Showing posts with label Ekonomi. Show all posts
Showing posts with label Ekonomi. Show all posts

MAHASISWA PERLU BERUBAH

Monday, November 01, 2010

0 Komentar
Saya baru saja pulang dari diskusi bajet 2011 di UIA. Dua minggu lepas saya berkesempatan juga mengikuti siri perbincangan mengenai bajet tersebut. Kemudian, saya mula membuat penilitian serta berusaha menghadam pelbagai komen, artikel, perbahasan dan juga kritikan daripada pelbagai pihak.

Malam ini pelbagai perkara yang saya fikirkan. Tumpuan kepada pembacaan bagi menghadapi peperiksaan akhir esok agak terganggu. Saya berfikir tentang peranan mahasiswa yang sebenar. Setelah membaca pelbagai komentar dari pihak kerajaan dan pembangkang mengenai belanjawan, saya dapati mereka memainkan peranan mereka yang sebenar dengan baik sekali. Pihak kerajaan berusaha sedaya upaya ‘mencantikkan’ prestasi mereka semampu mungkin walaupun terdapat banyak kecacatan yang boleh ditelusuri dalam membentangkan belanjawan negara . Pihak pembangkang juga bangkit dengan pelbagai tusukan, kritikan bahkan kecaman kepada setiap patah perkataan yang keluar daripada mulut kerajaan, walaupun kepada perkara-perkara yang boleh dianggap usaha baik dari kerajaan.

Fokus pemikiran saya saat ini bukan tentang itu. Bukan jua ingin mengkritik mana-mana pihak. Akan tetapi saya berfikir bagaimana mahasiswa kini tidak memainkan peranan mereka dengan betul. Saban waktu kita mendengar pelbagai slogan dimainkan oleh pimpinan mahasiswa samaada dari GAMIS, SMM, GPMS, PKPIM dan lain-lain bahawa mahasisiwa adalah golongan istimewa. Mahasiswa adalah golongan yang bertindak sebagai check and balance kepada negara. Namun, slogan hanya tinggal kenangan apabila mahasiswa tidak benar-benar merealisasikannya.

Kenapa saya berkata sedemikian? Setelah hampir 5 tahun bergelar mahasiswa ( 3 tahun di UTM dan hampir 2 tahun di UIA), saya melihat kelompok-kelompok mahasiswa ini belum benar-benar bebas. Mereka terlalu terikut-ikut dengan ideologi kepartian sehingga tidak membenarkan diri bertindak diluar batas garisan ideologi masing-masing. Contoh mudahnya begini : Gabungan Mahasiswa A (GMA) yang sangat menghormati dan menjunjung prinsip kepartian Parti Pembangkang 1 (PP1) akan sentiasa berusaha mentaati dan mengikut teras perjuangan PP1. Manakala Gabungan Pelajar B (GPB) pula di terajui oleh Parti Kerajaan 2 (PK2) di dogma dengan pemikiran kerajaan sentiasa mesra, cepat dan betul. Lalu, di manakah kenyataan check and balance itu?



Saya tidak menyatakan memiliki ideologi atau kecenderungan politik kepada mana-mana parti itu adalah perbuatan yang salah. Akan tetapi, ia akan menyempitkan ruang dan menutup ‘keistimewaan’ mahasiswa. Apabila PK2 mendapati GMA adalah kelompok mahasiswa yang cenderung kepada PP1, maka secara automatiknya setiap pandangan dan saranan daripada GMA akan dianggap sebagai batu loncatan kepada PP1 oleh PK2. Seterusnya saranan tersebut di tolak walaupun GMA berniat baik kepada PK1. Ini adalah lumrah politik semasa yang tidak boleh kita nafikan. Begitu juga sebaliknya akan berlaku apabila GPB menegur PP1.

Kita semua sedia maklum, peranan sesebuah kerajaan adalah memastikan struktur ekonomi, politik dan sosial sesebuah negara berada dalam keadaan baik dan adil. Justeru, tidak kira sesiapa atau parti mana yang memerintah, mahasiswa sepatutnya menjadi check and balance kepada kerajaan tersebut. Malangnya, apabila kerajaan membentangkan bajet negara, yang menyediakan bajet alternatif hanyalah dari pihak pembangkang. Seperti biasa, kerajaan pastinya akan menolak mentah-mentah bajet alternatif tersebut kerana ia sentiasa tidak memenuhi ‘selera’ mereka. Keadaan ini telah berterusan selama berpuluh tahun! Kerajaan sentiasa merasakan mereka betul dan pembangkang juga sentiasa menyatakan kerajaan adalah salah. Maka di sinilah kepentingan suara-suara dari kelompok pertengahan.Malangnya, dimana peranan dan usaha mahasiswa sebagai pengantara tersebut? Sedangkan mahasiwa adalah golongan istimewa. Mereka di kelilingi para ilmuan, intelektual dan pengkaji-pengkaji dari pelbagai bidang. Jika mereka boleh menyiapkan lima hingga enam tugasan dalam masa satu semester ( lebih kurag 5 bulan), dimanakah masalahnya untuk sekelompok mahasiswa menyiapkan bajet ‘saranan’ setahun sekali kepada kerajaan? Di manakah masalahnya untuk kelompok mahasiswa yang bebas ini melahirkan cadangan mereka tentang dasar-dasar penting kepada kerajaan?

Mungkin ada segolongan mahasiswa akan menyatakan mereka terikat dengan AUKU dan tidak bebas bersuara. Saya fikir, ini adalah permikiran mahasiswa yang masih di jajah dengan kejumudan atau dalam bahasa inggerisnya di sebut lack of creativity & innovation. Mahasiswa ‘bebas’ perlu bijak memainkan peranan mereka sebagai perantara. Mereka perlu membina strategi politik yang tersendiri bagi memastikan mereka di terima kedua-dua pihak. Status mereka sebagai anak muda bukan juga penghalang kepada pergerakan mereka. Apabila mereka di terima sebagai kelompok bebas, suara mereka akan memberi kesan dan cadangan mereka pasti diambil kira.
Tahun 2010 boleh di katakan tahun ‘transformasi’. Setiap hari kita melihat di kaca TV, perkataan tersebut di laung-laungkan. Saya fikir, mahasiswa juga perlu membuat tranformasi kepada cara dan strategi pergerakan mereka. Sudah tiba masanya mahasiswa kembali memenuhi peranan mereka sebagai ‘pengatur check and balance’ kepada negara.

1/11/2010-1.18 am.

TO ALL VISITOR PLS WELCOME TO MUSLIM FASHION

Thursday, December 11, 2008

0 Komentar
Salam buat semua,

Alhamdulillah berkat sokongan yang padu, pertanyaan dan komitmen sahabat-sahabat serta pengunjung-pengunjung blog ini berkaitan dengan t-shirt muslimah, pada hari ini saya telah membuka sebuah lagi blog yang khusus berkaitan dengan t-shirt sahaja..
Mudah-mudahan dengan pengasingan blog ini daripada blog saya akan lebih memudahkan urusan kita bersama..Kunjungi sekarang
http://masyitah-muslimworld.blogspot.com/

EID MUBARAK DESIGN FROM MUSLIM WORLD

Wednesday, September 10, 2008

3 Komentar
Salam buat semua,
Di bawah di sertakan design terbaru dan juga design sempena Hari raya.Terima kasih..









NEW DESIGN FROM MUSLIM WORLD

Monday, August 11, 2008

2 Komentar



MITI kaji tarik syarikat China ke Malaysia

Monday, July 21, 2008

0 Komentar

KUALA LUMPUR 20 Julai - Kementerian Perdagangan Antarabangsa dan Industri (MITI) akan mengkaji langkah yang sesuai bagi menarik minat perniagaan di China yang ingin menempatkan semula perniagaan mereka ke negara ini.
Menterinya, Tan Sri Muhyiddin Yassin berkata, memandangkan beberapa masalah yang timbul di negara tersebut seperti masalah logistik, infrastruktur yang tidak memuaskan, peningkatan kos perniagaan selain undang-undang baru buruh turut mendorong pelabur asing di China keluar dari negara itu.
''Sebagai contoh, sebuah syarikat Britain yang mempunyai kilang di Johor dan China telah berhadapan dengan masalah tersebut bercadang untuk menutup operasi mereka di China dan meluaskan operasi mereka di Johor.
''Selain itu, pejabat Lembaga Kemajuan Perindustrian Malaysia (MIDA) turut melaporkan kira-kira 300 syarikat Korea di China juga sedang meninjau negara lain sebagai pusat operasi mereka dan MITI akan cuba untuk menarik mereka ke sini,'' katanya.
Beliau berkata demikian pada sidang akhbar selepas majlis pembukaan mesyuarat agung tahunan Majlis Perniagaan Malaysia-China (MCBC) di sini hari ini.
Tambahnya, MITI juga akan menambah infrastruktur perniagaan yang baik serta menawarkan pakej insentif yang menarik untuk menarik minat syarikat China datang ke negara ini.
'Kestabilan politik juga memainkan peranan yang penting dalam menarik mereka, selain itu kita juga akan memilih jenis perniagaan yang sesuai untuk di bawa ke negara ini.
MITI memberi fokus kepada perniagaan berskala sederhana dan berteknologi tinggi serta jenis-jenis produk yang ditawarkan mereka bersesuai dengan Malaysia, katanya.
Sementara itu, MITI juga akan menubuhkan jawatankuasa khas bagi meninjau peluang projek usaha sama antara kedua-dua buah negara bagi mengukuhkan hubungan perniagaan antara Malaysia dan China.
Terdahulu dalam ucapannya, Muhyiddin menjelaskan hubungan perniagaan antara kedua-dua negara semakin baik dengan pelaburan dari negara itu telah meningkat kepada RM1.9 bilion pada tahun lalu berbanding RM187.1 juta pada tahun 2004 iaitu peningkatan sebanyak 64.8 peratus.

T-SHIRT MUSLIMAH

Tuesday, July 15, 2008

0 Komentar

Kepada sesiapa yang berminat untuk memiliki T-Shirt muslimah atau sebarang pertanyaan mengenainya bolehlah menghubungi saya di talian seperti yang tertera. Perkhidmatan penghantaran T-shirt juga disediakan kepada pelanggan, samaada melalui pos ( caj bergantung kepada kuantiti ) atau penghantaran terus kepada anda.
InsyaAllah design terbaru akan dipost secepat mungkin. Terima kasih