UiTM : baru cadangan sudah berdemo?

Thursday, August 14, 2008


Dilulus terbit pada Thursday, August 14 @
Oleh notan

"Assalamu alaikum..,
Selawat dan Salam keatas Junjungan,,. .

Ada permintaan agar kes demo pelajar UiTM tidak dipanjangkan kerana kesnya sudah ditutup. Tetapi masih ada sudut perlu diperkatakan kerana kes ini melibatkan maruah bangsa melayu dan umat Islam di negara kita.Demo ini juga menampakkan kebodohan anak anak bangsa kita yang bergelar mahasiswa dan granduan serta cerdik pandai melayu. Inikah cerdik pandai melayu yang hendak dilahirkan di salah sebuah IPT negara? Alangkah rendahnya kualiti pendidikan dan pemikiran melayu dan perkara ini sungguh memalukan.

Ketika DSAI mengetuai demo pad atahun 1974 dulu fokusnya ialah kebuluran dan kemiskinan melayu Baling tetapi, demo pelajar UiTM yang baru dipertontonkan kepada kita hanyalah kerana cadangan MB selangor agar UiTM membuka pintu kepada bukan melayu.Sungguh memeranjatkan respon para perlajar dan pejuangan ketuanan melayu.Kenapa harus berdemo? sedangkan ianya hanya cadangan yang sepatutnya diperhalusi dan dikaji serta diperdebatkan di kalangan cerdik pandai termasuk para mahasiswa yang turun berdemo tempoh hari.

Apakah justifikasi kepada demo tersebut? dan apa untungnya berdemo?kalau demo di pejabat majlis peguam berhasil menghentikan forum masuk Islam,apakah untung budak budak yang diharapakan akan meneraju negara satu hari nanti berdemo?Cuba kita tanya mereka yang terlibat dengan demo di mana untungnya berdemo semata mata kerana cadangan MB Selangor ini?

Kalau dikatakan sebagai mempertahankan hak melayu,kenapa tidak berdemo pasal pinjaman PTPN yang membebankan pelajar atau kenapa tidak dianjurkan demo untuk membantah kehilangan hak orang melayu di WPI atau kes kg Berembang dan Rimba Raya.Banyak isu yang boleh dibawa berdemo tetapi kenapa pelajar melayu memilih cadangan MB Selangor sebagai isu untuk berdemo?

Alangkah ruginya bangsa melayu kalau tradisi berdemo ini tidak diuruskan dengan betul.Kalau demo pasal kehilangan hak di WPI atau Kg Berembang atau Rimba Raya mungkin dikatakan bukan budaya kita ,tetapi berdemo kerana cadangan MB Selangor adalah budaya kita??Lebih malang kalau ianya dijadikan budaya pelajar melayu kita.

Inilah gambaran kualiti yang bakal dimiliki negara di masa depan.Bagaimana boleh kita harapkan mereka untuk menjadi peneraju bangsa?hari ini berbagai ketakutan kehilangan hak dan kuasa kedengaran di sana sini tetapi dengan kualiti pelajar yang bakal bergelar cerdik pandai melayu ini,mungkin satu hari melayu benar benar kehilangan hak dan kuasa di tanah air sendiri.

Cerdik pandai Melayu begini enggan menerima cabaran,masih leka dengan kesenangan dan mempunyai daya pemikiran yang lemah.Cerdik pandai melayu berkualiti begini hanya pandai mengadu domba,mencipta fitnah dan suka menyalahkan orang lain,cerdik pandai begini tidak global dan duduk di bawah tempurung.Persoalan nya apakah dengan menaik taraf ITM kepada UiTM,kita hanya mahu melahirkan generasi cerdik pandai yang bertaraf rendah begini?

3 comments:

al-sandaki said...

salam..ana setju dgn pandangan diatas mengapa pemikiran yng sebegini boleh wujud dan bertapah di kepala kebanyakan mahasiswa...dimana kecerdikan golongan intelectual dalam melayani isu2 bangsa, dimana kehebatan tumbukan kalian..? adakah ianya terletak diILMU atau suara yng akhirnya sumbang dgn lirik bodohan bersuara..mahasiswa perlu sedar dan bijak dlm menyelusuri isu2 nasional..
rakyat memerlukan ilmu dan suara kalian.. terjemahkanlah dalam bentuk yang sesuai..

MASYITAH said...

betul tu al-sandaki. bl nta nk bt blog plk??

husna afifi said...

btul2
mmg ak stuju
klo pk2 blk rancangn mb slangor tu ade baiknye
mcm utm sndri la kn
cube ko igt blk msa kite blja
dak2 cina mmg score giler
buat asgmen awal
hnta asgmen on time
so..bile ade dorg yg rajinn ni la br dak2 mlayu terpsycho utk rajin
ni...dok uitm
persaingn sesama sndri je
last2..sendiri perasan diri bagus
payah r....