Berembang atau Rimba Raya mungkin dikatakan bukan budaya kita ,tetapi berdemo kerana cadangan MB Selangor adalah budaya kita??Lebih malang kalau ianya dijadikan budaya pelajar melayu kita.

Inilah gambaran kualiti yang bakal dimiliki negara di masa depan.Bagaimana boleh kita harapkan mereka untuk menjadi peneraju bangsa?hari ini berbagai ketakutan kehilangan hak dan kuasa kedengaran di sana sini tetapi dengan kualiti pelajar yang bakal bergelar cerdik pandai melayu ini,mungkin satu hari melayu benar benar kehilangan hak dan kuasa di tanah air sendiri.

Cerdik pandai Melayu begini enggan menerima cabaran,masih leka dengan kesenangan dan mempunyai daya pemikiran yang lemah.Cerdik pandai melayu berkualiti begini hanya pandai mengadu domba,mencipta fitnah dan suka menyalahkan orang lain,cerdik pandai begini tidak global dan duduk di bawah tempurung.Persoalan nya apakah dengan menaik taraf ITM kepada UiTM,kita hanya mahu melahirkan generasi cerdik pandai yang bertaraf rendah begini?

APABILA ISLAM DI CABAR

Monday, August 11, 2008

2 Komentar

Sudah lebih seminggu saya tidak dapat menjenguk blog sendiri, apatah lagi melakarkan coretan luahan hati, akibat kesibukan duniawi dan ukhrawi. Namun saya gagahkan jua pada hari ini. Alhamdulillah semua "account transaction" sudah siap dihantar ke HQ, so kesempatan sekejap yang ada saya gunakan untuk menyiapkan artikel ini.
Mungkin sudah sedikit terlewat untuk saya berkongsi dengan kalian berkenaan forum Memeluk Islam yang dianjurkan majlis Peguam baru-baru ini. Namun sebagai salah seorang peserta demonstrate pada hari kejadian, saya sedikit sebanyak terpanggil untuk berkongsi dengan semua peristiwa dihari kejadian.
Tepat jam 8.00 pagi saya dan sahabat-sahabat sudah bersiap untuk pergi ke demonstrasi tersebut, Alhamdulillah, kami bersyukur perkhidmatan LRT tidak ditutup pada pagi itu seperti yang kami bimbangkan. Risau juga kejadian "BERSIH" berulang. Suasana pagi itu seperti biasa, seperti tidak ada apa-apa yang berlaku . Namun bagi mereka-mereka yang mengambil berat tentang ISLAM, pastinya bagi mereka, pagi itu akan mencatatkan satu lagi peristiwa bersejarah, yang mana akan dipersoalkan oleh Allah swt kepada kita diakhirat kelak.
Kami sampai di Masjid Jamek kira-kira 8.30 pagi, tidak ramai yang berkumpul pada mulanya. Namun perarakan terus dimulakan dengan diketuai oleh Ustaz Ridhuwan. Semangat jihad, mula terasa apabila kalimah-kalimah suci dilaungkan..Lailahaillallah..Muhammadur Rasulullah..Semua peserta demonstrasi semakin bersemangat dan bilangan yang menjadi pengikut juga semakin bertambah. Apabila sampai di Bar Council, kami melihat telah ramai yang berkumpul dengan sepanduk yang pelbagai. Alhamdulillah, saya bersyukur kerana walaupun tidak semeriah demonstrasi yang bersifat politik seperti BERSIH, PROTES dan lain-lain, namun, Allah masih sayangkan Malaysia. Buktinya Dia masih melemparkan perasaan cinta kepada ISLAM dan sanggup mempertahankan agamaNya kepada sebilangan umat di Negara ini. Alhamdulillah..
Seperti biasa demonstrasi aman ini berlancar dengan baik pada mulanya. Dengan kehadiran anggota polis, FRU, dan Special Branch yang agak ramai lebih memeriahkan suasana. Namun kira-kira setengah jam kemudian, para peserta demonstrasi mula 'naik angin' disebabkan pihak Majlis Peguam berkeras hendak meneruskan forum laknat tersebut. Laungan-laungan "batal forum", " jangan cabar Islam", ucapan syahadah, doa wehdah dan ucapan-ucapan daripada pimpinan pelbagai NGO dan parti politik yang mengambil bahagian terus berkumandang.
Namun , apa yang paling menyedihkan ketika itu, ada juga dikalangan mereka-mereka yang beragama Islam tetapi menghina dan mempersendakan peserta-peserta demonstrasi. Saya melihat dengan mata sendiri, bagaimana seorang wanita (memakai tudung) tetapi mengejek2 laungan daripada demonstrate dan wanita tersebut juga menahan pimpinan yang ingin masuk kedalam bangunan Bar Council. Khabarnya wanita tersebut sebahagian petugas di Bar Council yang ditugaskan memantau demonstrasi tersebut. Sungguh malang rasanya orang-orang munafik sebegini. Moga Allah memberi petunjuk kepada mereka.

Tepat jam 9.30 pagi semua peserta sudah mula menyinga, ada yang melaungkan untuk merempuh masuk sahaja ke majlis tersebut..Ketika itu saya merasakan betul-betul seperti dimedan perang.. Bayangkan kita menuntut perkara dihadapan mata. Bukan lagi penghinaan ini berlaku di Denmark, Amerika atau Israel..tetapi di Malaysia, yang mengaku Islam sebagai Agama rasmi. Kadang-kadang timbul persoalan dibenak saya, bagaimana majlis tersebut boleh diteruskan walaupun ramai yang menentang sejak awal lagi..dan yang paling memualkan, perkara terlarang tersebut berjalan dengan lancarnya..tidak ada pula FRU datang membawa trak water canon nya, tidak ada pula SB-SB menyelongkar masuk kedalam forum tersebut..seperti mana yang biasa dibuat kepada para demonstrate sebelum ini, yang dikatakan membuat perhimpunan haram..bukankan tindakan Majlis peguam tersebut lebih haram ?? bukan sahaja haram dalam undang-undang ciptaan manusia di Malaysia, bahkan juga secara terang-terangan menghina Agama Allah…
Para peserta demonstrasi terus mendesak forum dihentikan dengan seberapa segera. Provokasi dari SB juga semakin menjadi-jadi sehingga ada yang sudah tidak sabar merempuh bangunan tersebut. Saya masih ingat seorang SB yang melaung "Apa tunggu lagi, rempuh saja, kalau nak tunggu disini lebih baik balik tido dirumah"..beberapa kali provokasi dibuat sehingga pimpinan terpaksa mengatakan sesiapa yang tidak mahu mengikut arahan boleh beredar dari majlis tersebut. Alhamdulillah, langkah bijak yang diambil pimpinan pada ketika itu, berjaya mengawal suasana. Yelah SB pun xpandai nak menyamar, kalau nak berlakon sekalipun berpada-padalah..melihat dari air muka dan pakaian sahaja kita boleh menilai siapa pro Islam dan siapa SB..
Sudah beberapa kali menyertai demo, saya merasakan pada kali ini betul-betul menguji kesabaran, laungan doa daripada seorang peserta demo mengamit suasana hiba seketika, hanya Allah tempat bergantung menyelamatkan agamaNya. Ketika mana pihak Bar Council masih berdegil tidak mahu mengehentikan forum, beberapa orang pimpinan dengan diiringi pegawai polis bertindak masuk ke dalam pada jam 9.45 pagi. Sebelum masuk pesanan daripada pimpinan sekiranya pada jam 10.00 pagi mereka masih tidak keluar daripada bangunan tersebut, maka para peserta diarahkan menyerbu masuk kedalam.
Beberapa minit menunggu sememangnya menuntut kesabaran, pada ketika itu hanya Allah tempat mengadu, kami merasakan ISLAM betul-betul dicabar dihadapan mata.
Tepat jam 10.00 pagi, para pimpinan masih belum keluar. Semua perserta sudah tidak sabr-sabar lagi untuk merempuh benteng FRU untuk masuk ke dalam. Beberapa minit kemudian rempuhan benar-benar terjadi. Namun seketika sahaja, keadaan kembali terkawal dengan adanya keselamatan daripada Unit Amal. Syukran jazilan diucapkan kepada Skuad Unit Amal yang bersungguh-sungguh menjalankan amanah sehingga ada yang terpaksa bertahan, menjadi benteng kemaraan para peserta merempuh FRU.
Alhamdulillah, beberapa minit selepas itu, Polis telah memberitahi forum tersebut telah dihentikan. Ucapan syukur dan tahmid terus berkumandang. Selepas pimpinan keluar, mereka telah memberitahu pihak Bar Council telah diberi amaran supaya tidak mengulangi lagi perkara-perkara seperti ini. Jangan sesekali mencabar umat Islam. Jika tidak tindakan yang lebih serius daripada itu akan diambil. Kemudian semua peserta forum diarahkan keluar. Peserta-peserta demonstarasi menunggu sehingga bangunan tersebut benar-benar dikosongkan supaya tidak ada lagi manipulasi daripada pihak-pihak tertentu..Begitulah akhirnya, walaupun demonstarsi biasanya dipandang enteng oleh sesetengah pihak,namun bagi saya itu adalah salah satu cara ( dan boleh dikatakan cara selemah-lemah iman sahaja) untuk mempertahan agama yang kita cintai ini. Kepada sahabat-sahabat yang tidak dapat hadir ( saya tahu ramai yang ingin menyertai tetapi tidak berkesempatan) moga sekurang-kurangnya kita masih merasa terhina apabila persoalan tentang ISLAM diperlekehkan.
Dan (katakanlah wahai Muhammad kepada pengikut-pengikutmu): Apa jua perkara agama yang kamu berselisihan padanya maka hukum pemutusnya terserah kepada Allah; Hakim yang demikian kekuasaanNya ialah Allah Tuhanku; kepadaNyalah aku berserah diri dan kepadaNyalah aku rujuk kembali (dalam segala keadaan). (Surah Al-Syura 42: Ayat 10)

NEW DESIGN FROM MUSLIM WORLD

2 Komentar



MENGAPA WANITA SANGAT ISTIMEWA?

Sunday, August 03, 2008

1 Komentar

Mama dan Papa sedang menonton TV, seraya mama berkata. "..saya letih la..dah lewat ni, saya nak tido lah...." Mama pun pegi dapur nak tutup tingkap dapur, nanti masuk pulak lipas...leceh pulak nanti..dah tu, ade pulak rice cooker dalam sink..rendam lepas makan tadi..basuh jap...susun pinggan kat rak, lap dapur..terpercik kena sambal masa masak tadi...check air panas dalam flusk..takut habis pulak nanti malam anak nak susu...memang dah kering pun flusk ni, jerang la air...sementara tunggu air masak, nampak pulak bekas gula dah kosong....salin la gula...check bubur untuk anak nak hantar ke taska esok..nasib baik ade lagi...ishh...ni lauk bila ni, s ema lam...dah beku dah...basuh la kejap....pegi yard, masukkan baju kotor dalam mesin basuh...penat dah ni, besok je la basuh...sidai kaian lap je lah...
tik...bunyi air dah masak...salin air dalam flusk...ok settle..on da way nak g bilik, papa tgk tv lagi...nampak pulak beg anak untuk hantar ke taska...check...baju 2 pasang, towel...towel kecik utk selsama...calamine lotion untuk sapu ruam...pampers 4 keping....alamak..telupa pulak masukkan botol...basuh botol jap...ok settle...
ternampak pulak beg g keje...emm..besok nak pakai beg polo coklat lah, asik2 pakai beg hitam ni je...salin jap barang2 g beg coklat...cek sume 6 poket beg, takut la tetinggal apa2..leceh pulak..selalunya barang yang tertinggal tu la yang nak pakai nanti...hishhh sempit la beg ni...hangin je...nak kena beli ni beg baru...rasenya 25 hb ni Sogo sale nih...mana flyers tadi ek...ha ni die..ok, catit jap kat yellow sticker, nanti lupa..ok settle...
Tetiba dengar suara papa.."awk buat apa lagi tu..tadi kata nak tido".."yelah nak tido la ni" masuk toilet..buat apa2 yang patut...cuci muka dulu..2 jenis lak tu...adoi..gosok gigi..pakai toner...pakai treatment cream...nak lawa and maintain punya pasal lah ni...
nanti orang kata baru anak satu dah macam anak 4 pulak...huhuhuhu...

bukak almari...emmm...pakai baju hijau ni lah besok...gosok kejap..check baju papa, baju papa pun kena gosok jugak ni...kat bilik belakang...
la, napa komputer ni tak tutup ni..gelas kopi pun ade lagi, dah bersemut dah..ishhh ...g dapur, basuh, sambung gosok baju...gantung elok2...k ema skan baju gantung2...masukkan seluar papa yang dah kotor dalam tempat kotor...ok settle..

dgr suara papa lagi...".saya dah ngantuk ni.."..dalam pada nak masuk ke bilik...owh...pokok aku dah nak mati ni ha..lupa dah 3 hari tak siram...ok, siram jap...check jap pintu ni...sah tak kunci lagi...grill pun tak tutup..ni kalau tak check ni, senang2 je mat indon masuk rompak umah aku...bukak lampu luar..ni mainan ni sepah2...masukkan la dalam bakul mainan budak ni...banyak nya...sampai bawah meja makan pun ade...adoi....ok dah ...ok dah boleh baring...adoi sakitnya pinggang...cium si comel ni kejap...selimutkan die...la..napa basah ni...emm, tukar la pempers ni...tak bagus la brand ni, nanti nak tukar lain la...nanti g Sogo 25 hb ni beli la skali...ok sayang tido k...kalau boleh jangan la bangun tgh malam ni eh..tido sampai pagi k...gud nite..sweet dreams...aaahh...sedapnya dapat baring...mana pulak lotion sapu kurus aku nih...ha, ni dia...sambil sapu lotion kurus,setkan alarm...setkan program kerja besok...pg kul 9.30 ade meeting..ahh..boring..panas pulak lotion nih..dah la...emm..sedapnya lelapkan mata..Ya Allah..terima kasih untuk rezekiMU hari ini,mohon keberkatan dari mu Tuhan..papa pun bangun tutup tv..."saya dah ngantuk sangat ni...nak tido lah..citer pun tak best malam ni, bola pun takde.."selang seminit..dengar suara papa berkeruh..dah agak dah....

So?..apa yang peliknya??
Anda tahu kenapa wanita hidup lebih lama?..SEBAB ADE BANYAK KERJA NAK KENA BUAT..tu yang tak boleh nak mati cepat tu..hehehe..setiap wanita adalah istimewa dengan cara mereka sendiri..Kalau lelaki mengakui kebenaran ini..hormat dah hargailah mereka..untuk keperibadian dan kebolehan mereka untuk berdikari.
HIDUP KAUM HAWA!!!