SOALNYA HATI

Friday, January 15, 2010

Salam buat semua, moga dalam rahmat dan perhatian Allah SWT.Sudah agak lama juga saya membiarkan blog ini sepi tanpa post terbaru, sampai saya juga kadang-kadang gerun untuk mengunjungi blog sendiri. Namun tidak mengapalah, kerana sememangnya daripada awal niat saya menubuhkan blog, hanya sebagai mengisi masa lapang. Saya juga bukanlah arif dalam bidang penulisan, cuma kadang-kadang apabila terasa ingin meluahkan sesuatu, saya sampaikan di sini. Mungkin juga kerana sudah lama saya meninggalkan alam penulisan diari.=)

PEMINAT YANG TIDAK DI DUGA

"Apa khabar kak"? tanya saya berbahasa tatkala pertama kali berkenalan dengan seorang kakak dalam satu program muslimat.

"Baik alhamdulillah, erm..adik, name ape?"tanya muslimat tersebut sambil mengerutkan kening.

"Masyitah." jawab saya sambil cuba menghidangkan senyuman manis

"Penulis blog 'Bukan Cinta Biasa' yer? tanya dia lagi.(Merujuk kepada title lama blog saya)

"Hah, ya ya" kali ini saya pula menjawab dengan kening yang berkerut.

"Akak selalu jugak ikut blog awak" katanya sambil tersenyum.

Saya hanya mampu membalas dengan senyuman tawar. Rasa malu pula apabila mengenangkan blog selalu sahaja di biarkan 'bersawang'.

"Salam, mas apa khabar?",saya menerima mesej melalui 'Yahoo Messengger' beberapa hari lepas. Dari seorang kakak yang sama-sama berjuang dengan saya dalam Nisa' Wangsa Maju suatu ketika dahulu. Kini beliau menetap di U.S.

"Baik alhamdulillah, akak sihat?"
"Alhamdulillah"
"sekarang winter ke?"
"A'ah sejuukkkk sangat"..
"Owh bestnya, saya pun sejuk jugak skang walaupun cuma kat UIA..(^_^)
"Mas, akak selalu ikut blog awak tau", nice..
"Owh, yeke.huhu,"
"Tapi lama dah tak upadate tu"
"Huhu, maafla kak, kadang-kadang bz xsempat,kadang-kadang xde idea nak menulis, IAllah ada masa nanti saya cuba update"
"Ok, no prob I'm waiting"
"huhu, iAllah kak, thanks, really appreaciate it"..
"My pleasure"..(^_^)

Begitulah serba sedikit perbualan ringkas saya dengan beliau. Entah bagaimana mahu di terjemahkan perasaan saya. Yang pasti, perasaan 'segan' ( dalam pemahaman orang utara) lebih mengusai diri.

Saya tidak menyangka tanpa sedar, ramai yang mengikuti blog daif ini, apatah lagi orang yang langsung tidak saya kenali. Cerita di atas cuma sebahagian daripada feedback yang saya dapat.Namun ianya sudah cukup membuatkan saya gerun mendengarnya. Gerun kerana ketidakmampuan diri dalam 'memberi' yang terbaik.

SESUATU YANG LAHIR DARI HATI, AKAN SAMPAI KE HATI

Terima kasih buat sahabat seperjuangan saya Achik, yang memperkenalkan saya kepada falsafah 'memberi' di atas. Dahulu, saya seringkali membuat draft bagi pengisian ke blog ini, namun entah mengapa saya seringkali gagal mengakhirkan penulisan tersebut sebagai new post.Saya juga tiada jawapan untuk itu apabila di tanya. Namun kini mungkin saya boleh menjawab, post tersebut 'bermasalah', yakni tidak benar-benar lahir daripada hati. Jadi ianya tidak lepas dari untuk di akses..=)

Kini, saya yakin dan percaya seandainya kita menulis adalah dengan niat untuk memberi dan menerima seadanya serta ianya benar-benar dari hati yang tulus, pasti ianya akan melekat ke jiwa-jiwa insan lain. Tak kurang juga pembalikan natijahnya kepada diri sang penulis.

Tidak mudah mencipta ikhlas, namun ianya bukan mustahil. Tanya pada diri, soal pada hati, bekal dengan iman..=)

4 comments:

Anonymous said...

mcm mana nak lahirkan dari hati tu ye?
kadang2 ada perkara kita nak kongsi ngan org, tapi susah utk disampaikan..kenapa ye? mungkin sebab ia bukan dari hati ke?
-nad-

MASYITAH MD.HASSAN said...

Dear nad =)
Q1 : mcm mana nak lahirkan dari hati tu ye?

MY A : hurm, susah nak jawab soalan bab hati ni..hanya kita dan Allah yang faham kondisi hati masing2..

Q : kadang2 ada perkara kita nak kongsi ngan org, tapi susah utk disampaikan..kenapa ye? mungkin sebab ia bukan dari hati ke?

MY A : rasanya mgkin ada kesilap fahaman dari artikel ni..maksud saya yang tak lepas utk publish tu sbb perasaan tu datang secara semulajadi..perasaan xselesa utk publish artikel tu..cth rasa mcm akan timbul fitnah ke, or rasa macam belum cukup sempurna artikel tu ataupun rasa mcm ada fakta yang masih perlu diperhalusi. dan yang paling penting perasaan ikhlas..tula yang ssah nak dapat..huhu..utk perkongsian masalah kdg2 mgkin juga bukan sbb xlahir dari hati, tapi atas sebab kita masih belum cukup bersedia untuk 'berkongsi'.=)

tukang kebun solehah said...

slm buat angah tersayang..

mungkin kdg2 Allah bg kelebihan pd seseorang tu dlm bdg penulisan cam blog..tp secara praktikal dlm perjuangan zahir..die xsecemerlang org yg bertungkuslumus dlm perjuangan di luar..eg..our certain YB,xaktif tulih blog tp alhamdulillah perjuangan luar,luarbiasa aktif..

ataupun xpayah amek YB xpe..mak cik pak cik owg kampong..JKK..xaktif blog,malah tekan mouse pon xreti,internet pon diingatnye jenama kuih raya edisi terbaru..tp alhamdulillah praktikal perjuangan kt luar x ditinggal malah jauh lbh aktif dr kita yg berpendidikan tggi kengkadang..

hmm,yg sedeynye..blog x aktif and perjuangan praktikal di luar pon x aktif..tp mgkin la die aktif beribadat nga mlm kot..huhu,husnuzon..

yg pasti,walau secebis pon tergerak dari hati angah untuk dikongsi bersama,kongsi la dengan apa adenya..

achik pon pnah byk kali jugak delete artikel yg ditype berjam2 malah kengkadang berhari2 jika ati xtenang untuk post..kene amek kira soal adakah ia benar2 dtg dr ati(yakni ikhlas..cam tol ke aku ikhlas ni..)

tp kalau nk ckp sal ikhlas mmg kite ni xlayak kn..so mai la kite tukar ape yg selalu terngiang2 menganggu dalam ati..
"Ya Allah,ikhlaskah aku?"
jadi"Ya Allah..ikhlaskanlah aku.."

so dat,insya Allah "suatu yg lahir dari hati yg berusaha untuk ikhlas..akn sampai ke hati yg mana juga cuba ikhlas untuk menerima & mengambil manfaat dari tiap ape yg hamba lain usahakan.."

angah spesis yg aktif di luar,maknanya yg praktikal..pd pengamatan achik la..=)

acik lak spesis transformer,yg berubah2..cam mengkarung..huhu,merbahaya ni..=)

MASYITAH MD.HASSAN said...

thanks 4 d comment acik cayang, .setuju semuanya..(^_^)..cuma still kena usaha imbangkan diri dalam perjuangan, akademik, dakwah, n 'masa depan'..hehe