MITI kaji tarik syarikat China ke Malaysia

Monday, July 21, 2008

0 Komentar

KUALA LUMPUR 20 Julai - Kementerian Perdagangan Antarabangsa dan Industri (MITI) akan mengkaji langkah yang sesuai bagi menarik minat perniagaan di China yang ingin menempatkan semula perniagaan mereka ke negara ini.
Menterinya, Tan Sri Muhyiddin Yassin berkata, memandangkan beberapa masalah yang timbul di negara tersebut seperti masalah logistik, infrastruktur yang tidak memuaskan, peningkatan kos perniagaan selain undang-undang baru buruh turut mendorong pelabur asing di China keluar dari negara itu.
''Sebagai contoh, sebuah syarikat Britain yang mempunyai kilang di Johor dan China telah berhadapan dengan masalah tersebut bercadang untuk menutup operasi mereka di China dan meluaskan operasi mereka di Johor.
''Selain itu, pejabat Lembaga Kemajuan Perindustrian Malaysia (MIDA) turut melaporkan kira-kira 300 syarikat Korea di China juga sedang meninjau negara lain sebagai pusat operasi mereka dan MITI akan cuba untuk menarik mereka ke sini,'' katanya.
Beliau berkata demikian pada sidang akhbar selepas majlis pembukaan mesyuarat agung tahunan Majlis Perniagaan Malaysia-China (MCBC) di sini hari ini.
Tambahnya, MITI juga akan menambah infrastruktur perniagaan yang baik serta menawarkan pakej insentif yang menarik untuk menarik minat syarikat China datang ke negara ini.
'Kestabilan politik juga memainkan peranan yang penting dalam menarik mereka, selain itu kita juga akan memilih jenis perniagaan yang sesuai untuk di bawa ke negara ini.
MITI memberi fokus kepada perniagaan berskala sederhana dan berteknologi tinggi serta jenis-jenis produk yang ditawarkan mereka bersesuai dengan Malaysia, katanya.
Sementara itu, MITI juga akan menubuhkan jawatankuasa khas bagi meninjau peluang projek usaha sama antara kedua-dua buah negara bagi mengukuhkan hubungan perniagaan antara Malaysia dan China.
Terdahulu dalam ucapannya, Muhyiddin menjelaskan hubungan perniagaan antara kedua-dua negara semakin baik dengan pelaburan dari negara itu telah meningkat kepada RM1.9 bilion pada tahun lalu berbanding RM187.1 juta pada tahun 2004 iaitu peningkatan sebanyak 64.8 peratus.

Apabila minyak naik, akhlak manusia menurun??

0 Komentar

Hari pertama mengikuti training di Taiko Management Sdn Bhd, Lahat, Perak. Hari baru dan pengalaman baru buat saya. Bermusafir bersendirian ke sini membuatkan saya rasa lebih berdikari. Hanya Allah tempat bergantung..
Pertama kali menjejakkan kaki ke syarikat ini membuatkan saya terfikir, saya melihat hampir 97% pekerja disini terdiri dari kalangan mereka yang berbangsa tianghoua. Fikiran saya mula tidak menentu. Rali sejenak, kemana perginya orang bumiputra? fikir saya. Bukannya niat saya untuk bersifat assabiyyah, mementingkan perkauman atau sebagainya Cuma akal saya yang memikirkan tentang aspek itu tidak dapat dikawal. Sehinggakan kami yang beragama Islam diberi makanan khas dari luar disebabkan kantin disini juga dipayungi oleh kaum cina. Namun saya bersyukur, walaupun berlainan bangsa, agama dan budaya, mereka yang mengajar saya sangat baik hati dan bersopan santun. Bahkan tidak keterlaluan untuk saya katakan lebih baik daripada sesetengah orang dari bangsa saya sendiri..teringat saya kepada pemandu bas dan pak cik teksi yang agak biadap menyahut pertanyaan, semasa dalam perjalanan saya ke sini.. Masih terngiang-ngiang di telinga saya sikap tidak sopan pemandu bas tersebut, dan pak cik teksi pula….merungut-rungut keterlaluan semasa membantu saya mencari tempat kediaman..Tidak ikhlas sungguh..sehingga saya terfikir kenaikan harga minyak menjadikan manusia BIADAP, pentingkan diri sendiri dan terlalu berkira…ini salah satu kesan yang perlu difikirkan oleh kerajaan saya rasa. Bahkan perlu lebih diutamakan daripada kesan-kesan yang lain kerana apabila sesuatu bangsa itu tiada adab, maka rosaklah budaya, pincanglah agama.
Saya bersyukur, baru satu hari berada disini banyak pelajaran yang saya perolehi terutama dalam aspek perakaunan. 2 tahun belajar disekolah, dan 3 tahun di Universiti, hanya teori semata-mata yang saya tahu..kadang-kadang terpaksa menghafal perkara-perkara yang langsung tidak dapat difahami dengan baik. Bahkan kadang-kadang rasa tersiksa mahu menghabiskan sesuatu subjek akaun dalam satu semester.. Namun apabila disini, di medan pekerjaan adalah lebih mudah saya rasa. Mungkin juga akibat tidak ada kursus praktikal sewaktu saya di Universiti dahulu.
Hari pertama disini, satu lagi pelajaran baru yang saya sukai disini ialah ketepatan waktu yang diamalkan. Berbeza dengan syarikat yang saya kerja sendiri (syarikat bumiputra), ketepatan waktu sangat-sangat dititikberatkan disini. Mungkin aspek ini perlu dipelajari oleh orang kita daripada kaum tianghuoa, walaupun dalam Islam telah diajar semua aspek ini..ISLAM agama yang lengkap namun penganutnya yang tidak mengaplikasi keistimewaan tersebut. Sayang sekali sehingga penganut agama lain lebih ‘islam’ dari orang islam. Sambil berkongsi dengan semua, saya juga bermuhasabah diri, mungkin kelalaian kita yang kita rasakan sedikit, sangat besar kesannya kepada agama yang kita cintai. Moga Allah mengampuni kekhilafan hambanya yang dhoif ini..ameen
0 Komentar
Assalamualaikum buat semua teman-teman. Saya mohon maaf diatas ketidaksempatan mengupdate blog semenjak beberapa hari yang lepas. Sekarang saya berada di Ipoh, kerana mengikuti training yang disediakan oleh syarikat. Dua minggu disini, saya harap, dapat lebih aktif diruangan ini selepas waktu pejabat. Mungkin juga saya akan dapat berkongsi dengan semua ilmu-ilmu baru yang saya perolehi..
Perjalanan ke Ipoh terasa amat meletihkan kerana saya telah melalui dua hari yang sangat-sangat padat jadualnya..dari awal pagi hingga ke tengah malam mengikuti program, bekerja dan seperti biasa bisnes. Namun saya ucapkan jutaan terima kasih pada seorang sahabat dan ukhti yang dikurniakan oleh Allah buat saya. Seharian berpenat lelah bersama sehingga ke Bangi menggamit memori yang cukup indah. Insya Allah sedikit masa lagi kita akan jadikan impian itu satu realiti...mudah-mudahan..
InsyaAllah buat semua, selepas siap saya akan postkan pengalaman-pengalaman terbaru saya buat beberapa hari lepas..tunggu…